Bagi sesiapa yang masih belum tahu - saya sekarang merupakan penuntut di Institut Pendidikan Guru kampus Tun Hussein Onn (IPTHO) yang terletak di Batu Pahat, Johor. Saya menyambung pengajian dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang akan tamat pada Disember 2014.
Dan hari ini sudah kira-kira sebulan saya berada dalam 'sistem' PISMP.
Pada mulanya, saya diminta untuk mendaftar di IPG Temenggong Ibrahim, Johor Bahru pada 3 Januari. Kemudian - sesudah seminggu di sana, pada 10 Januari - saya diminta berpindah ke IPTHO.
Puncanya - bidang pengajian saya itu tiada di Johor Bahru dan berlaku 'kesilapan teknikal' di IPG Induk.
Tempat baru - maka, pengalaman baru juga akan dikutip. Bertemu kawan baru, jadual hidup baru, sistem baru dan banyak perkara yang baru.
Sudah pasti saya merindui Kolej Yayasan UEM.
Oleh itu - jangan bantutkan pemikiran. Berfikir secara kritikal. Pastinya - jangan leka dalam zon selesa dek limpahan masa lapang yang ada.
Air apabila tidak bergerak, bertakung, maka ia akan rosak - Imam Syafie
5 ulasan:
kenapa masuk PISMP? hari tu kolej Yayasan UEM ambik apa? so means kamu tak masuk PPISMP kan??
dapat kat sini.ya.haritu tak buat PPISMP. terus masuk PISMP
oh sbnrnye aku x phm sgtla ngn course ko ni...cmna sbnqnya?papepun goodluck ya!!
Memang pelik sikit. Terima kasih. Kamu juga. Semoga jadi peguam yang berjaya :)
tq gak syuk..haha..:)
Catat Ulasan