bandar Kota Tinggi - satu ketika dahulu
Dari Stesen Bas Larkin ke Kota Tinggi dengan bas henti-henti selalunya akan ambil masa selama satu jam. Tapi saya tahu bas tidak akan sampai dalam jangka masa itu. Bas akan ke pusat bandaraya dahulu, kemudian baru bergerak ke destinasi akhir – sudahnya selepas satu jam setengah baru saya akan sampai di tanah kelahiran.
Di depot bas – sementara menunggu bas bergerak, seorang penumpang bertikam lidah dengan pemandu bas di hadapan penumpang-penumpang bas yang lain. Puncanya? Kerana penumpang itu dakwa tempohari dia beli tiket dengan harga RM2.40 – sedangkan pemandu kata harga tiket itu RM2.70.
Entahlah. Penumpang itu bertekak kerana RM0.30. Tapi saya rasa memang harga tiket bas sekarang Memang sudah naik. Tiket yang saya bayar untuk naik bas itu harganya RM5.80 – dulu rasanya tak semahal itu. Begitulah –akhirnya nanti rakyat marhaen juga akan tersepit.
Tiba ke Kota Tinggi sekitar jam 9.30 malam. Mahu tahu apa yang buat saya terkejut? Kota Tinggi sudah ada McDonald. woha!
Selain itu, pengurusan pasaraya Famili Mart nampaknya bertukar tangan lagi. Sekarang Pasaraya Hwa Tai mengambil alih.
Sudah hampir 3 bulan tak pulang ke Kota Tinggi - apa lagi perubahan yang telah berlaku di daerah ini?
7 ulasan:
banyak berubah.
Old Town Kopitiam dah ada.
Nampaknya makin 'bangun' la Kota Tinggi tercinta.
lain kali naik bas yang lalu jalan datin halimah ye...bas bandaraya mmgla lalu bandar dulu...
*Mengenang waktu membaca karya Usman Awang dalam bas Shah Alam-Johor Bahru*
nazmi: aku lupa time tu.hehe
thalhah: *mencari kaitan*
ada banyak lagi perubahan... jangan terasa kalao UJ katakan... makin ramai juga kutu lepak dan kutu rayau... McD bukan lah lambang kemajuan rasenye... tapi kalo nak belanja boleh jer... hehehe
unclejoe: jom jumpa & minum dimana-mana nanti.hehe :)
salam,
yg saya pelik,kota tinggi mcm x tersusun pembangunannya.
family mart punya tapak sahaja,dah berapa kali tukar pemilik (terkenang masa dimiliki mdkt).kwsn baru terus dibuka@dibangunkan,kawasan lama yang makin tersisih perhatian.pekedai2 kecil terus tersepit..tapi satu yg x berubah (agaknya makin 'maju'):
sosial anak muda kota tinggi
Catat Ulasan