Dr. Faisal Tehrani dalam cerpennya, Kegawatan (yang terkandung dalam kumpulan cerpen Tiga Kali Seminggu) telah menggambarkan keadaan Kuala Lumpur yang musnah teruk akibat gempa bumi dengan begitu berkesan sekali.
Ya - memang tidak mustahil ia benar-benar boleh berlaku.
Seperti mana yang digambarkan - Pasar Budaya tempat seronok remaja lepak menjadi batu-batu halus. Istana Negara terbenam dan Lake Garden terkambus. Tabung Haji di Jalan Tun Razak berderai-derai dan lebih menyayat hati Menara Kuala Lumpur mercu tanda indah kebanggaan hati, patah lima. KLCC terbelah tujuh belas, Terminal Bas Putra terduduk, Stesen Bas Kelang dan Puduraya entah di mana, Pan Pacific, Ming Court, Hotel Istana dan pelbagai lagi sehinggakan Carcosa Seri Negara hanyalah bongkah-bongkah batu besar tanpa gemilang lagi (kegawatan, Dr FT)
Jika itu benar-benar terjadi, bagaimana agaknya kita?
Kita yang sering dihidangkan dengan berita bencana alam daripada wilayah lain akan bingung kerana keliru dan tidak pasti bahawa yang berlaku tika itu sekadar fiksyen atau realiti.
Hakikatnya - banyak perkara yang tidak dirancang boleh terjadi dalam hidup ini. Hidup penuh rahsia dan kejutan.
dan begitulah ketika saya kembali membelek gambar lama ini. Siapa sangka Kota Tinggi bisa tenggelam?
bandar Kota Tinggi: Disember 2006
Kota Tinggi, Disember 2006
Hanya bahagian atas jambatan yang kelihatan. Air daripada Sg Johor melimpah.
Bandar Kota Tinggi sebelum banjir
Saya pernah menulis tentang entri banjir sebelum ini. Juga terdapat gambar keadaan rumah saya ketika peristiwa banjir besar ini. Boleh dibaca di sini.
dan ketika kegawatan berlaku- bagaimana agaknya kita?
1 ulasan:
aku semacan tertarik.
nak satu copy boleh?
Catat Ulasan