Isnin, Mei 03, 2010

Istimewa 3 Mei



Apakah yang istimewa pada 3 Mei 2009?


Hari ini 3 Mei 2010, sudah genap setahun masa berlalu.


Hari ini genap sudah setahun puisi pertama saya disiarkan di media. Bermakna sudah setahun saya menulis secara (separa) serius.


Kalau kau fahami bahasa rindu telah disiarkan di Mingguan Malaysia pada 3 Mei 2009. Puisi ini saya tulis semasa saat-saat 'tertekan' menghadapi peperiksaan AS Mei/Jun 2009.




Sepanjang setahun (Mei 2009-Mei 2010) ini, sebanyak 8 hasil tulisan saya telah berjaya menembusi media - 4 puisi, 2 cerpen dan 2 esei. Tulisan-tulisan ini disiarkan di Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Tunas Cipta, Dewan Siswa dan e@siswa.


Kalau hendak dibandingkan dengan rakan-rakan penulis , sudah pasti saya tidak seaktif rakan-rakan Minggu Penulis Remaja 2009 (MPR 2009) yang lain. Cemburu juga lihat karya mereka disiarkan saban bulan.


Saya masih mengumpul momentum.


Saya ada satu azam. Saya sangat suka baca ruangan reviu tulisan S.M. Zakir dalam majalah Milinea Muslim. Saya harap saya mampu untuk menulis sebegitu rupa juga satu hari nanti. Sungguh analitikal dan kritis.

Contohnya dalam majalah Milinea Muslim Mac 2010, beliau mengulas pemenang Filem Terbaik pada Anugerah Golden Globe ke-67, Avatar.

" Avatar membawa orientalisme kolot dunia Barat dengan kepercayaan 'white mens burdens' dan 'self and others'nya. Segala masalah dan penyelesaian di dunia ini bahkan sehingga ke planet Pandora yang sejauh 4.3 tahun cahaya dari bumi itu terletak di bahu bangsa kulit putih. Ia mengulangi propaganda superioriti kulit putih seperti dalam cerita Tarzan, King Kong, Superman, Batman dan sebagainya. "



Saya harap satu hari nanti reviu saya hasil bedahan buku dan filem juga akan mendapat tempat di media. InsyaAllah.


Oh! Peperiksaan betul-betul just around the corner!


Nah, saya turunkan kembali puisi yang pernah saya tulis pada saat-saat 'ketakutan' ini, setahun yang lepas.




Kalau kau fahami bahasa rindu


Kalau kau fahami bahasa rindu
pasti pengertian ini milikmu,
kerana aku insan perindu
yang menagih damai di lubuk hatiku
kala gelora membadai kalbu.


Telah ku lakar segala rahsia
di kanvas jiwa terlukis rasa
pabila hati mula membentak
tingkah berubah menongkah fitrah
pijat pesimis merasuk nurani
menyedut segala semangat duniawi
senyuman hambar yang ku lontar
petanda damai semakin pudar.


Aku rindu jiwa yang kental
diri yang teguh walau dicabar,
tidak mengalah di waktu sukar
biar bernafas di tengah lumpur
tetap tegar menjadi penyabar.


Aku masih menanti damai
mengharap rindu akan menghilang,
walau ku tahu hakikat kehidupan
rindu itu satu kurniaan
buat manusia yang hilang ketenangan
apabila terputus rahmat Tuhan.


Syukri Sapuan

Senja
Lembah Beringin, Selangor.
April 2009.

9 ulasan:

student berkata...

kalau kau fahami bahasa hati dan bahasa rindu...:)

Tanpa Nama berkata...

Hekeleh, apa yang white people's burden nya? klau orang lain tak suka diorang buat2 idea2 ni, orang Melayu buatla sendiri cerita macam tu. tak kanla orang Inggeris yang buat cerita tu, diorang nak guna orang Melayu dalam Avatar?

Tanpa Nama berkata...

Hekeleh, apa yang white people's burden nya? klau orang lain tak suka diorang buat2 idea2 ni, orang Melayu buatla sendiri cerita macam tu. tak kanla orang Inggeris yang buat cerita tu, diorang nak guna orang Melayu dalam Avatar?

serai wangi berkata...

rabbuna yusahhil..
mge dipermudahkan segala urusan..

syukri, make sure usaha selari dengan doa kepada Allah Taala..

serta tinggikan munajat dan tawakal padaNya..
moga kejayaan milik anda, insyaAllah..

THALHAH berkata...

aku setuju dgn pengulas movie tu pnye idea pasal white men's burden tuh..kalau nak difikirkan mmg avatar ada menyelitkan mesej ni secara xlgsung...nak tnjukkan keamanan,kemajuan dll tletak atas bahu white men..

(mujur aku belajar literature..)

tapi who cares kan..orang tgok movie kerana keunikan movie tu dan utk kepuasan...

anyway, teruskan menulis bro..
good luck!

student berkata...

pndgn org terhadap sesuatu filem berbeza mengiku cara pandangan itu dibuat.

avatar memang filem yang unik.

tp, tetap dgn mksud2 tersirat.

ada pegangan?peganglah erat-erat..:)

Syukri Sapuan berkata...

Anonymous@kashful azim:


terima kasih atas komen. ya, ada betulnya komen anda itu.

tapi pada pandangan aku, yang aku rasakan yang turut dimaksudkan oleh penulis itu bukan soal siapa yang buat filem tu. iya, mereka ada bajet, so mereka buat la filem tu.


perkara yang diulas oleh penulis tu adalah kesan pemikiran daripada menonton filem ini. menonton filem ini buat kita rasa orang Inggeris terlalu hebat, sampai semua masalah kat dunia ni hanya boleh diselesaikan oleh orang putih.

aku setuju dengan pendapat haq dalam entri blog dia satu masa dulu pasal filem avatar ni.



1. kenapa perlu penyatu seluruh orang-orang asli itu mesti dari kalangan orang penjajah juga? yang berhati paling suci, yang bijak pandai, yang paling rela berkorban walau demi kaum lain, perlu dari kalangan penjajah?

kash berimbun berkata...

Atau mungkin, kita yang masih paranoid dengan orang Inggeris. Sedangkan diri sendiri masih malas nak gerak.

Syukri Sapuan berkata...

kash :

mungkin juga. barangkali ada benarnya.

Related Posts with Thumbnails