Di dalam kelas, Mudin duduk di sebelah Zainal. Zainal bukan orang lain. Rakan sekelas dia sejak tingkatan satu lagi. Segala macam ragamnya hanya Zainal seorang yang sabar menahan.
Pernah sekali Mudin 'curi' kasut Zainal. Bila Zainal keluar dari perpustakaan, dia tercari-cari akan kasutnya. Alahai- rupanya kawan sendiri yang ambil. Dia lari-lari tanpa kasut di kaki lima mengejar Mudin- sehingga ada senior perasaan. Sudahnya mereka berdua dimarah senior. Kata senior itu, cubalah jadi matang sikit!
Mudin jadi insaf - tapi hanya sekejap. Di lain hari dia ambil songkok di atas kepala Zainal sewaktu orang lain sedang siap-siap mahu ke kelas. Orang sudah lambat- warden sudah bising-bising di bawah- dia mahu main-main pula. Zainal jadi bengang - mahu rampas kembali songkok itu. Jerkah Zainal, Mudin boleh tolong jadi matang sikit tak?
Mudin senyap - mungkin terasa hati. Berhari-hari dia tidak tegur Zainal.
Suatu hari Zainal mahu mintak tolong Mudin- sangat terdesak. Tapi Mudin tidak mahu tolong. Mintaklah tolong dari orang lain, orang lain kan lagi matang- Mudin sudah jadi si perajuk.
Zainal pening kepala. Kalau dilayan- penat, kalau tak dilayan- serba salah. Zainal jadi keliru.
Sudahnya Zainal mengadu kepada Karim. Karim maki-maki. Semua orang mahu dibangkangnya - semacam dia seorang sajalah yang betul. Karim kalau bercerita tidak mahu kalah. Dia tidak mahu terima pendapat orang lain. Zainal salah, Mudin juga salah. Dua-dua tak matang. Zainal senyap-senyap sahaja.
Maka Zainal terpaksa jugalah mengalah. Takkan mahu terus berbahas pula?
Tapi Zainal tetap baik hati. Suatu hari geng nakal mahu buli Mudin. Zainal dapat tahu terus halang geng nakal itu. Zainal panggil Karim datang suruh maki geng nakal. Geng nakal jadi takut lantas terus berundur.
Mudin gembira - kemudian terus ke almari Zainal. Dia mahu sedikit makanan buat pengubat duka lara. Dia tahu Zainal sudah tidak marah padanya.
"Buat apa jadi matang, yang penting kita gembira." Kata Mudin sambil kunyah kerepek kentang.
Woha! - Zainal separa menjerit.
12 ulasan:
huh!
aku ikhlas suka ni!
cheers!
ada kaitan dgn kisah benar ke? thalhah? =)
Hfz A: thanks bro! cheers!
eman haikal: kisah rekaan semata-mata. untuk lepas gian nak menulis. tulisan mengarut saja.
wahahahah....rofl!
aku suka gle cte ko...sungguh xleyh blahhh ar kawan...
eman-eh..kenal aku?
syuk, cbe ko bayangkan 'mudin' dgn 'karim' baca...hahaha...lol!
thalhah: hah, x faham ko komen ape? aku inesen. ko terasa ke kawan?
wah, FT junior..:)
haha . teringat kwn sy yg slalu tegur sy. sy pun x mtg gak . tp yg ayat last tuh betul. buat apa jadi mtg jnji kita happy! huhu! :DDDD
syuk-aku dah jemu tgok muka inesen ko.asek buat mke tu je.,,da jadi tak natural.muhahah
apa kata ko letak nama pena ko syuk tehrani..ngee~
woha?!
sejak bila guna tagline?
addicted dengan sape nih?;)s
kaupun juga semakin dewasa...:-)
serai wangi: jauh lagi nak capai tahap FT =)
mastura: hmm. biar masa menentukan tahap kematangan kita =)
thalhah: aduhai~
student: woha! faham2 sendiri la~
unclejoe: terima kasih uncle joe. saya masih budak2 lagi.hehe
joven: thanks
makin bertambah usia, makin bertambah tanggungjawab...:)
Catat Ulasan