Bagi saya, menulis adalah satu kerja seni yang unik.
Setiap orang adalah berbeza gaya lenggok penulisan masing-masing, serta bagaimana kaedah mereka mencanai idea di fikiran.
Saya bukanlah golongan manusia yang hebat menulis. Maka, saya kagum pada mereka yang berkeupayaan untuk menulis secara konsisten dan mengetengahkan idea di fikiran kepada khalayak.
Saya meletakkan rasa hormat yang tinggi kepada para pengarang karya kreatif kerana keupayaan mereka mencanai unsur bagi menghibur/menyedarkan para pembaca. Begitu juga kepada para pengarang rencana yang pemikiran tajamnya mampu meninggalkan kesan di lubuk sanubari saya.
2 ulasan:
kalau kau memandang mereka sebegitu bagaimana pula aku terhadap kau?
apa2pun entry ini mengimbau saat aku merenung masa depan dalam bas johor shah alam.
kalau kau lupa baik kau open inbox phone ko.
terase kerdilnye diri ku ini..huhu
Catat Ulasan