Rabu, Mei 02, 2012

Menyelongkar Malam


Puisi
Menyelongkar Malam


Kususuri lebuh maya
nan sarat suara sukma.


Sekumpulan manusia,
menggaul sebejana kata
dengan cacian ampuh
gelodak emosi amarah
atur fakta bercempera
untuk hidangan sekalian pembaca.
(Aku tidak semakin bestari,
malah kian keliru kerananya.)


Kugapai naskhah ilmu
tulisan cerdik pandai bangsa,
kunikmati segar wacana
sebagai bekal kelam malam.


Syukri Sapuan
Kota Tinggi, Johor

Tunas Cipta April 2012

2 ulasan:

... Wafa Awla ... berkata...

tahniah cikgu. Puisi ini saya suka.

Syukri Sapuan berkata...

terima kasih wafa :)

Related Posts with Thumbnails