Jumaat, Disember 12, 2008

Keterujaaan yang melampau





Jikalau anda penduduk daerah Kota Tinggi, pastinya anda menyedari bahawa terdapat sebuah pasaraya baru telah dibuka di pusat bandar. Ya. KIPMART telah menambah satu lagi cawangannya di daerah saya ini. Tahniah diucapkan!. Jikalau berkesempatan, singgahlah sebentar ke pasaraya tersebut kerana ayah saya memiliki sebuah outlet di sana.

Bagi tujuan promosi, pelbagai program telah diatur untuk meningkatkan jumlah pengunjung. Ada persembahan artis, pertandingan mewarna, karaoke, shuffle dan lain-lain. Pertandingan mewarna hanya untuk kanak-kanak, maka saya tidak dapat menyertai. Lagipun saya tidak kreatif. Hendak berkaraoke, suara pula tidak merdu. Tidak mengapalah, biarlah saya menjadi jaguh nyanyian di kamar mandi sahaja.

Hendak bershuffle?. Lagilah mustahil. Kaki keras. Tangan kejung. Langkah sumbang. Gaya tiada. Tidak mengapalah. Jadi penonton sahaja sudah mencukupi. biarlah saya bersorak-sorai sahaja di tepi pentas.

Pengetahuan saya tentang shuffle berada pada skala yang rendah. Yang saya tahu shuffle itu adalah sejenis tarian yang dipopularkan dari Australia. Orang kita hanya mengikut-ngikut mereka sahaja. Ah, pedulikan!. Yang paling penting adalah seronok bukan?

Berbalik pada topik saya tadi. Tiba pada hari pertandingan, orang ramai berasak-asak memenuhi ruang legar pasaraya. Kebanyakannya anak muda seperti saya. Cuma mereka ini lebih hebat lagi. Ada yang rambutnya keperangan-perangan dengan tindik di sana-sini. Tidak mengapalah. Semoga keperangan rambutmu sedikitpun tidak melunturkan semangat jati dirimu ya!



Apa lagi ya yang menarik di sana? Ada 2 jenis T-shirt yang dipakai oleh pengunjung yang menarik perhatian saya.

Jenis yang pertama, tertulis di hadapan T-shirt itu dengan perkataan ini:

KAMI FUCK SHUFFLE

Oh, mungkin golongan ini tidak suka shuffle. Tapi tidak perlulah mengekpresikannya sehingga ke tahap itu. Ini pandangan peribadi saya sahaja. Anda membawa contoh yang kurang baik pada masyarakat.

Jenis yang kedua, tertulis di hadapan T-shirt itu dengan perkataan ini:

JANGAN BENCI KAMI, SHUFFLE ITU SENI

Ini pula pasti para pendokong tarian shuffle. Berbeza sama sekali dengan golongan yang tadi. Shuffle itu seni? Saya mengangguk lemah, mungkin ada benarnya..


Saya tidak pandai menilai seni tetapi jikalau hendak dibandingkan dengan tarian palajar KYUEM semasa jamuan akhir semester baru-baru ini, saya kira tarian mereka ini tidaklah sehebat manapun. Tarian pelajar kolej saya lebih hangat lagi. Kereografer kami lebih mantap lagi. Pujian saya ini ikhlas dan tulus dari hati. Namun, apa yang menarik perhatian saya tentang persembahan shuffle mereka ini adalah ia melibatkan lelaki sahaja. Tahniah diucapkan.


Penghujung hari tersebut adalah acara penyampaian hadiah. Harapan saya hanya satu, penganjuran acara-acara sebegini dapat meningkatkan iltizam dalam kalangan remaja.

Neraca dunia jarang sekali berlaku adil. Secara sedar ataupun tidak, kita sering mengelas-ngelaskan manusia hanya pada pandangan mata. Sukar bagi kita menerima mereka yang tidak sealiran dengan kita. Kepelbagaian budaya barat yang mula menular dalam masyarakat hari ini adalah hasil asimilasi budaya luar. Hasilnya, budaya luar kini lebih diterima atas nama kesenian.

Sekadar memetik kata-kata seorang agamawan unggul, bangsa melayu akan terkenal dengan agama Islam yang dianuti, bukannya keasyikan budaya yang diwarisi. Maaf. Saya bukannya fanatik bangsa. Saya juga mengiktiraf keasyikan dan kesenian budaya melayu kerana percaya bahawa budaya merupakan salah satu elemen dalam masyarakat. Namun, agama harus diletak di hadapan. Budaya harus disanjung, tetapi agama wajar dijunjung.

Saya bukanlah seorang yang sekular dan terlalu liberal namun saya ingin melihat bumi ini menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk didiami.

Bagi saya, seorang manusia itu harus dilayan seperti seorang m
anusia juga.

Dan kita juga harus dididik untuk menjadi seorang manusia.




5 ulasan:

Unknown berkata...

Bila keluar rumah, nak ke kedai,
pasti saya ternampak mereka ni

anak-anak remaja
melepak di kaki lima
dengan gerak bersahaja
penuh bertenaga

bukan tak kenal, tapi dalam kalangan mereka tu, ada yg rapat dengan saya; anak-anak jiran seawal umur 7 tahun.

ya, mmg tak salah kalau nak menunjukkan bakat terpendam. anak-anak muda mmg banyak pengetahuan tentang benda2 baharu ni, mungkin lebih lagi dpd sesiapa yang dah makan garam dulu.

tp hakikatnya inilah virus yg bakal menambah parah penyakit sosial yg dah lama berumbi dalam masyarakat kita.

saya hanya mampu menasihati yg kecil-kecil, rebung yg masih boleh dilentur...namun hanya mampu melihat yg dah jd buluh.

sesiapa yg ada adik-adik yg berminat dengan shuffle, bimbinglah adik-adik anda sebaiknya. Tak salah minat ber'shuffle', tp jgnlah sampai pelajaran, agama dan keluarga dilupakan.

Fiqtarius: Zapin lg seronok!

mafuzah.mohamed berkata...

bagi aku, shuffle tiada masalah. sama dengan tarian yang lain.
tapi apabila manusia terlalu fanatik, membuatkan mereka lupa diri.

aku nak menyelitkan lirik kumpulan Raihan,
'berhibur tiada salahnya,kerana hiburan itu indah,hanya pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah'

kalau selalu menonton filem hindustan, pelakon-pelakon pun ada menari tarian shuffle tetapi mungkin secara tidak langsung kerana pergerakan automatik kaki.

ilyas™ berkata...

haha shuffle i2 seni??

ada benarnya..

sket2 ade cam zapin ler huhu

ilyas™ berkata...

shuffle itu ckit2 cam zapin syuk..

hahaha

Tanpa Nama berkata...

em, lme xsinggah kt blog ni..
hehe..
rase cam sonok je kipmart 2..
trase nk g lak, hehe..
nt leh la blanje buku2 yg bez kt sy ek..hihi..

Related Posts with Thumbnails