Ahad, Julai 31, 2011

Hadiah Sastera Darul Ta'zim (HSDT) Kelapan 2011


1. Alhamdulillah. Puisi saya yang berjudul Kalau Kau Fahami Bahasa Rindu (yang disiarkan pada 3 Mei 2009 di Mingguan Malaysia) telah berjaya memenangi HSDT kelapan 2011 bagi kategori karya penulis remaja bawah 19 tahun.


2. Penyampaian hadiah telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada malam semalam (30 Julai 2011)




3. Sungguh - saya berasa begitu kerdil untuk menerima pengiktirafan tersebut. Saya tersepit di antara rasa pesimis dan optimis. Tentang mengapa wujud rasa begitu, itu biarkan saja hanya saya yang tahu.


4. Semoga pengiktirafan yang diterima ini akan membakar sumbu semangat saya untuk terus berfikir dan menulis sesuatu yang bermanfaat.


5. Bak kata Pak Pramoedya Ananta Toer, "Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan dari sejarah. Menulis adalah bekerja untuk keabadian."


Pemenang kategori karya remaja bawah 19 tahun


6. Dan kata-kata Dr. Mawar Safei (yang memenangi 3 anugerah malam semalam) kepada kami (pemenang kategori karya remaja bawah 19 tahun) terngiang-ngiang di telinga saya: Kamu semua jangan berhenti menulis!


7. Jangan ini jadi pengakhiran.


keratan Berita Harian berkaitan pengumuman pemenang HSDT 2011




7 ulasan:

Muhammad Zaki Bin Sapuan berkata...

tahniah2 bagus!

Muhammad Zaki Bin Sapuan berkata...

bagus2 tahniah!

fy berkata...

tahniah syuk..nampaknya ko memang betul2 serius dgn bidang ni kan...aku doakan ko berjaya :)

THALHAH berkata...

tahniah syuk! ah.tak sangka puisi ilham ketika _____ di pagi ramadhan berjaya menjulang kau!

p/s:isi tempat kosong

Unknown berkata...

Tahniah!

Syukri Sapuan berkata...

Zaki, Farah, Shukri & Al-Ghazali: Terima kasih :)



Thalhah: Ramadhan mana la pulak. tak reti nak isi tempat kosong tu.kehkeh

serai wangi berkata...

tahniah! mabruk 3alaika! :)

Related Posts with Thumbnails