Khamis, April 22, 2010

Pencinta



Menjadi Pencintamu
(untuk dia)



Di balik kabus suci
rupanya ada dia,
yang pernah lelah ku cari
buat peneman hidup sepi
juga peraut cinta manusiawi.


Tutur bicaranya penenang jiwa
hati tulus pendamai sukma,
dia penyentuh hati insan
dengan tingkah damai
yang aku damba.


Moga 'aku', 'dia' menjadi 'kita'
dan pertemuan berkekalan
hingga syurga Tuhan,
kerana sebuah perpisahan
amat pahit dikemam.



Izinkan aku
terus menjadi pendamping
yang selalu ada,
untuk menyuluh jalan derita
dan mengukir senyum,
agar hari mukamu berlalu tanpa sayu.


Syukri Sapuan
Kota Tinggi, Johor
6 Disember 2009.





11 ulasan:

student berkata...

langkah bendul?:)

serai wangi berkata...

fuyoo```

Unknown berkata...

lirik lagu pe syuk?? bg aku nama pnyanyi nyer...

salimah -sally- berkata...

cewahhh...sweetnye syuk...hehe

Syukri Sapuan berkata...

Student: sebarang provokasi tidak akan dilayan =p


serai wangi: apakah?


noazhatori: bukan lagu la..puisi tulisan sendiri..nanti la aku fikirkan rentak yang sesuai untuk puisi ni..boleh buat lagu puisi pulak =)


sally: haha

Mohd Nazmi bin Hj. Saleh@Japri berkata...

ni agak2 kalau mintak watkan lirik lagu bleh tak???huahuahua...

eman hekal berkata...

macam lirik lagu? nyanyi skit plis :P

serai wangi berkata...

hehe, siapakah "dia"??? :D

AtiQ berkata...

syuk.. x sangka, sgt pandai berayat2 cinta kuasa dua nie.. haha.. gurw.. _atiq_

student berkata...

kalo ko langkah bendul, aku buh bendul tu tinggi-tingi...wakakakakkk...;p

THALHAH berkata...

nk provok bleh? ha2
serius aku ske yg ni

jom mengebiet~

Related Posts with Thumbnails