Seorang Merdeka
Yang merintih
di denai derita
ialah merdeka yang luka.
Dalam terang semesta
Dia mengadu gelap dunia -
si kecil dari rahim leluhurnya
kian lupa pada warisan
kerana mendakap Barat pujaan.
Dalam hiruk warga
Dia mencicip bicara -
si muda nan kontang jiwa
pada galur asalnya
adalah akar rapuh
menanti diserkup nestapa.
Dalam malam yang agam
Dia menangis di bahu bulan -
mengenang mata rantai perjuangan
berhenti berputar
Kerana leka rakyatnya.
Seorang Merdeka
sudah renta melihat kita -
bercakaran merebut sebidang kuasa.
Syukri Sapuan
Kota Tinggi, Johor.
Dewan Siswa Mac 2012
3 ulasan:
Tahniah, saya ucapkan.
tahniah! teruskan usaha ye.
*untuk diri sendiri jugak*uhuk*
terima kasih atas komentar dan dorongan semangatnya :)
Catat Ulasan