Bagi saya, menulis adalah satu kerja seni yang unik.
Setiap orang adalah berbeza gaya lenggok penulisan masing-masing, serta bagaimana kaedah mereka mencanai idea di fikiran.
Saya bukanlah golongan manusia yang hebat menulis. Maka, saya kagum pada mereka yang berkeupayaan untuk menulis secara konsisten dan mengetengahkan idea di fikiran kepada khalayak.
Saya meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada para pengarang karya kreatif kerana keupayaan mereka mencanai unsur bagi menghibur/menyedarkan para pembaca. Begitu juga kepada para pengarang rencana yang pemikiran tajamnya mampu meninggalkan kesan di lubuk sanubari saya.