Isnin, April 06, 2009

. Debu abstrak . Jalur konkrit .



Bumi merekah. Seisi mandala gegak gempita dan gamat jadinya. Angin kencang menghembuskan bayu semahu-mahunya, sehingga tercabut segala akar padu. Jurang itu semakin melebar jadinya.

Melaksana tidak semudah mengungkap. Mengumpul debu-debu halus pasir, kemudian menjadikannya sebagai binaan agung bukan kerja mudah. Barangkali memakan masa berpuluh-puluh tahun lamanya.


*Mengapa mahu membina dengan butir debu pasir?. Kau gila.


Hei, Siapa kamu untuk menafikan kataku?. Saya tahu ke mana arah kemudi hidupku. Manusia kini keliru erti ketamadunan. Jiwa kacau. Mudah bosan. Sepi membungkam jiwa kosong mereka. Mereka mencari bahan eksotik untuk mengubatinya lara jiwa. Eksotik itu berlegar di minda. Kadangkala ia terpacul dari juh bibir manusia, suaranya lantang keluar dari rahang dan kerongkong, bukan dari kalbu. Debu abstrak ini perlu ditapis halus-halus agar binaan jalur konkritnya tulus dan mulus.


Jeda.


* Kau gila. Suka benar berbahasa yang bukan-bukan. Apalah pula yang kau mahu momokkan padaku wahai si insan majnun?



Lancang mulutmu. Kamu tahu bukan manusia ini mencari sempurna. Estotika itu sempurna bagi mereka. Walaupun sempurna itu hanya ada pada yang ESA, mereka tetap tegar mencari. Setitis air dari selaut lautan itulah perumpaan ilmu manusia. Kamu tahu bukan?. Mereka kata, perjalanan ini adalah satu titian mencari dan menghampiri kesempurnaan. Maka, idea-idea abstrak yang wujud dalam fikiran manusia inilah yang perlu dijalin dalam jaluran konkrit untuk dilaksanakan. Kamu faham atau tidak kalamku?



* Benar-benar tidak siuman. Mengapa bicara begini?. Kau hanya beretorik kosong.



Hahahahaha....kerobotikan menguasai dirimu. Mengapa tidak mahu berfikir di luar kotak? Selesa diselimuti gebar empukmu?



*Bukan aku yang bersalah. Aku tidak faham arah tuju bicaramu. Mengapa harus memulakan andai tidak memahami pengakhiran? Begin with the end in minds, bak kata Stephen R. Covey.




Kamu yang memaksa jiwamu agar tidak menerima bicaraku sedangkan akalmu membentak-bentak kemahuan. Beretorik memang mudah. Keluarkan nada dari pita suaramu, kemudian bicaralah dengan pedoman akal dan hati. Jaga-jaga dengan bisikan iblis, dia musuh kita sejak sekian lama. Namun harus diingat, mengkonkritkan sesuatu kata-kata yang abstrak itu bukan mudah. Kita harus tabah. Bukan semua suka dengan pembaharuan. kamu juga nampaknya menentang revolusi mindaku.




*Hahaha...inilah jenaka paling hebat pernah ku dengar. engkau memang hebat menabur kata manis. Tidak pernah pula kau beritahu aku tentang keinginanmu untuk menjadi politikus?. haha..




Apa kamu fikir politikus sahaja yang mesti punyai wawasan? sekurang-kurangnya saya masih mengimpi hari esok yang nikmat. Bukan seperti kamu yang bertepuk tangan riang tatkala melihat rakan bergelumang kegelisahan. Kamu hanya mahu bahagia itu milik kamu sahaja bukan?. Insan keji. Kamu tahu tidak sikapmu yang gemar mencaci golongan yang gagal ini akan menimbulkan trauma kepada kami andai kami tidak punya kekuatan hati. Menghukum manusia tanpa pernah menyelidiki dan memahami. Dasar insan bongkak.



Jeda



Sinar mentari yang mula hilang di ufuk langit petanda hari kian senja. Kita semakin kesuntukan masa. Harapnya menjelang mentari terbit keesokan harinya kita sudah mampu mengkonkritkan debu-debu abstrak ini menjadi jaluran binaan yang kukuh. Itupun kalau esok masih ada. Jikalau esok mentari terbit dari barat, bagaimana dengan kita semua?.




