Khamis, Januari 28, 2010

MPR 2009: PERJALANAN KAMI MASIH JAUH.


Alhamdulillah.



Esei saya yang bertajuk “ MPR 2009: PERJALANAN KAMI MASIH JAUH” telah disiarkan dalam majalah Tunas Cipta Februari 2010.



Terima kasih kepada editor Tunas Cipta yang sudi menyiarkan tulisan saya itu, juga kepada urus setia MPR 2009 yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menulis tentang peristiwa tersebut.



Sebarang komen berkaitan tulisan tersebut amatlah saya alu-alukan.



Jangan lupa untuk dapatkannya di pasaran. =)


Jumaat, Januari 22, 2010

Abstrak

.
.

" Kalau itu budi, maka ini apa?"
.
.
Mereka masih membisu, membiarkan hanya dia yang bersuara sendirian.
.
.

"Kamu terlalu prejudis barangkali. Bukan begitukah kebiasaannya vokalmu itu? Lantang yang kosong"
.
.

Degil.
.
.

Dan dia memang liat untuk mengaku salah, sejak daripada dulu lagi.
.
.

"Kemudian mahu tuding siapa? Menukar hukuman setelah menukar pendirian, ada apa dengan pandangan?"

.
.

"Pandangan itu yang membentuk pendirian. Sama ada mahu kekal atau berganjak itu pilihan bukan?"
.
.
.
Pilihan ataupun kemestian?
.
.
.
notakaki:
selamat menafsir.


Khamis, Januari 21, 2010

Monolog semester akhir

.
.
Semester baru sudah bermula. Dah 2 minggu ( tanpa aku sedar)
.
.
.
Semester akhir.
.
.
.
Usah berfantasi lagi, berpijaklah di bumi realiti.
.
.
.
Hanya tinggal kira-kira 5 bulan sahaja lagi untuk aku berada di sini.
.
.
.
Peperiksaan besar pada Mei/Jun. Trial pada April. IELTS Februari.
.
.
.
Sempat ke nak menghadam silibus-silibus?
.
.
.
Entah.
.
.
.
Math, Ekonomi & Fizik dengan kerenahnya yang tersendiri.
.
.
.
Aku adalah apa yang aku fikirkan.
.
.
.
Yakin.
.
.
.
Mari ambil pengajaran daripada setiap peristiwa pada 3 semester yang lepas, kemudian padukan momentum untuk pecutan terakhir.
.
.
.
Realisasikan impian.
.
.
.
=)
.
.
.
.
.
notakaki:

sudah dapat conditional offer daripada Leeds, Liverpool dan Lancaster.
aku nak fly!
Kerja keras lagi syuk!

Isnin, Januari 11, 2010

Rusuh



Rusuh?


Rusuh!


Rebellios with reasons.



Rabu, Januari 06, 2010

AKU




AKU

Chairil Anwar



Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan aku akan lebih tidak perduli

Aku mau hidup seribu tahun lagi



Maret 1943


Jumaat, Januari 01, 2010

Mencecah 19





01/01/10 * angka cantik*


Hari ini sudah 19 tahun.


Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua orang yang berjasa dalam hidup ini.


Tahun hadapan sudah melangkah ke usia baru, ke angka-angka 20-an pula. *InsyaAllah*


Maka sudah pasti ada beberapa perkara penting yang ingin saya capai.


Apakah perkara-perkara tersebut?






Sudah pasti saya menginginkan sebuah kehidupan yang lebih baik.


Pemikiran yang lebih analitikal dan kritikal.


Kemahiran menulis yang lebih mantap.



Mahu berjaya masuk ke menara gading.


Belajar daripada kegagalan


Lebih tabah dan cekal.


Belajar dengan memerhatikan manusia dan alam.



dan banyak lagi sebenarnya.



*woho~ saya sudah 19 tahun! perlu jadi lebih matang, tapi saya mahu jadi gila-gila *



* jumpa di kotak emel pagi tadi. terima kasih kepada pengirimnya =) *



Related Posts with Thumbnails