Jumaat, Ogos 20, 2010

Mencari asyiknya kartun


Kira-kira 9 tahun yang lalu - sewaktu berada di darjah 5, seorang guru saya pernah berkata kepada warga kelas.


" Awak tak payah la nak tengok sangat cerita-cerita kartun tu. nanti masa awak dah besar, cerita tu masih ada lagi. contohnya, macam kartun Doraemon tu - masa cikgu kecik cerita tu ada. sekarang ni ada lagi kan kartun tu? hah, masa awak besar, awak tengok la puas-puas."





masihkah kau ingat?



Mungkin cikgu saya ini mahu menekankan tentang pentingnya persediaan menduduki UPSR pada tahun hadapan. ataupun, beliau sengaja mahu berborak-borak kosong berkongsi pengalaman hidup.



Saya yang ketika itu masih naif (sekarang pun masih naif) mendengar tanpa membantah. tapi kegilaan terhadap kartun tetap ada.



Hari ini - saya menonton kembali kartun-kartun yang menjadi pernah menjadi kegilaan dahulu.



Kalau selalunya saya berharap agar diberi masa senang-lenang yang panjang, kali ini saya mempunyai banyak cara untuk membunuh masa. Cuti saya berkemungkinan besar akan bersambung hingga Januari 2011.


Menonton kartun pada usia kanak-kanak dan menonton kartun pada usia menjelang 20-an, rupa-rupanya tidak memberi nikmat yang sama.


zaman kanak-kanak hanya sekali - dan pendek pula. ( begitu juga dengan zaman-zaman yang lain)


Setiap kali saya menonton kartun, kata-kata cikgu saya itu akan menari-nari di gegendang telinga.


oh.mujur saya tidak menuruti kata beliau.


10 ulasan:

Hasrol Nizam berkata...

hehe..mak ayah tak pernah pulak pesan macam tu. selalu dileter je terus.. :D

pendapat anda?
dosa 24 jam di facebook, sedarkah kita?

Fauziah berkata...

salam...
mmg sukar nk membentuk jati diri anak2. Sebagai guru mmg itulah lazimnya sy menasihati mrd2 sy supaya x lalai dlm pelajaran. Tau tak cerita Ultraman tu telah ada sejak tahun 1969-70an... skrg pun ada. Apa yg cikgu Syukri smpikan tu gak la sy smpikn pd anak2 n mrd sy. Kalau masa kanak2 mmg gila2 menonton TV hingga abaikan pelajaran. sekarang ni bila dh tua x de masa nk tonton tv. kenapa? Kerana kelalaian zmn kanak2 la merugikan sy. Hanyut dlm dunia angan2 tv. Walaupun agak berjaya dlm kehidupan tp ruginya tetap terasa bila melihat rakan2 yg tekun belajar sudah senang lenang sedang sy masih mencari2.
Nasihat sy kpd anak2...x yah la sibuk nk hadap tv sb di masa akan dtg cerita tu tetap ada siaran ulangannya...masa yg berlalu x akan berulang...bila kegagalan tiba tepuk dada tnya fikiran...kenapa aku gagal?

Dai berkata...

salam. syuk petsib. =)

kartun best! kalau diberi pilihan mahu tangok drama melayu atau tengok kartun seronok lagi tengok krtun. =)

serai wangi berkata...

saya fikir tgk kartun masa kecil pun seronok, masa dah besar pun seronok. bila tengok masa besar ni terasa macam kecil semula pun ada. :D

sort of relieving myself from "matured" adulthood world. hoho.

apa-apa hal pun, patutnya dah kena kawal aktiviti menonton tv dari kecil lagi. almaklumlah, bukan kartun saja yg disiarkan. macam2 ada. :)

THALHAH berkata...

kalau kau datang rumah aku mesti kau tak dapat tengok kartun langsung.

Bukan kartun je, drama, berita, astro, ntv7...tv3...sume tu ko xbleh tgok..hohoho

Syukri Sapuan berkata...

hasnor nizam: hmm. kena tunggu jadi bapak dulu baru boleh komen. haha


cikgu fauziah: waalaikumussalam.ouh. cikgu fauziah masih di SK Usman Awang kan? dulu saya sekolah situ la =)
ya - memupuk jati diri itu susah. lebih-lebih lagi, kartun itu sendiri begitu dekat dengan kanak-kanak. terserah sendiri kepada penonton untuk menilai. segelintir kartun ada terselit banyak propaganda.


dai: alahai.kesian drama melayu tersebut dipinggirkan =)



serai wangi: haha. betul. macam2 ada =)



thalhah: haha.betul gak.tapi rumah kau tanpa tv pun bleh dapat ketenangan. maklumlah - rumah depan masjid. =)

Azwan Azmi berkata...

setuju dengan kata2 cg fauziah tu.tapi kadang kala minat kanak-kanak ni tak boleh disekat kecuali yang negatif supaya kreativiti boleh berkembang..just my opinion

Nurul Farehah berkata...

Salam. Saya suka tengok kartun...hehe :)

Syukri Sapuan berkata...

azwan: setuju. kanak2 perlu banyak belajar.salah satunya sumbernya mungkin daripada kartun. tapi harus dipastikan sumbernya.


farehah: oh.patutlah berbakat tulis novel kanak-kanak. dapat ilham daripada kartun.hehe :)

shadee_capdrag berkata...

tapi kan, ada gak kartun yang ada masa zaman aku budak2 dulu dah takde lagi sekarang ni...contoh, USOP SONTORIAN, YOKIES, KELUANG MAN.....

Related Posts with Thumbnails