Hanya selepas beberapa bulan sesudah menerima cenderamata ini, barulah saya dapat mencari masa yang sesuai untuk menghabiskan pembacaan.
Novel Daerah Beta tulisan Azizi Hj Abdullah telah saya terima semasa kunjungan ke Menara DBP bersama para peserta MPR 2009.
Menurut Azizi Hj Abdullah ini dalam blognya,
"Daerah Beta diangkat dari kejadian benar, bagaimana sekumpulan rakyat di mana satu ketika dulu pihak kilang cuba menanam radioaktif ditempat mereka. Mereka bantah sehingga terjadi satu demonstrasi yang sangat hebat. Gas dan water canon menjadi mandian. FRU jadi pagar dan mahkamah tempat mengadu."
Daerah Beta menceritakan tentang perjuangan penduduk Kampung Baharu Bukit Marah untuk membantah penerusan operasi kilang Anak Rumpai Asian (ASA) yang disyaki menghasilkan sisa-sisa radioaktif dan tidak melupuskannya dengan cara yang selamat sehingga mencetuskan masalah kesihatan kepada penduduk.
Sebelum saya membaca novel ini - saya terlebih dahulu telah membaca buku Lawan tetap lawan : kisah perjuangan rakyat menuntut keadilan yang menyorot kisah perjuangan rakyat daripada era 60-an hingga 90-an.
Salah satu bahagian di dalam buku itu menceritakan tentang peristiwa mogok anti-radioaktif di Bukit Merah, Perak sekitar lewat 80-an hingga awal 90-an.
Menurut buku tersebut;
"Operasi kilang Asia Rare Earth (A.R.E) yang menghasilkan sisa radioaktif di kawasan Bukit Merah, Perak pada tahun 1985 telah mencetuskan satu pergerakan rakyat yang berlanjutan selama kira-kira satu dekad. Pihak penduduk semakin terdesak apabila kerajaan tidak mahu mengambil sebarang tindakan atas pihak kilang tersebut tetapi mengatakan bahawa kilang itu selamat dan tidak mengancam kesihatan penduduk di situ.
Lantaran itu, penduduk mencari jalan penyelesaian di mahkamah dan juga di luar mahkamah. Antara tahun 1985 hingga 1987, penduduk di sekitar Bukit Merah telah melancarkan beberapa demonstrasi. Demonstrasi besar yang melibatkan 20,000 penduduk telah dilancarkan pada 12 April 2987. ISA juga telah digunakan untuk menahan semua penghuni yang mengetuai bantahan pembuangan sisa radioaktif."
Rentetan peristiwa yang ditulis dalam buku tersebut sangat mirip dengan kronologi cerita di dalam Daerah Beta - maka saya beranggapan bahawa kisah perjuangan rakyat di Bukit Merah itulah yang diangkat oleh Azizi Hj Abdullah.
Hasil pencarian saya di internet, laman blog Menentang Sisa Radioaktif turut menulis tentang kronogi penuh kejadian Asian Rare Earth di Bukit Merah. Saya jamin - ia menarik untuk dibaca.
Membaca novel ini turut mengingatkan saya tentang artikel bertajuk 'Kenapa nak boikot? kenapa nak demo? yang ditulis Akmal Amri dalam laman blognya. Menurut beliau, demonstrasi jalanan mempunyai 2 fungsi utama, iaitu untuk mendidik dan bersuara. Baca artikel penuh daripada blog beliau untuk mengetahui hujah-hujah yang dikemukakan.
Novel Daerah Beta - pandangan saya adalah sebuah novel yang berbaloi untuk dimiliki. Ia adalah sebuah karya yang membuka semula lembaran sejarah mengenai kisah perjuangan rakyat yang kian dilupakan.
3 ulasan:
pada sy, demonstrasi kaedah paling sesuai dilakukan oleh rakyat tp harap2 demonstrasi tidak dianjur/disertai oleh org2 yg cuba buat provakasi demi kepentingan parti2 politik
dlm novel tu ada cerita anak baru lahir dlm kampung tu cacat kan.sgt kritikal lah kiranya
kau beli ke daerah beta? nk pnjam! aku bg kau pnjm buku malaysian politicians say the darndest things(2) aku br beli =)
Fairuz: terima kasih kerana menurunkan komen. tapi banyak benda yang menyebabkan demonstrasi adalah kerana politik. demonstrasi pada saya - jadi perlu jika kena pada suasana dan matlamatnya. Kuasa rakyat kuasa keramat.
haq: haah.lebih kurang gitulah. tapi aku rasa tu tambahan pengarang je. yang betul2 punya aku rasa takde - berdasarkan apa yang sempat aku jumpa dan baca je la.
ada orang bagi hadiah. tapi mahal harganya. RM45.00. aku pun pelik kenapa mahal sangat novel tu.
ouh ouh ouh!
aku tau buku tu. penah selak2 kt mph. nak pinjam! =)
Catat Ulasan