Rabu, September 01, 2010

Goodreads (II)


Saya pernah menulis tentang Goodreads di sini.



Selama beberapa hari tidak mengemaskini blog, saya banyak menghabiskan masa di laman itu. Seronok berada di sana - lihat orang lain membaca, kita juga bersemangat sama untuk membaca.



Selain dapat baca ulasan-ulasan buku, saya juga dapat tahu apakah buku-buku yang sedang dibaca oleh orang lain. Menarik bukan?



Nisah Haron baru-baru ini juga ada menulis tentang Goodreads di blog beliau.



Dalam group Goodreads Malaysia (yang setakat ini ahlinya seramai 461), antara aktiviti yang ada ialah cabaran 50 buku setahun.


Berikut saya sertakan F.A.Q. aktiviti tersebut, (sumber)



1.Apakah itu program 50 Buku Setahun?

Program 50 Buku Setahun adalah program yang mengajak pesertanya mencabar diri sendiri untuk membaca 50 buah buku setahun. Peserta perlu menyenaraikan tajuk-tajuk buku yang telah dihabiskan pada tahun tersebut di forum Goodreads Malaysia.



2.Bagaimana caranya untuk saya turut serta?

Anda perlu menjadi ahli Goodreads Malaysia, kerana hanya dengan itu anda dapat membuka topik di forum Goodreads Malaysia. Kemudian anda perlu wujudkan satu topik baru untuk menyenaraikan tajuk-tajuk yang telah anda baca pada tahun itu. Topik baru itu kemudiannya diletakkan dalam folder 50 Buku Setahun 2010 yang ada di Goodreads Malaysia.




3.Apa yang patut saya tulis dalam senarai itu?

Tajuk sahaja sudah memadai, tetapi jika mahu meletakkan juga nama pengarang atau imej kulit buku, sangat dialu-alukan. Ini tidak susah, kerana Goodreads mempunyai sistem yang memudahkan kita menglink/memautkan tajuk, pengarang dan imej kulit buku ke dalam topik-topik diskusi.




4.Wajibkah saya membaca 50 buku pada tahun itu?

Tidak sama sekali. Cukuplah kalau kita dapat menjadikan angka 50 itu sebagai pembakar semangat untuk terus membaca.




5.Apa hadiah yang akan saya dapat jika saya berjaya mencapai 50 buku?

Malangnya tiada apa-apa hadiah kecuali keseronokan membaca dan keseronokan beraktiviti dengan rakan-rakan buku sahaja. Biasanya senarai anda akan dikomentari oleh rakan-rakan buku lain, dan itu membuka peluang untuk bertukar cerita buku dan mengenali rakan baru. Tetapi kita berdoa sahaja mudah2an rezeki GRMY lebih murah pada masa depan. Maka dapatlah kita beri hadiah.




6.Perlukah saya mengulas buku-buku yang telah saya baca?

Setakat ini para peserta bebas untuk mengulas atau tidak. Ia bukanlah syarat wajib untuk memasukkan buku ke dalam senarai anda. Ada dua cara untuk mengulas, sama ada mengulas pada topik senarai baca anda, atau mengulas pada bahagian review buku yang telah disediakan khusus pada setiap data buku.




7.Bolehkah saya senaraikan buku yang dibaca separuh/sebahagian kecil sahaja?

Diskusi mengenai hal ini pernah berlaku, dan telah diputuskan secara sepakat di kalangan peserta bahawa buku-buku sedemikian tidak layak dimasukkan ke dalam senarai.




8.Bagaimana kalau ada peserta yang buat-buat senarai tipu? Bolehkah kita tahu?

Selalunya akan ada sahaja rakan-rakan buku di sini yang akan mengomentari senarai orang lain. Itu adalah pemantauan tak langsung. Tapi entahlah, ada juga ke yang rajin nak menipu hal-hal membaca ni? Psikotik agaknya dia? :p




notakaki: sedang mengira - sudah capai 50 atau belum?




"Jika ingin menjadi seorang penulis pertama sekali kena membaca, kedua kena membaca, ketiga, membaca, keempat membaca dan kelima baru menulis."
A. Samad Said

4 ulasan:

Syukri Sapuan berkata...

Cemburu apabila tahu Goodreads Indonesia ada 4051 ahli. dan kita di Malaysia hanya ada 11.3 % daripada jumlah itu.

serai wangi berkata...

insyaAllah, bakal bertambah bilangan tu. tak mustahil bakal mengatasi angka di indonesia.

tak pasti diri sendiri ni layak atau tidak nak sertai Goodreads. almaklumlah, dalam setahun kena menghabiskan dan menghadam beberapa buah buku cuma, tetapi padat sungguh dengan fakta.

semestinya kalau lepas berpuluh2 kali baca pun tak mampu lagi nak menulis.
faham kan? :)

apa pun, akan terus berusaha memperbaiki kualiti dan kuantiti pembacaan.

selamat maju jaya syukri! berusaha!

mohad berkata...

selamat ber puasa,,

Syukri Sapuan berkata...

serai wangi: terima kasih serai! tak apa - serai yang satu ini kerjanya merawat orang :)


ijad: Selamat berpuasa :)

Related Posts with Thumbnails