Nota kaki:


Entri ini hanyalah idea penulis yang cuba merakam kehidupan daripada sudut-sudut yang sukar. Ini hanyalah satira yang menggunakkan sudut pandangan pertama yang cuba diterokai oleh penulis. Namun ia masih sebuah satira yang lemah, barangkali tidak layak digelar sebagai satira kerana ciri-ciri satira tidak jelas kelihatan. Entri ini tidak menggambarkan keadaan jiwa penulis yang sebenarnya. Hanya sekadar imaginasi yang terbit semasa menikmati damai rimba Amberstone Eco Resort.

13 ulasan:

Dai berkata...

ayat power... congrate bos!!

syaa berkata...

u really write this?
tinggi btul bahasa...
if my interpretation is right,ni mcm luahan rase kecewa je?

hehe.ntah.ayat2 tu pun bkn sume akk phm.maen agak2 je.

Syukri Sapuan berkata...

k syaa: haah. tp yg ni tulis draf kt kertas dulu. sj nk buat tulisan yg berat sikit. xde kaitan dgn luahan perasaan.

wallemo berkata...

en. syuk..
serius tnggi bahasamu..
terkial2 ak cuba memahami..

syaa berkata...

haha.oh xde ek.ish.
kne p blaja bm balik la ni.

berat sikit???
o yg sblm2 ni kire ringan ke...

serai wangi berkata...

fuhhhhhh..
kne bace slow2..
baru la phm sket..
huhu..

btw, congratz 4 da great
thinking n pondering..=)

~hik2, xreti nk komen lbey2

Hfz A. berkata...

syuk2,
orang xkan tulis kalau xde ape2.
ni mesti smething yg relate dgan kau jgak kan?

anyway,entri ni bg ak agk 'heavy' kandungannya.dengan ever-changing word sequence yg agak maha peningnya, entri ni bkan ntuk bacaan ringan-ringan rasanya.

dan kalau saya x silap(correct me if im wrong),entri ni macam ada dua jiwa yg memberantakan kan?
tolong terang sket.
personally pon boleh saja.

Syukri Sapuan berkata...

wallemo: xpe2.baca slow2 ye. biar sampai ke hati maknanya.


k syaa: agak ringan la. x perlu untuk menggerut-ngerut dahi memikirkan falsafah, idea & isi tersirat. contoh yg ringan, tulis pasal anak. x payah pikir byk2 cm yg ni. entri kali ni sering sj keputusan idea.


serai wangi: oh.xpe2. baca slow2 pun xpe. trimas2 kerana setia mengunjungi. merci boucoup. ( dh lpe ejaan yg betul). =)




Sang penila rama: erk. ye la.ni betul2 memang xde kaitan dgn diri aq & perasaan tika ini. aq hanya menggunakan teknik imaginasi, memasukkan unsur falsafah serta isi tersurat dan tersirat sebagai pelengkap cara. kemudian entri ini menggunakan first point view agar ia kelihatan unik dan ada kelainan. bukan second or third point of view seperti kebiasaan. Maka, ia kelihatan seperti luahan hati penulis sedangkan ianya tidak. ia hanya kerja seni yang menuntut sedikit refleksi minda untuk kita berfikir ttg kehidupan ini. aq meletakkan entri ini pada first point view agar ia kelihatan begitu rapat dengan pembaca, bukannya mahu menyindir ataupun mengkritik mana2 pihak dengan sengaja.

erk. cam panjang plak aq tulis ni ek. tp inilah hakikat di sebalik penulisan karya ini. =)

syaa berkata...

aaa...kalo syuk tukang tulis pun kne pikir bnyk,kitorg yg mmbace kne pk 2 kali gande bnyk...
anyways,i like it...
wlupn tak 100% fhm...
keep it up.




*monolog dlmn*
knapela ramai sgt kenalan ak reti berbahasa perancis ni~
jeles~

THALHAH berkata...

walllaweyhh...

tingkat bahasa kau dah menyaingi seorang munsyi bahasa. aku terpana membaca penulisanmu. setiap kata yang terluah aku amati dalam2. sejujurnya, inilah entry kau yang terbaik aku pernah baca. menusuk ke dasar hati,buat aku berfikir, umpama aku memegang kedua2 watak yang kau ketengahkan.

syuk, percayalah cakap aku,ni hasil penulisan yang datang hati kau sendiri,walaupun mungkin kau akan cakap ia tak ada kena mengena dengan hidup kau. kau nampak je aku cakap pasar2, tapi ini tulus dari dasar hatiku.

Kau ada harapan menjadi encik Azizul Rahman kedua..=)

M berkata...

Azizul Rahman kedua?
haha... i like that!

good entry btw
inspiring thoughts

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak berkata...

siyes,kagum gila dgn pengolahan bahasa.
impressive!!

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

inilah syuk :)

Related Posts with Thumbnails