Jumaat, Julai 31, 2009

Catatan orang lemah.


Bagi saya, menulis adalah satu kerja seni yang unik.


Setiap orang adalah berbeza gaya lenggok penulisan masing-masing, serta bagaimana kaedah mereka mencanai idea di fikiran.


Saya bukanlah golongan manusia yang hebat menulis. Maka, saya kagum pada mereka yang berkeupayaan untuk menulis secara konsisten dan mengetengahkan idea di fikiran kepada khalayak.


Saya meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada para pengarang karya kreatif kerana keupayaan mereka mencanai unsur bagi menghibur/menyedarkan para pembaca. Begitu juga kepada para pengarang rencana yang pemikiran tajamnya mampu meninggalkan kesan di lubuk sanubari saya.


Saya orang kebiasaan sahaja.


Sabtu, Julai 18, 2009

Kemasan ringkas.



Saya kini tahu bagaimana perasaan orang yang tidak mengemaskini blog berminggu-minggu lamanya.


3 minggu tidak menulis. bosan pula jadinya.


hambatan kerja, desakan-desakan luar serta tanggungjawab yang perlu dilaksanakan telah menyebabkan saya mengabaikan blog ini buat seketika.


tanggungjawab lebih banyak daripada masa yang ada, bak kata Imam Hasan Al-Bana.


semester ketiga KYUEM sudah masuk hari ke-5. Kolej saya ini sudah menerima pelajar generasi ke-12 beberapa hari yang lalu. Selamat datang kepada semua!.


Cuti yang lalu, pelajar tajaan KPM telah mengikuti Kem Biro TataNegara (BTN) di Klang. Dengar boleh, percaya kena fikir dulu. noktah. haha~


minggu hadapan Minggu Citra Budaya akan berlangsung. Sekalian warga KYUEM akan sibuk berbudayalah nampaknya. House manakah yang akan dinobatkan sebagai Rumah Citra Budaya?. Diamond kah? haha~


tracking test, written project, presentation dan lain-lain aktiviti untuk semester 3 ini menyebabkan saya jadi sangat sibuk. oh, tolong!. mesti perform semester ini.


baiklah. tidak mahu tulis panjang. hanya satu catatan ringkas. menulis semasa di kelas ICT Mr Ravi sebenarnya ni. haha~.



Related Posts with Thumbnails