Khamis, September 02, 2010

Tentang inspection

Sewaktu berada di tingkatan satu - antara perkara yang saya (baca:kami ; pelajar tingkatan 1) kurang gemar ialah pemeriksaan asrama, ataupun inspection.


Bukannya malas - cuma aktiviti ini agak memenatkan dan mendera mental. (alasan.haha)


Inspection selalunya diadakan pada pagi Sabtu - selepas sarapan, kira-kira jam 9 pagi. Pelajar akan pergi ke kelas untuk prep pagi selepas inspection. Pada waktu inilah pengawas (di sekolah saya dikenali sebagai Majlis Hal-Ehwal Pelajar - MAHER) akan memeriksa tahap kebersihan dorm-dorm di asrama.


Asrama SM Sains Kota Tinggi



Usai menikmati sarapan di Dewan Sri Balau - kami akan bergegas balik ke dorm untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.


Di asrama sekolah saya, pelajar tingkatan satu dikumpulkan di dorm yang tidak bercampur dengan senior. Semasa berada di tingkatan dua, barulah kami ditempatkan di dorm yang bercampur dengan pelajar tingkatan dua hingga lima.


Antara skop tugas yang perlu dilakukan ialah memgemas loker, sapu lantai, bersihkan tingkap, sapu aras, bersihkan bilik-bilik aras, bersihkan kipas dan yang seumpama dengan itu.


Selepas pemeriksaan dorm dijalankan, MAHER akan memberikan ulasan tentang tahap kebersihan. Mungkin kerana kami pelajar tingkatan satu yang naif, abang-abang MAHER yang memeriksa itu memang suka marah-marah. Tahan sajalah telinga.



Ini tak kena, itu tak kena. Cadar katil tak cukup string. ada habuk kat tingkap paling atas. ada kertas kat bawah loker. ada habuk lagi kat bawah tikar. keceriaan serabai. rak kasut tak bersih. dan seribu macam yang lain. Pendek kata - semua serba tak kena.


Haih. Sabar ajelah.


Pada pagi Ahad pula - kami akan bergotong-royong membersihkan surau, berselang-seli dengan pelajar tingkatan dua.



Pada tahun 2003 itu juga - sekolah saya menyertai Pertandingan Sekolah 3K (Kebersihan, keceriaan dan keselamatan - kategori Sekolah Berasrama Penuh.



Ketika hari pemeriksaan oleh panel penilai hampir menjelang tiba - setiap hari akan dijalankan gotong-royong membersihkan asrama dan sekolah. Ketika ini, kawasan angkat kelas saya ialah di kawasan ampaian lelaki. Maka setiap petang kami akan ke sana.



kelas tahun 2003 : 1 Baiduri


Pernah pada satu tengah malam itu - ahli dorm saya semuanya dikejutkan daripada tidur dan diminta untuk mengemas bilik stor aras. Dengan muka mamai itulah kami sama-sama mengemas. Seorang daripda kami belot dan sambung tidur di bawah katil. (cis.haha)



Alhamdulillah - pada tahun itu sekolah saya menang Pertandingan 3K peringkat Kebangsaan - kategori Sekolah Berasrama Penuh.



Kami ingat kerana tika itu tenaga kami dikerah bergotong-royong habis-habisan.



Masuk pertengahan tahun 2004, saya menang pilihanraya MAHER - diikuti kemenangan pada tahun 2005 dan 2006. Maka tugas saya kini ialah memeriksa dorm-dorm.



Sesetengah perkara - bila kita ulang-ulang buat akan jadi bosan juga. Demikianlah dengan saya. Jika dahulu saya lihat orang yang memeriksa dorm ini seakan seronok saja , bila saya sendiri yang perlu buat tugas tersebut - lama-kelamaan akan muak juga.

Dataran HICOM - tempat roll-cal, perhimpunan selalu diadakan
- juga tapak latihan kawad kaki :)



Dan apabila pada tahun 2006 - saya perlu mengetuai tugas memeriksa asrama bersama sahabat Majlis Tertinggi - ia menjadi semakin menarik. (dan kadang-kadang muak - oleh kerana itu saya kadang-kadang terfikir - adakah warden di asrama sekolah saya itu tidak muak menjalankan tugas mereka?)

Selepas pemeriksaan asrama - akan diadakan perhimpunan ringkas di hadapan koridor dorm masing-masing. Tika itu, saya perlu memberi sedikit ucapan, peringatan, nasihat atau apa-apa sahaja.



Dalam pertengahan tahun 2006 - berakhirlah perkhidmatan saya di dalam organisasi MAHER dan saya begitu gembira untuk tidak memeriksa dorm - dan sekadar hanya menunggu MAHER datang memeriksa - sama seperti sewaktu saya berada di tingkatan satu dahulu (sudah pasti tanpa adegan marah-marah)


SAKTIAN (2003-2007)


10 ulasan:

THALHAH berkata...

masa form 1 kena marah..masa form 5marah-marah..lol

serai wangi berkata...

fuh, ketua kelas! :)

AmirHashim berkata...

masa tahun 2007 saya(syukri) ditakdirkan menjadi Captain Sakti.. Nanti saya cerita lebih lanjut ^_^

Syukri Sapuan berkata...

thalhah:itu orang lain.aku tak pandai nak marah-marah. lol



serai wangi: fuh, pktar!


amir: di sakti - istilah captain itu agak janggal sebenarnya. saya (syukri) orang kebanyakan saja. :)

Mohd Nazmi bin Hj. Saleh@Japri berkata...

Syuk...ketua kelas 1 bai...merangkap budak form 1 yg 1st makan pelempang En. Abd. Aziz...memang respekla hang syuk....

Syukri Sapuan berkata...

nazmi: jangan diungkit kisah yang satu itu.amat nostalgik dan mensyahdukan. haha

THALHAH berkata...

good one nazmi~

awak bukak spek awak..*guess what happens next*

Syukri Sapuan berkata...

apakah yang berlaku?


jeng3. biarlah rahsia.

mawarberduri berkata...

syuk.... u made me smile reading this :)

nazmi cte la ap y jadi kt syuk. nape ckgu aziz lempang syuk.

oke. tamaw diungkit. baik. accepted. kdg2 ssT peristiwa mmg lebih molek jika lhsung tak dibangkitkan kembali.

shadee_capdrag berkata...

tapi kan...masa aku Form 1 dulu, lagi teruk kene beb....kene calit taik kat tangan tau x (coz basuh jamban x bersih)...dah la kena guna tangan kanan. memang tak berselera aku nak makan sepanjang hari tu...

Related Posts with Thumbnails