Rabu, September 07, 2011

KKC hilang magisnya


Saya menguliti Karipap-Karipap Cinta (KKC) lama sebelum mendengar khabar bahawa ia akan difilemkan, pada awal penerbitannya di tahun 2010.


Berkonsepkan komedi, novel garapan Nazri M Annuar ini diulang cetak sebanyak 3 kali - memberi petanda bahawa cerita ini sudah ada pengikutnya yang tersendiri.




Bagi saya - ia sebuah novel komedi yang jujur. Pengarang menulis tentang hidup seorang manusia yang tipikal - dan bersatira tanpa kita sedar. Humor yang ditulis berjaya membuatkan saya ketawa dan tersengih seorang diri.


Ada banyak perkara yang perlu kita telusuri pada lapisan kedua - dan tidak membaca pada lapis pertama semata-mata.




Filem KKC arahan Hafsham ditayangkan di pawagam bermula Hari Raya 2011.


Bagi memindahkan sebuah karya novel ke layar perak bukanlah satu kerja yang mudah. Adalah mustahil untuk memindahkan dengan sempurna - hasil penulisan setebal 254 muka surat kepada sebuah filem yang berdurasi 1 jam 30 minit - 2 jam.


Dan begitulah pandangan saya terhadap KKC.


Saya menonton KKC pada Hari Raya kedua. Dewan pawagam hanya diisi kurang daripada 10 orang penonton.


Berbanding dengan versi novel, kebanyakan adegan yang cuba hendak digambarkan tidak berjaya disampaikan dengan sempurna. Mungkin kerana batasan pengisian monolog/naratif di dalam versi filem. Di dalam versi novel, unsur humor banyak digerakkan melalui monolog dalaman Ali (watak utamanya). Ali banyak membuat pelbagai andaian, berfikir, berfalsafah dan sebagainya. Unsur ini tidak banyak diketengahkan di dalam versi filem (dan tidak perlu diperbanyakkan kerana akan nampak serabut)


Dan perwatakan Sarah (watak utamanya) selaku bekas pelajar terbaik Al-Azhar yang memilih untuk berdakwah dalam dunia komik - tetapi tidak memakai tudung dengan sempurna - bagi saya akan menimbulkan satu kebingungan buat kita semua.


Saya tidak pasti berapakah kutipan filem KKC setakat hari ini. Tetapi - berdasarkan pemerhatian saya di beberapa buah pawagam - filem ini jauh ketinggalan daripada segi kutipan berbanding filem Hantu Bonceng.


Saya cuba berteori bahawa filem ini kurang mendapat sambutan kerana kurangnya promosi - dan masyarakat kita juga bukanlah sebuah masyarakat membaca. Tema misteri dan hantu masih menjadi kegilaan kita.


Saya sudah menonton Hantu Bonceng - dan mendapati bahawa filem itu tidak ada asas yang kuat dan lebih banyak menimbulkan kebingungan.


Well - Saya rasa saya paling suka Hantu Kak Limah Balik Rumah.


Apa yang kita ketawakan sebenarnya bukan watak-watak di dalamnya - tetapi adalah diri kita sendiri.



5 ulasan:

Najwa Najihah berkata...

Setuju. Terkejut sebenarnya, kenapa mesti watak Sarah begitu. Bagi saya, mengaibkan.

Sebenarnya, promosi ada. Terpampang di muka hadapan akhbar Metro, setiap hari sampailah waktu tayangan. Dan tema misteri dan hantu sentiasa menjadi juara. Alahai...

Tanpa Nama berkata...

nasib baek aq xtgok.....try tgok eat pry love dan p.s i love you....banyak mesej yang disampaikan..huhuhuhu

tupaimerah berkata...

secara peribadi, saya rasa filem ini memang kurang promosi.
secara peribadi juga, saya mencurigai pemilihan pemeran watak.
sebagai seorang yang tidak mengetahui apa-apa mengenai novel KKC, saya harap pihak produksi will do justice to the novelist.

Unknown berkata...

saya lebih suka novelnya drp filem...dah lama saya baca novel ni n review ttgnya...

http://zihnunfatin.blogspot.com/2010/05/karipap-karipap-cinta-terapi-minda-yang.html

Tanpa Nama berkata...

kifkifkif..hidup kita begitu ke?

Related Posts with Thumbnails