Sabtu, Julai 10, 2010

Comot


Pagi tadi saya lihat pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika - anjuran Kipmart Kota Tinggi. Pemenang tempat pertama menang basikal.



Budak-budak kecik umur 5-6 tahun mewarna dengan riang-rianya.



Dulu masa kecik-kecik, ibu selalu belikan majalah kawan. Masih ingat? Majalah saiz kecil - yang sekarang sudah diubah saiznya.



Dalam majalah itu ada satu peraduan mewarna. Hadiahnya saya tidak ingat - tapi saya teringin sangat nak menang.



Saya warna cantik-cantik lukisan yang disediakan - kemudian semasa dalam kereta saya bagi ayah.



"Ayah, boleh tolong hantarkan?"



Ayah saya ambil - kemudian dia tenung lukisan yang sudah diwarna penuh itu. Ayah gelak. Kemudian - simpan lukisan itu di dalam laci kereta.



Saya menanti dengan penuh harap.



Hari ini saya tahu kenapa nama saya tidak pernah disiarkan sebagai pemenang peraduan mewarna di majalah kawan.



Ayah tidak hantar borang saya kerana lukisan itu comot.



8 ulasan:

Haq Mohaidin berkata...

haha, bole cube lagi bro.skg lah masenye

THALHAH berkata...

comel.

Dai berkata...

haha comel. =)

Syukri Sapuan berkata...

haq: mana ada lagi peraduan mewarna kategori remaja.haha


thalhah: LOL *sedang mempraktikkan ajaran ko*


dai: haha. ko ada pengalaman cm ak gk ke?

eju berkata...

majalah kawan best! ada lg ke skarang? mcm dah x nampak je

THALHAH berkata...

ahaha..kau memang anak murid yang baik.

Syukri Sapuan berkata...

eju: ada lagi. tapi dah berubah saiz. konsep dalam pun dah lain


thalah: apa kaitan komen dengan entri?

THALHAH berkata...

budak2 kecik punya hal. comel la

Related Posts with Thumbnails