Jumaat, April 01, 2011

Kita



Baru selesai menonton sebuah video dan membaca segala komen-komen di Youtube.


Ternyata selepas merdeka selama 54 tahun, banyak perkara yang belum kita selesaikan lagi. Banyak perkara yang kita simpan dan saling mencurigai.

Di mana silap kita? Mungkin tersilap memilih?

Ada satu artikel daripada sebuah majalah yang amat memberi kesan kepada saya. Milinea Muslim tapi tak pasti keluaran yang mana satu. Ada kat rumah. Tak bawak banyak majalah ke kolej kediaman. Kalau tak silap, artikel tu ditulis oleh Prof Emiritus Khoo Kay kim.


Rumusan ayat pada artikel tersebut:
Kalau kita ingin memperkatakan tentang Satu Malaysia, dan fokus kita ialah perpaduan - apa yang perlu ditekankan dalam pendidikan kita ialah tentang sejarah. Bukannya Sains sebagai asas.


Dan hasil google saya sebentar tadi telah jumpa satu petikan akhbar yang ada utarakan pandangan Prof Emiritus Khoo Kay Lim. Klik untuk baca.


Kita perlu akui pada hari ini ramai orang tidak faham sejarah ( mungkin termasuk juga saya). Ataupun bersifat selektif dalam membaca sejarah. Pepatah Inggeris, sejarah ditulis oleh orang yang menang.


Dalam sebuah negara multi-kaum seperti Malaysia - yang pernah hidup dalam sistem pecah & perintah oleh penjajah (dan barangkali masih diteruskan hingga ke hari ini), peranan sejarah adalah amat penting.


Sejarah adalah asas untuk kita memahami setiap sesuatu yang berlaku.


Atau adakah kita telah dilencongkan pemikiran untuk memikirkan sejarah-sejarah ini oleh segala bahan hiburan, nyanyian, lawak, hantu, hal remeh-temah, gosip, harta, khurafat dan seribu macam benda yang lain - sehingga kita menjadi malas untuk membaca dan bersifat kritikal. Atau yang sebenarnya kita ini terlalu selesa?



4 ulasan:

fy berkata...

sangat setuju dengan pendapat ko syuk...aku dh bce penulisan prof khoo tu and klu die yg cina pun sanggup gunakan bhsa malaysia apatah lagi kita yg berbangsa melayu...sesungguhnya pd hari ni perpaduan kita makin terhakis...

LindaRahim berkata...

suami sy sgt mengambil berat tentang sejarah...dek kerana selalu mendengar ceritanya, minat sy turut bercambah... Semakin kita memahami dan menghargai sejarah, semakin kita memahami dan menghargai diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

salam..
ar..sorry,tp nama dia khoo kay kim, bukan lim

Syukri Sapuan berkata...

terima kasih kerana cakna.sudah diperbetulkan

Related Posts with Thumbnails