Jumaat, November 13, 2009

MPR 2009!



Sejak akhir-akhir ini, ada beberapa perkara yang sering saya lakukan, sedangkan sebelum ini tidak pernah hiraukan sangat.

Antaranya:

1. Periksa email sehingga 5-6 kali dalam satu hari.

2. Tanya ada surat sampai ke tak tiap kali telefon emak kat rumah.

3. Tengok telefon bimbit dengan kerap dengan mengharap ada panggilan daripada DBP.



***


Hari ini saya ada periksa Fizik. bagi saya ia agak mencabar. terkejar-kejar nak jawab. Tidak tahu persepsi orang lain bagaimana.


Usai keluar dewan, saya menuju ke IT Lab. Mahu uruskan beberapa perkara, antaranya mahu langsaikan pembayaran Tshirt sindiket soljah.


Selesai segala hal-hal yang berkaitan, saya mahu segera pulang. Tapi terdetik di hati untuk refresh kotak mel elektronik.


oh!

oh!

oh!

Ada emel baru yang bertajuk 'Minggu Penulis Remaja 2009'.

Saya menekan papan kekunci dengan penuh keterujaan.


Oh!

oh!

oh!

Permohonan saya untuk menyertai Minggu Penulis Remaja 2009 telah diterima~

Bertempat di Port Dickson, pada 19-25 Disember 2009.


Alhamdulillah.


Sangat gembira. Terlupa seketika pada kertas Fizik yang baru diduduki~


Nota kaki: perlu tunggu surat rasmi daripada DBP.


***



APA SIGNIFIKAN MPR?


Kewujudan MPR menunjukkan iltizam murni dan serius DBP dalam memastikan kelangsungan sastera, terutamanya Kesusasteraan Melayu, khususnya dalam pembentukan bakat dan visi penulis di peringkat rebung.

Program ini telah melahirkan banyak penulis pelapis, juga melahirkan banyak bahan bacaan bermutu. Seterusnya MPR dapat memperbanyakkan lagi bahan bacaan remaja yang lebih berkualiti dan bermaruah, selain membaiki dan memantapkan imej sastera remaja yang sering diperlekehkan.

‘Graduan’ MPR juga diharapkan akan terus membesar dalam sastera umum. Lebih jauh lagi, iltizam penulis yang diwakili oleh MPR diharapkan dapat menampilkan suatu imej baru yang lebih segar dan positif terhadap gerakan dan misi penulis generasi baru.


Dipetik daripada F.A.Q. MPR




13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah.., tahniah! semoga anda menjadi penulis yg berjaya! :-)

Ateey berkata...

semangatnye!! ade bakat menulis nih..kagom2..

Norain Ishak berkata...

wah..best tuh..
aku minat menulis gak,tapi menulis merepek la..haha..yg sastera2 ni kureng sket..papepun all de bez!

serai wangi berkata...

mabruk alaik!!!!~
=)

Khaulah al-Haura' berkata...

wah
tahniah!
saya da terlepas utk mohon ;(
apa2 pon, slmt maju jaya!!

salimah -sally- berkata...

congratz syuk..:)

Unknown berkata...

Bagusnye..t leh la bagi tips2 bagaimana mahu jadi penulis yang berjaya..=)

Haq Mohaidin berkata...

congrates =)

Syukri Sapuan berkata...

mastura: terima kasih. anda juga mampu menulis dgn baik sebenarnya.


ateey: takde ape2 la..biasa2 je..orang yang tak terer la yg kne pgi program ni...



hafeezah: oh ye ke? xpe, taun depan boleh pohon lagi..moga terus berjaya dalam dunia penulisan & SPM 2009! =)




norain: tq2 =)


serai wangi: mabruk alaik tu maknanya apa ek? dah lupa bahasa arab la..hehe..btw, tq2~ =)


sally: tq2! =) aisy, asal privatekn blog? haha


fatin: InsyaAllah. moga ada sesuatu yg bermanfaat dalam program itu nanti.

haq: tq haq~ nanti bleh la belanja aq ruski lagi..haha~

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

aku taw ko sgt hepi =) congrates!!

student berkata...

tahniah2...tp cuti ni tlg le ayah jaga kedai yer..jgn dok menulis jer..hehe

THALHAH berkata...

woha~

akhirnya imoian ko tercapai

Shukri Mohd Ali berkata...

selamat berjaya syukri =)

walaupun agak sedih sebab tidak dapat bersama pada tahun ni...insyaAllah akan menyertai pada tahun hadapan =)

Related Posts with Thumbnails