Sabtu, Jun 06, 2009

Seputar seminggu



Letih.


Siang tadi seharian suntuk saya di Midvalley. Kala senja hendak berlabuh, barulah kami pulang ke kolej.


Saya hampir-hampir sudah hendak mengambil tren ke puduraya setelah gagal mencari barangan yang dihajati di sekitar kompleks membeli-belah itu.


Mujur ada kedai majalah berhampiran dengan stesen tren tersebut. Jikalau tidak, pasti perjalanan saya tadi akan lebih meletihkan lagi.


Jikalau bukan kerana mesej yang ditinggalkan oleh saudara Aidil Khalid di shoutbox blog ini, saya pasti tidak akan sedar bahawa puisi saya ada termuat dalam Dewan Siswa Jun 2009. Saya sudah membuat andaian bahawa puisi saya itu sudah di'bakulsampahkan' oleh editor. Iyelah, apalah yang ada pada saya yang tidak punyai nama ini.


Saya menghantar puisi tersebut pada bulan Oktober 2008, semasa bulan Ramadhan tahun lepas. Ilhamnya saya perolehi sewaktu hendak bangun sahur. Puisi tersebut tersiar selepas kira-kira 8 bulan sampul surat beralamat bangunan DBP itu saya masukkan ke dalam peti merah di tepi jalan.



Di penghujung tulisan ini nanti akan saya sertakan puisi tersebut.



Sejak beberapa hari yang lalu, sistem aturan di blog ini sedikit terganggu. Saya tidak dapat mengemas kini entri kerana terdapat masalah pada ruangan penulisan. Kesudahannya, saya mengutarakan permasalahan tersebut kepada Blogger Help Group. Mujur mereka sudi membantu. Terima kasih ya!



Pada Jumaat yang lalu, saya selesai menduduki peperiksaan subjek Ekonomi ( essays & data responses). Kini, saya hanya tinggal satu lagi kertas untuk diduduki sebelum penghujung semester dua melabuhkan tirainya.



Baiklah. Entri kali ini pendek sahaja. Ia buat kalian yang mual dengan entri-entri saya yang panjang berjela.




Ceritera Hening Pagi

Dingin bayu pagi
memeluk jasad kerdil
merantai sendi tubuh
memejam mata pedoman
menggoda insan lemah
lena dalam dakapan mimpi.


Insan lain sudah berlari
berhamburan seisi pelosok bumi
khusyuk tunduk pada Ilahi
mensyukuri nikmat hidup yang sekali
namun kita masih di sini
bergomol di gebar empuk
leka dalam fantasi ciptaan sendiri!


Oktober 2008
Kota Tinggi, Johor.

Dewan Siswa Jun 2009




5 ulasan:

serai wangi berkata...

pertama skali, TAHNIAH!!!
wlupn lmbat di'publish'kan..
xpe la, at liz masuk jgk..
;)

puisi tu mmg tepat la dgn sikap kebanyakan drp kter skng..
huhu..
byk lg yg nk kne improve..
=S

THALHAH berkata...

congratz bro!

dah masuk paper,masuk dewan siswa pulak...mantap2..

aku merasakan lepas ni kalau kau hantar lagi sajak mungkin akan lebih berkurangan kot tempoh masa yang diambil untuk dipublishkan...

harap2nya begitulah...
aku berdoa..

teruskan berkarya!

Syukri Sapuan berkata...

serai wangi: terima kasih atas ingatan tersebut. =)


thalhah: harap2nya begitulah. InsyaAllah. kebelakangan ni xde idea la untuk menulis. bahana peperiksaaan barangkali.

Hfz A. berkata...

hm,memang agak lama ya tempoh nak publish.
aku rasa mesti diorang terlepas pandang.
kalau tak,konfem terus publish.hehe

Syukri Sapuan berkata...

sang penila rama:

haha~. x la. puisi aq tu mmg biasa2 je. so, diorang skip la dulu.

lagi bagus daripada x publish langsung.

=)

Related Posts with Thumbnails