Jumaat, Jun 12, 2009

Perihal ketiadaan.



Semalam hari terakhir saya menduduki peperiksaan untuk semester ini.


Lega. Tiada ungkapan lain yang mampu saya ucapkan.


Lupakan sebentar hal peperiksaan. Saya mahu bicara berkaitan perkara lain yang lebih menyeronokkan.


Saya kadang-kadang ada niat untuk padamkan saja blog ini. Apabila saya sedar bahawa saya tidak mampu menulis secara konsisten dan membawa gaya penulisan yang sama untuk setiap entri.


Saya tidak mahu beremosi semasa menulis, maka blog ini bukan blog untuk meluahkan perasaan.


Saya tidak hebat berimaginasi. Semasa sekolah menengah dahulu, majoriti karangan semasa peperiksaan adalah karangan fakta. Saya tidak hebat mengarang cereka.


Sudahlah. entri ini pelik. merepek saja~.


saya perlu jadi seorang yang realistik.


noktah.

2 ulasan:

serai wangi berkata...

em, susah jgk nk jadi penulis yer..

THALHAH berkata...

mungkin imaginasi kau tak terzahir pada penulisan,tapi pada sudut lain...

aku rasa kau kena tengok prison break baru kau faham..

(entah kau paham ke tak apa yang aku cuba sampaikan..)

Related Posts with Thumbnails