Rabu, Oktober 15, 2008

Penantian satu penyeksaan!



Malam sudah larut benar...
Kelicap sudah lama pulang ke sarang...
Hanya pungguk setia di dedahan...
merindu bulan yang jauh di awangan...


Peperiksaan semester saya kian sampai ke penghujungnya. Niat di hati ingin mencoretkan sesuatu di laman ini. Namun, kelopak mata saya tidak tertopang lagi dek rasa mengantuk yang menyerang. Maka, terpaksalah saya menangguhkan dahulu hasrat hati yang meluap-luap untuk menulis ini. Tidak tahan rasanya lagi mendengar sahutan bantal dan tilam yang mendayu-dayu. Dengan saki baki kudrat yang ada, saya menyimpan 'posting' ini sebagai draf dan berjanji untuk menyudahkannya apabila tiba masanya kelak. Oh ya, pagi tadi saya berkesempatan menulis di blog kelip-kelip.
Sekiranya anda mempunyai kelapangan, jengahlah ke sesawang maya itu.Moga mendapat sesuatu yang bermanfaat!. Salam Takzim dan saya mohon izin berundur!




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam saudara syuk~

thanx for visiting my blog!!come again next tym!!heheh~

nways, selalulah update..kami supersenior kalian sangat2 lah merindui kolej yang best..satu senario tak mungkin ada di tempat laen..ukhwah di sana tiptop!!=)

bolehlah mengetahui apa2 yang sedang berlaku di kolej sana bila melayari blog2 warga2 KY..hargai peluang ini..sungguh, peluang ini datang sekali, enjoy ur life there!!pasti memori di KY sangat mengasyikkan!!believe us~

salam ikhlas:
kak akma..
Queen's Belfast~

Tanpa Nama berkata...

ive visited urs...
maaf x dpt lame kt cni tp insyaallah sy akn try lawat blog awk lg k..
bez la posting awk 2..
terharu sy..
hehe..
tp better pas ni cek ejaan k..
thats all 4 now..
t8 care my fren..

Syukri Sapuan berkata...

sisbelfast:

thnx! moga kn bersua di kota UK kelak..

serai wangi:

terima kasih kerana view.
sy hanya manusia biasa yg x terlepas dari salah.
kadang2 ada juga kesilapan ejaan.
terima kasih ats teguran

Related Posts with Thumbnails