Khamis, Januari 13, 2011

Dingin



Untuk menikmati suasana dingin beku, saya hanya perlu naik ke tingkat dua bangunan Pizza Hut tempat saya bekerja dan pergi ke bilik freezer yang berais-ais.


Tapi saya tidak boleh berlama-lama di situ. Saya perlu keluar segera - tidak tahan sejuk.


dan sekarang ini saya sedang tak sedap badan kerana suhu badan menjadi panas gara-gara semalam tidur tak tutup kipas.


Saya tidak berapa suka kipas juga penghawa dingin. Saya kurang minat pada kedinginan (juga pastinya tidak gemar kepanasan melampau)


Iyalah. Saya bekas pesakit paru-paru berair.



1 ulasan:

eju berkata...

jaga kesihatan...

Related Posts with Thumbnails