Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan satira sebagai karya (prosa atau puisi) yang mempersendakan atau menyindir orang dan lain-lain.
Hasil kerja Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) mengutip kutipan sebanyak RM7.9 juta. (sumber:FINAS)
Saya terfikir-fikir juga apakah faktor yang buat filem ini mencetuskan fenomena kepada masyarakat.
Pada lapisan pertama, ia adalah sebuah filem yang bergenre komedi/seram/misteri.
Namun pada lapisan yang lebih dalam, HKLBR menyajikan kritikan sosial kepada penontonnya. Tahyul, suka merungut, cakap besar, emosional, penggunaan bahasa Inggeris, taksub, keghairahan berpolitik, prejudis dan pelbagai lagi persoalan yang dibangkitkan yang menyentuh semua tentang kehidupan ini.
Justeru - apa yang kita ketawakan sebenarnya bukan watak-watak di dalamnya - tetapi adalah diri kita sendiri.
4 ulasan:
Kudos to Syukri Sapuan.
Ringkas dan kompak.
Mamat Khalid menyampaikan mesej kerakyatan dalam HKLBR dengan begitu kritis sekali tapi bersahaja. Mengangkat latar senario sebuah kampung (yang sudah menjadi francais dalam filem-filem MK) sudah cukup untuk menyampaikan amanat yang mahu disampaikan.
Tak sabar nak tunggu sekuel HKLBR.
macam-macam MK tu dok menyindir.
hahahaha.
:D
samada tersirat mahupun tersurat.
well written bro.padat dan tepat.
Catat Ulasan