Rabu, April 22, 2009

.Kalau kau fahami bahasa rindu.




Celik. Pejam. Menggeliat. Celik. Pejam. Celik.


Klise. Inilah perlakuan kita acap kali menempuh hari baru dalam kehidupan. Barangkali bukan kita. Saya seorang sahaja yang begini. Stereotaip, bagai robot yang diprogramkan.


Masa terasa begitu pantas di sini. Kadang-kala saya terasa bagai berada di satu terowong futuristik yang jarum minitnya bergerak sepantas jarum detik. Sangat deras. Kali terakhir saya mengemaskini blog ini adalah pada 6 April. Tidak terasa pula bahawa masa itu akan begitu pantas meninggalkan saya. Tahu-tahu sahaja sudah hampir dengan penghujung bulan.

"Wah, peperiksaan AS sudah semakin hampir", hati saya menjerit separa cemas.


" Kalau begitu belajar bersungguh-sungguh. Kamu mahu yang terbaik bukan?", hati kecil saya memujuk. Cuba mengubati kegusaran.



Hendak menulis sesuatu tetapi tiada masa yang ideal. Itu seksaan jiwa paling hebat bagi saya. Musim peperiksaan yang semakin hampir makin terasa bahangnya. Saya sedikit tertekan. Peperiksaan percubaan dan peperiksaan semester menyebabkan saya tidak punya lebih banyak masa. Banyak yang perlu diulangkaji semula.


Sejak kebelakangan ini semakin banyak perkara yang saya pelajari. Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar seseorang. Itu kata-kata yang saya petik daripada buku berani gagal. Aplikasinya telah banyak kali saya temui. Iyelah, teman ketawa senang dicari, kawan menangis sukar ditemui. Saya juga barangkali hanya seorang kawan yang bisa ditemui ketika anda sedang bergembira.



Melakukan sesuatu kerana TERPAKSA mengundang DERITA. Melakukannya untuk MENERIMA menyuluh jalan mencapai CITA. Melakukannya untuk MEMBERI itulah jalan mengecap BAHAGIA. Ini kata-kata yang saya petik daripada blog Ustaz Hasrizal, Saiful Islam.com. Anda jangan cemburu ya, saya ada biodata tulisan tangan yang ditulis sendiri oleh Ustaz Hasrizal dalam diari . Dia menulis sewaktu saya menjadi perantara majlis ceramah di musolla tempohari.



Sudahlah. Saya rasa saya semakin melalut. Saya ada banyak perkara yang hendak ditulis setelah sekian lama menyepi, tetapi apakan daya, saya kesuntukan masa untuk tujuan itu. Lain masa sajalah.


Sebenarnya tadi saya hanya mahu menyiarkan sebuah puisi di sini. Tentang kehidupan. Tiba-tiba saja sejak kebelakangan ini saya sering berfikir tentangnya. Mengapa ya? Jiwa kacau barangkali. ah. tidak mahu fikir lagi.



Kalau kau fahami bahasa rindu


Kalau kau fahami bahasa rindu,
Pasti pengertian ini milikmu,
Kerana aku insan perindu,
Yang menagih damai di lubuk hatiku,
Kala gelora membadai kalbu.


Telah ku lakar segala rahsia,
Di kanvas jiwa terlukis rasa,
Pabila hati mula membentak,
Tingkah berubah menongkah fitrah,
Pijat pesimis merasuk nurani,
Menyedut segala semangat duniawi,
Senyuman hambar yang ku lontar,
Petanda damai semakin pudar.


Aku rindu jiwa yang kental,
Diri yang teguh walau dicabar,
Tidak mengalah di waktu sukar,
Biar bernafas di tengah lumpur,
Tetap tegar menjadi penyabar.


Aku masih menanti damai,
Mengharap rindu akan menghilang,
Walau ku tahu hakikat kehidupan,
Rindu itu satu kurniaan,
Buat manusia yang hilang ketenangan,
Apabila terputus rahmat Tuhan.


~kala senja di Lembah Beringin.
April 2009
Rabiul Akhir 1430H


15 ulasan:

serai wangi berkata...

~masa terasa bgitu pantas~
kter slalu rs ms berlalu dgn cepat kan? padahal stp manusia punyai 24 jam yg sme. xkurang n xlebih 1 saat pn. Allah da kurniakan elok da wk2 utk kter. tp npe still rs xckup ye? em, plik kan?
cube kter koreksi diri smule pe yg kter da isi dgn wk2 yg ade? kdg2 mst trase, ish, byk bazir ngn mnde lagho kan? wat mnde yg xbg mnfaat pd dr sndr. alangkah bagusnyer klu kter dpt isi dgn menuntut ilmu n beribadah sepenuhnye ikhlas LILLAHITAALA..

xpe la, yg berlalu tu jdkan smpadan. amk ms utk muhasabah n cube baiki dr kter seme. pk blk ape tujuan Allah bg 24 jam utk kter kan? mge soalan ni terjawab dgn slalu ingt akn kurniaan Tuhan yg slalu manusia lalai aknnya; nikmat kesihatan n MASA LAPANG..

~peringatan utk kwn2 n dr sndr jgk..=)

btw, ni puisi hasil tgn sndr ke?
[MANTAP]

Syukri Sapuan berkata...

serai wangi: btw, terima kasih atas peringatan yg panjang lebat itu. iyelah, nikmat masa lapang itulah yg selalu dilupakan.

puisi tu mmg tulisan tgn sendiri. tajuk terilham semasa menjadi mc satu majlis. lantas digubah menjadi sebuah puisi ceritera kehidupan =)

Syukri Sapuan berkata...

erata: lebat> lebar.

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

syuk memang ko nampak serabut pun kebelakangan ni..

Tanpa Nama berkata...

anda sedang bermasalah??

Syukri Sapuan berkata...

ada: erk.yeke? perasaan ko je kot.


anonymous: tidaklah.masih stabil lagi.biasa la musim2 peperiksaan ni.

Unknown berkata...

"Rindu itu satu kurniaan,
Buat manusia yang hilang ketenangan,
Apabila terputus rahmat Tuhan."

cbe fikir btol2 frasa ni..
jgn smpai jd lain plak mknenye nt..
rindu ape yg dmakdsudkan??

THALHAH berkata...

tatakala aku sampai ke rangkaian sajak ko aku speechless...

ugh!

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: ugh? apakah itu? deheman?



shafiq haziq:

"Rindu itu satu kurniaan,
Buat manusia yang hilang ketenangan,
Apabila terputus rahmat Tuhan.



aq menafsirkannya sbg rindu pada Tuhan. Allah. Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Seseorang yang banyak melakukan dosa serta jauh dari Yang ESA pastinya tidak tenang dan rindu pada ketenangan.mungkin kerana terputs rahmatNYA.

nampak ada sesuatukah di sebalik frasa ayat itu?

THALHAH berkata...

itu la namanya simptom2 speechless..wahaha

Syukri Sapuan berkata...

thalhah:apenya yg speechless? cm kurang masuk je..

THALHAH berkata...

haih...speechless la namanya tu...

hanya 'ugh' yang dihela setelah membaca puisi ko tanpa sempat memikirkan untuk menarik nafas...

Syukri Sapuan berkata...

Thalhah: oh, dia umpama perasaan tika bercakap tnpa berfikir dahulu di kala 'one-two' di kelas owl ke? menarik2..haha~

THALHAH berkata...

haih...lbih kurang la tuh...
xpasal2 encik owl masuk dalam blog ko..
wahaha

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: tu pasal la pasal...mesti dia tgh tersedak-sedak ni kita asyik sebut nama dia je..

Related Posts with Thumbnails