Bersempena dengan berakhirnya peperiksaan percubaan, saya ingin menulis sedikit tentang fenomena kepelikan yang sering melanda diri.
kenyanyukan.
Saya tidak sangka dalam meniti pengakhiran usia belasan tahun ini, saya sudah memiliki simptom-simpton kenyanyukan. Ah, tidak menarik pula dinamakan sindrom ini sebagai sindrom nyanyuk, kelihatan seperti saya sudah sangat tua. Padahal saya baru 18 tahun. Barangkali, saya rasakan nama sindrom kelupaan lebih menarik, tampak segar dan kelihatan muda remaja.
kelupaan.
Sejak akhir-akhir ini, penyakit lupa saya kian teruk. Walaupun tidak sampai ke tahap kronik, namun ia tetap membimbangkan. Sebagai contoh, saya selalu lupa di mana saya letakkan kaca mata saya. Kadang-kadang saya tidak suka memakai cermin mata, maka saya akan membukanya. Masalah akan timbul apabila saya mahu menggunakannya kembali. Saya lupa di mana letaknya. Terpaksalah saya meraba-raba mencari dalam kerabunan ini. Seksa. Lebih-lebih lagi apabila sudah terlewat untuk ke kelas. Saya kira alasan kelupaan lokasi cermin mata tidak mampu menjadi alasan releven untuk diajukan kepada guru kelas saya.
Selain daripada cermin mata, ada lagi barang-barang persendirian ataupun awam yang sering saya lupa lokasi asalnya. Teruk betul. Saya rasa saya sudah banyak makan semut. Ini belum termasuk lagi kelupaan dalam dewan peperiksaan. Ini lebih memeritkan. Saya rasa macam baca pada malam sebelumnya, tapi tidak tahu mana satu jawapannya. saya bermonolog sendiri saja.

'Thumdrive' 8G saya yang berwarna hitam dan berjenama 'Apacer' juga masih hilang dan tidak dijumpai. kepada sesiapa yang ada terjumpa, sila pulangkan kembali pada saya secepat mungkin.
Kelupaan. Kelupaan. Kelupaan.
kadangkala apabila saya ke pusat membeli belah, saya selalu lihat ada orang membuat pengumuman sebegini di kaunter deejay.
" Perhatian kepada semua pengunjung Grand Union ( saya ambil pusat membeli belah terbesar di Tg malim sebagai contoh), sesiapa yang ada kehilangan seorang anak lelaki, berumur dalam lingkungan 5 tahun, memakai baju biru Kiki Lala, seluar slack hitam, rambut pendek, sila ke kaunter deejay kerana anak anda ada bersama kami. Terima kasih.".
Sambil itu seorang anak kecil sedang menangis-nangis kesedihan di sisi kaunter.
Saya berharap saya tidak akan berada dalam situasi tersebut apabila tiba masanya kelak. Iyelah, memikirkan potensi kelupaan yang saya ada sekarang, tidak mustahil saya juga akan berada dalam situasi tersebut.
Sedang saya khusyuk membeli belah bersama keluarga dan anak-anak, tiba-tiba saya kira anak saya kurang seorang.
" eh, mane plak Man ni, tadi ada je kat sini", getus hati saya memikirkan di mana anak sulung saya. ( rujuk entri ini untuk lebih pemahaman)
" kena culikkah?", saya mula sangsi. Maka, terpaksalah saya mencari di seisi pusat membeli belah tersebut. Puncanya, kerana saya lupa di mana saya tinggalkan anak kecil saya itu.

baiklah. Imaginasi tamat. Saya tidak mahu imaginasi lebih-lebih. Nanti orang salah faham.
Saya pun tidak tahu mengapa saya suka benar gunakan imaginasi 'keterdepan' sejak akhir-akhir ini. Barangkali kerana tekanan yang hebat yang semakin kerap melanda diri.
Alasan.
.
7 ulasan:
bos... bos...
gs bos x tlis...
aku je asyik kne igtkan...
ptut la bos slalu dtg lewat...
aku jugak nk kna miscol bos byk2 kali
tanya "Bos ko g mana? klas da stat ko ilang...'
dulu waktu sekolah rendah terlupa bawak buku..
cikgu kata : nanti awak dah besar tertinggal anak awak kat pasar ye?
hehe
huhu..
bahaye 2 klu dok mkn semut slalu ni..
ish3..
xpe2, byk2 istighfar klu lupe..
klu lupe spec xpe lg..
tp hrp2ny xde la sllu lpe yg study ni yer..
nauzubillahi min zalik..
~utk dr sndr jgk..
haha
btol2.kau mmg pelupa syuk.
part Man hilang tu mmg best.haha.
dai: jadual gs aq lpe nk catat.hahaha. lpe nk catat. tp bab lewat tu aq kurang setuju. bkn slalu lewat. skali dua je. tu pun ada hal yg perlu diselesaikan.
ada: haha. betul2. aq pun pernah mgalami pgalaman yg sama. adakah guru2 kt semua telah diberikan silibus perli yg sama?
serai wangi: ok2. trima kasih. =)
Sang penila Rama: tu la pasal. aq slalu lupa nk antar dobi setiap ari isnin & khamis.hahahaha. kalau antar pun slalunya jd org terakhir antar..
lupa benda2 lain takpe syuk, jangan lupa tuhan sudah..
peace~
gaya penulisan umpama faizal tehrani..hohoo..
kelupaan?
adakah sel-sek otakmu sudah bnyk yg kian mati dan luput?
Catat Ulasan