Selak-selak nota semasa Borak Buku dengan Encik Khair Ngadiron (Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia - ITNM) - dan saya terjumpa dengan beberapa catatan menarik.
Dalam menerima gelombang media baru - kata Encik Khair - kita memiliki 5 pilihan - dalam analogi kedatangan kereta api.
Ada sebuah kereta api yang sampai di sebuah bandar, dan kita memiliki 5 pilihan.
1. Kita naik dan jadi penumpang dalam tren tu.
2. Kita naik dan jadi pemandu dalam tren tu.
3. Kita cuba halang tren tu daripada terus bergerak.
4. Kita tak kisah dengan tren tersebut dan biarkan ia berlalu pergi.
5. Kita tak tahu-menahu pun di bandar tu ada tren.
Kita kelompok yang mana?
2 ulasan:
saya naik dan jadi penumpang.
saban tahun pulang ke pantai timur menaiki kereta api kelas kedua sangat menggembirakan. perjalanan yang memakan masa dilupa begitu sahaja dengan berbuka dan bersahur bersama rakan. tidak perlu fikir kesesakan, tidak penat memandu, subuh hari menatap hijau daun sepanjang perjalanan adalah satu anugerah yang sangat indah. alhamdulillah...
ko memberi inspirasi utk aku menulis syuk!
Catat Ulasan