Berdasarkan perangkaan, purata jangka hayat lelaki Malaysia pada tahun 2010 ialah 71 tahun.
Beberapa minggu yang lalu saya menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20. Ini bermakna jika saya dipanjangkan umur, saya telah menggunakan 28.1% daripada jumlah umur tersebut.
Saya suka benar pada ungkapan dunia ini akan menjadi milik anak muda pada akhirnya. Mungkin kerana saya anak muda yang selalu menyimpan protes kepada dewasa.
Beberapa orang kenalan saya semasa MPR 2009 (yang rata-rata berusia dalam lingkungan 22-17 tahun) telah menghasilkan novel masing-masing. Munirah dengan Qasidah Untuk kekasih & Perindu Pelangi, Nuraini Ruzi dengan Kuntum Cinta di Taman Syurga, Effa dengan Pengawas Sekolah dan Ilyani Alias dengan sekuel Otai.
Juga N.Faizal dengan kumpulan puisi kotak-kotak demokrasi.
Faisal Tehrani menghasilkan Perempuan Politikus Melayu pada usia 19 tahun - dan novel itu tercalon ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia. A Samad Said menulis Salina pada usia 20 tahun. (sumber)
Pada usia 26 tahun,YB Nik Nazmi, super senior saya di kolej menjadi wakil rakyat DUN Seri Setia - selain pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor.
Begitu juga dengan seorang lagi super senior saya di kolej, saudara Imran Koyube dan rakan-rakannya. Pada usia 24 tahun, beliau sedang memimpin ILuvIslam.com yang diasaskan pada pertengahan tahun 2006.
dan tika usia mencecah angka 20, apa sebenarnya yang saya miliki?
5 ulasan:
ko hensem kot.
komen ko tu cam takde kaitan je dengan entri aku ni
Betul apa yg ko tulis syuk.. aku pon terpikir gak...
Haq punya komen x leh blah... ^^
Bro, kalau kau berminat, aku ada bisnes baik ni untuk kau. jom ym. tapi kalau kau dah tau sorreh ah. xD
kau ada pengikut ramai kat blog. pengaruh tu...
:D
hmmm..terpikir jugak..
Catat Ulasan