Isnin, Februari 15, 2010

Kosong



Cuti pun selalu datang menghimpit apabila tiba masanya untuk ia menerkam. Dan aku masih di sini.


Kosong. Kosong. Kosong.


Blog ini sudah lama tidak dikemaskini bukan? Serius. Aku gian untuk menulis entri panjang-panjang. Namun, apakan daya. Laptop sedang rosak. ' Terima kasih' kepada adik yang menghempaskan objek fragile tersebut.


Sekarang semua objek mahu rosak. Telefon bimbit aku juga sedang rosak dengan kronik. Sudah tidak dapat digunakan kerana skrinnya pecah dan punat-punatnya sudah tidak dapat ditekan. (haha)


Entah bila lagi aku akan kembali menulis seperti dulu. Mencatatkan setiap definisi yang aku terjemah sendiri mengikut mata hati, bukan kerana aku orang lain.


Dan apakah rasanya apabila ikatan-ikatan itu aku leraikan? Aku tidak pernah mengerti, kerana aku selalu menjadi mereka. Kali ini, biarkan aku menjadi aku.



Oh ya, sudahlah. Mari bicara hal lain.


Cuti (selama 4 hari) ini, aku sudah berjaya habiskan dua buah novel. Sudah lama tidak luangkan masa dengan khusyuk membaca bahan-bahan begitu.


Aku jadi suka dengan perkhidmatan ujanailmu.com.my. Lain kali mahu beli buku di situ lagi.


' Panggil aku melaju' dan 'harga sebuah maruah'.


Serius. Sangat seronok membacanya.


'Panggil aku melaju' ada kekuatannya yang tersendiri. Sangat banyak persoalan dan falsafah yang diangkat di dalamnya. Antaranya tentang hala-tuju Bahasa Melayu, sejarah asal bangsa Melayu dan banyak lagi. Pengarang bijak. Dia mampu menyelitkan persoalan dan falsafah di mana-mana sahaja sehingga aku sering termenung memikirkannya.


'Harga sebuah maruah' tulisan Azizi Haji Abdullah juga tidak mengecewakan. Aku suka membacanya. Ditambah pula dengan metafora yang indah-indah. Ouh, aku jadi cemburu dengan kehebatan pengarang bermain dengan metaforanya.

Ingat ya, harga sebuah maruah tidak akan mampu dibeli dengan wang ringgit.

.

.


.


(hahaha)

Aku tidak tahu apa yang aku tulis ini. Kosong bukan?
Sekadar mahu memenuhkan kembali blog yang sudah bersawang dan tidak berisi dengan bahan-bahan bermanfaat.


Ingin kembali menulis.

Menyiapkan kembali manuskrip yang terbengkalai ( yang sudah merengek-rengek minta disambung)



tapi nantilah dahulu ya?

Trial kurang daripada 50 hari.


Mahu ke Sheffield ataupun tidak?


Mahu!


=)


8 ulasan:

mafuzah.mohamed berkata...

syuk, tadi pun aku baca review 'Panggil aku Melaju' kat ujanailmu.. macam menarik sangat sebab ada isu pasal PPSMI kan???
tapi, duit tak cukup pasal nak beli "Kata-kata hati"... :(

Mahu baca buku tu... boleh??? :)

Lili berkata...

nak pegi sheffield ni ada niat laen x? kalo sbb reputasi uni xpela

Muizz berkata...

stdy AS n A2 bro..jom2.

Syukri Sapuan berkata...

tuan jibam: boleh3.. takde masalah. amik dari aq nanti =)


lili: ntah la. sheffield cm best.ahaha. sheffield firm, liverpool insurance..

muiz: jom3!

muhammad fakhruddin berkata...

Assalamualaikum,
gunakan teknik kosong Irfan Khairi,tambah kosong di belakang 1 nombor nilainya berganda.

Salam kejayaan buat akhi ;)

student berkata...

laptop insyaALLAH x lama siap la tuh..

kalo rasa mau cepat, kite btau ayah angkat laptop baru...nti laptop rosak dah siap kte jual..ok?

kasihan... ujian..

THALHAH berkata...

mesti ada sebab lain nak g sheffield ni..=)

wallemo berkata...

sheffield2.. yeah! =)

Related Posts with Thumbnails