Sejak zaman-berzaman, saya telah mempunyai satu persepsi negatif terhadap sejenis makanan yang dibuat daripada tepung gandum.
Hidangan tersebut adalah mi.
Ataupun dalam bahasa Inggerisnya, noodle.
Namun persepsi negatif itu hanya saya lemparkan pada mi kasar sahaja. Mi halus ataupun mi hoon tidak termasuk dalam lingkungan kurang gemar ini.
Hal ini kerana, kebanyakan mi kasar yang saya jumpai selalunya rasanya kurang enak jikalau hendak dibandingkan dengan kelompok mi yang lain.
Semasa di asrama dahulu, menu mi kasar ini bukanlah menu kegemaran saya. Entahlah. Saya pun tidak tahu apa sebabnya mi kasar secara relatifnya kurang menggoda selera saya.
Mi kasar lebih tebal berbanding dengan jenis-jenis yang lain. Oleh kerana itu, usaha menggigit memerlukan daya yang lebih. Demikianlah analisis ringkas yang mampu saya fikir kala malam ini.
Jikalau dihidangkan pelbagai jenis mi secara bufet, saya pasti bahawa hidangan mi kasar akan menjadi pilihan terakhir hidangan saya.
Mi kasar mampu menimbulkan trauma sepanjang hidup saya.
Namun, beberapa hari yang lalu persepsi negatif ini telah berubah. Saya secara tidak sengaja telah menjumpai mi kasar yang sedap sewaktu sedang menikmati sarapan di dewan makan kolej. Rasanya menggoda seisi sukma, menggoncang selera saya yang tidak keruan sejak akhir-akhir ini. Mi kasar itu sangat sedap!. Hati saya melompat-lompat keriangan bagaikan baru menyantap hidangan diraja dari istana . Aromanya yang unik membuatkan saya terkinja-kinja riang seorang diri.
Saya pun tidak tahulah apa yang sebenar berlaku. Saya membuat andaian bahawa itu semua adalah tindak balas kimia di dalam tubuh yang keterlaluan gara-gara emosi yang tidak seimbang menjelang musim peperiksaan.
Moga persepsi negatif saya terhadap mi kasar itu akan dapat saya hindarkan selama-lamanya.
Baiklah. Itu kisah saya semalam, hari ini lain pula ceritanya.
Pagi itu saya pergi sarapan seperti biasa. Hendak kunyah makanan, tiba-tiba mulut rasa pedih.
Erk. Sejak bila pulak ada ulser kat dinding pipi ni.
Kewujudan ulser tersebut telah menyukarkan saya untuk menikmati makanan untuk beberapa ketika. Mengunyah hanya gunakan sebelah bahagian sahaja. Jikalau terkena pada bahagian yang luka, rasa pedihnya memang melangit.
Tadi saya buka kamus, tengok apa makna ulser. Kata kamus tu, ini makna ulser. kerosakan pada permukaan atau tisu yang mengakibatkan luka yang lambat pulih.
Ada juga orang di tempat saya yang panggil luka di mulut ini sebagai mata ikan.
Biarkan apa sahaja namanya, saya pasti bahawa ia tetap pedih. Barangkali cuaca sangat panas, dan saya juga kurang minum air. Maka, inilah jadinya.
Semalam saya menikmati mi kasar yang enak.
Hari ini saya menderita ulser di dinding pipi.
Mudah sahaja jika Allah hendak tarik balik nikmat-nikmatnya.
11 ulasan:
aku pun x suke mi besar ;p
tp aku rindukan
nasi lemak DM
whoaaa
ade sape2 nak balik sakti dan tapaikan x?
;p
Nasi lemak DM?
no komen..aku macam takde perasaan je makan nasi lemak kat Dm...sekadar isi perut je..=)
nampaknye aku selidah dengan ko la syuk...
mi goreng memang akan jadi menu terakhir pilihan aku....
Stakat ni, mi goreng selain daripada mak aku buat yang aku pena makan adalah mi goreng DM...
Mi goreng kat Daud pon aku tak makan...
kat DM dlu daripada form 1 sampai form 4 aku tak makan kalau breakfast mi goreng...
Tapi naik form 5 baru aku makan mi goreng DM..yela,nak merasa jugak..,macamaana la rasanya mi goreng selain buatan mak aku...
Kasihan mi goreng...tiba2 jadi isu besar kat ruangan ni...=)
hanisah: haha~. aq ingat aq sorang je yg ngada2 kurang gemar mi kasar dm.
nasi lemak dm sakti hari ahad ke sabtu ek? ntah la. dah x ingat dah. tp rasa hari sabtu coz mkn nasi lemak selalunya before inspection mingguan..haha~. rindu pulak nk buat inspection dorm. speech after inspection etc.
sakti dalam kenangan~
haha~sedih la plak
thalhah: memang para master ni semua x ske mi kasar ke? haha~. sedih cik hamdan kalo dengar ni
saya SANGAT SUKA mi kasar..
klu bley 2 la mknn 1st nk pesan klu g gerai mknn..
huhuhu..
lame da x makan..
rindunyer nk mkn mi kasar..
isk3..
sal ulser 2, xpe la..
sabar la yer..
mge cepat smbuh..
syafakillah~
em, stuju..
Allah bley tarik nikmat chat bler2 je kan..
jd, smntara chat ni, bykkan amal ibadah, jgn sia2 kan ms yg Allah bg..
sbb sesungguhny, 2 nikmat yg slalu manusia lupakan ialah nikmat SIHAT dan nikmat MASA LAPANG..
wallahualam..
Salam Sdr Syukri: Saya datang membaca.
Marsli N.O
letak aa garam kat ulser tu...
ntahla..ko g la survey...
tanya syikin,mahlil,uda, shark, etc
mi kasar la best.
haha.
serai wangi: ai, nampaknya ada pertentangan di sini. xpe2. haha~.
kat sana xde mi kasar ke?
InsyaAllah, dh baik dah sebenarnya.
terima kasih atas peringatan. =)
MARSLI N.O: terima kasih atas ziarah. kalau tidak silap saya, saudara datang daripada blog serunai faqir kan?
muffin: dah baik dah. almost seminggu gk la...sebelum ni pernah gk letak..peh, pedih.
thalhah: ala, diorang mesti punya dgn usul penghapusan menu mi kasar di dm sakti.kuasa veto. haha~
sang penila rama: haha~. nasik lemak lagi best.
ulser memang memedihkan..
baru minggu lepas aku terkena ulser, dan hikmah yg paling ketara yg aku dapat lihat ialah,agar aku makan dengan kuantiti yg betul..sbb b4 tu,mmg aku mkn giler2..=p
Hal ranting.
Mee halus/mee hoon dari beras dan bukan gandum.
Bagaimana dengan spaghetti? Boleh makan?
Catat Ulasan