Ahad, Februari 13, 2011

Kepada media & kita



Satu fakta yang tidak dapat kita nafikan ialah - tahap perhubungan kaum di Malaysia masih perlu dipertingkatkan lagi. Maksud saya - ia boleh berada pada tahap yang lebih baik lagi.


Walaupun iklan-iklan siaran kerajaan sering memaparkan yang muluk-muluk tentang perpaduan kaum, namun kita sendiri sebenarnya tahu di mana tahap kita selepas 54 tahun mengecapi kemerdekaan.


Kita masih belum memahami antara satu sama lain.


Merujuk kepada entri sebelum ini, ada yang bertanya kepada saya apakah 'masalah teknikal' yang berlaku sehingga saya perlu bertukar IPG.


Di Johor Bahru, hanya ada opsyen Sains dengan minor bahasa Cina. Kesemua ahli kelas saya ialah pelajar Cina kerana kelas tersebut disasarkan untuk mengajar di sekolah jenis kebangsaan Cina (sjkc). Maka saya perlu ditukarkan ke Batu Pahat untuk opsyen Sains bersama minor yang lebih sesuai.


dan kekallah saya di Batu Pahat hingga ke hari ini.


Walaupun hanya berada di Johor Bahru selama seminggu, namun saya tetap memperoleh satu pengalaman baru yang menarik. Saya dapat bergaul dengan ahli kelas yang kesemuanya berbangsa Cina (kebanyakannya daripada Sabah & Serawak)


Menurut ahli kelas saya itu, mereka teruja menerima saya kerana mereka tidak ramai (dan ada juga yang tidak ada langsung) kawan berbangsa Melayu.


Hanya satu perkara yang buat saya rasa pening ketika itu - kesemua ahli kelas saya suka cakap bahasa Cina sesama sendiri dan saya tidak faham sepatah pun dari apa yang mereka perkatakan.


Saya mungkin tidak akan dapat melupakan saat-saat berkunjung sambil bertukar pandangan di bilik salah seorang daripada mereka.


Kami berbual panjang pada malam itu mengenai banyak perkara. Daripada peraturan asrama, tugasan kuliah, tempat makan yang sedap, bolasepak, politik hinggalah kepada teologi.


Berbekalkan pengetahuan ringkas melalui bacaan berkenaan Kristian, saya bertanya kepada kawan baru saya ini bermacam-macam perkara tentang hal yang berkaitan.


dan begitu juga dengan dia - bertanya kepada saya tentang Islam.


Menurut dia - dengan jumlah kawan beragama Islam yang hampir tiada, dia hanya mengetahui tentang Islam melalui akhbar aliran perdana. Itupun melalui isu di muka hadapan akhbar seperti Syiah, poligami, fatwa dan sebagainya.


Oleh itu - saya memang tidak boleh menyalahkan dia apabila ini jawapan yang saya terima ketika meminta pandangan tentang orang Islam.


"Orang Islam selalunya baik-baik. Tapi kan kalau satu kawasan itu ramai sangat orang Islam, kat situ nanti orang kahwin ramai (poligami). So kalau Islam average tu lagi bagus pasal dia biasa-biasa saja."


Islam yang dia faham melalui pembacaan adalah poligami semata-mata. Barangkali - dia hanya memindahkan pembacaan ke bentuk buah pemikiran.


Memandangkan akhbar aliran perdana sebenarnya menjadi sumber rujukan non-muslim untuk mengetahui tentang Islam, saya merasakan bahawa permainan isu politik dan pembantaian parti politik yang mendukung gerakan Islam (tanpa memberi peluang kepada mereka untuk menjelaskan pendirian yang sebenarnya) di dada akhbar akan membuatkan pihak non-muslim yang ingin mengetahui tentang Islam ini bertambah keliru.


Dalam masa yang sama, kita sebagai muslim tidak mahu mempamerkan akhlak acuan agama sehingga mereka (non-muslim) gagal menangkap kemas pengertian Islam yang sebenarnya.


Mereka keliru dan jurang terus melebar.



3 ulasan:

Unknown berkata...

yup - sikap individualistik kita + sikap tak ambil tahu mereka menjadi punca..

kadang-kadang aku pernah terfikir - tak pedulikan mereka, fikir hanya untuk Melayu sahaja - tapi ke mana pula arah Malaysia??

cempaka berkata...

erm aku pun rase pekara yang same.. so any cadangan unutk merapatkan jurang tersebut?
cuz kate org cakap senangla.. cuba try tgk
erm..

Syukri Sapuan berkata...

cempaka: pada peringkat paling asas - mungkin apa yang kita boleh lakukan adalah dengan mengubah sistem nilai individu- ubah cara bagaimana kita melihat mereka.

Related Posts with Thumbnails