Rabu, Oktober 08, 2008

Wira mandala hijau



Minggu in saya benar-benar dihambat kesibukan melampau.. peperiksaan semester kian menjelang tiba. banyak yang perlu diulangkaji semula, maklumlah saya manusia yang mudah lupa..

cuti kolej sempena hari raya baru sahaja tamat..seperti biasa, saya menjadi manusia yang kurang produktif pada hari cuti..mungkin kerana naluri hedonistik yang menebal...mengulangkaji pelajaran itu kadang-kadang membosankan..maka, saya melakukan aktiviti lain yang lebih menghiburkan..

sewaktu berpelesiran seorang diri di bandar Johor Bahru, hati saya terdetik untuk mendapatkan sebuah antologi cerpen..sudah lama rasanya tidak membaca antologi cerpen yang berkualiti...lalu, saya pun bergegas ke kedai buku berhampiran...antologi cerpen pemenang hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 menjadi pilihan hati..."WIRA MANDALA HIJAU", demikianlah judul antologi cerpen tersebut..

secara tuntasnya, WIRA MANDALA HIJAU merupakan antologi sembilan buah karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 bagi kategori cerpen remaja. Karya-karya yang termuat dalam antologi ini memperlihatkan perkembangan pemikiran penulis yang semakin tajam menggarap isu yang pelbagai daripada perspektif berbeza dan sekali gus meluaskan horizon pemahaman dan penafsiran. Antara isu yang diangkat lewat karya-karya di dalam antologi ini ialah isu bahasa melayu, pengisian dan semangat kemerdekaan warga remaja tanah air, masalah alam sekitar, nilai insani dan kekeluargaan.


9 buah cerpen di dalam antologi ini memang menarik dan berkualiti.. wajarlah mereka menjadi pemenang...sepanjang proses pembacaan, terdapat 3 buah cerpen yang benar-benar mempesonakan saya...tema yang diangkat serta gaya bahasa yang berjaya diolah dengan baik menjadikan karya tersebut bukannya karya picisan..

cerpen "banglo kolonial di Lot 152" mempunyai unsur sinisme yang mengutarakan persoalan budaya dan bahasa. Nama "Lot 152" mempunyai nilai sejarawi apabila dirujukkan kepada Fasal 152, Akta Bahasa Kebangsaan yang menjadi kubu pertahanan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Dalam cerpen ini, nombor 152 dikonkritkan dengan sebuah banglo berciri kolonial milik pasangan melayu yang berbudaya Inggeris. Perpindahan pemilik asal banglo itu, Pak Usman, ke Makkah melambangkan pelepasan amanah oleh orang yang bertanggungjawab terhadap bahasa melayu kepada watak comprador( peribumi yang mewarisi legasi budaya Inggeris yang tidak berjiwa Melayu). Pertukaran pemegang amanah ini mengakibatkan nasib bahasa Melayu terancam. secara keseluruhannya, saya memang benar-benar tertarik pada cerpen ini.wajarlah ia menerima Hadiah Utama. Jalinan cerita, permulaan, klimaks serta peleraian berjaya ditangani dengan baik.bijak benar pengarang mengakhiri cerpennya dengan unsur humor hasil daripada pemerhatian sosioanalisa. penyampaian kritikan yang bercirikan wacana pascakolonial ini merupakan strategi sastera yang fungsional bagi masyarakat semasa.

seterusnya, cerpen "wira mandala hijau"juga menarik perhatian saya. Watak binatang dibangunkan sebagai watak penting untuk mewujudkan unsur satira dalam mengangkat isu pembangunan tidak terancang. penentangan golongan yang tertindas dalam arus pembangunan merupakan manifestasi suara golongan bawahan yang dalam realiti kehidupan manusia, tidak didengari dan dihiraukan. cerpen ini berbentuk alegori dan perlu dihayati dengan lebih mendalam lagi. bukan sekadar bacaan ringan semata-mata. Dengan ini, kita dapat mengaitkan peristiwa ini dengan gejala pembangunan yang mengakibatkan pemusnahan alam dan meruntuhkan nilai manusiawi.


cerpen "Rumah Nurul Iman"juga memenangi hadiah utama..saya turut menggemari karya ini kerana terdapat nilai kemanusiaan yang padu di dalamnya. cerpen ini memaparkan kegigihan seorang ibu yang sanggup memelihara anak-anak penghidap AIDS, anak-anak yatim dan anak-anak gelandangan. pengarang membawa kelainan dengan menggunakan sudut pandangan pertama iaitu malalui perspektif "saya", iaitu anak remaja kepada ibu gigih tersebut...membaca cerpen ini sedikit sebanyak menginsafkan saya...terutama pada bahagian penghujungnya...hayati perenggan terakhir dalam cerpen ini...


" Rumah Nurul Iman ini semacam sebuah keluarga besar. Ada rabitah hati yang menautkan kami. Di sini, kami belajar makna kehidupan dan bahagia. Di sini kami berkongsi seluruh rasa dan kecintaan. Tidak ada apa pun yang membezakan kami. Benar. Kita bukanlah hakim yang layak untuk menghakimi anak-anak ini kerana Tuhan sendiri tidak pernah menghukum seorang anak atas dosa ibu bapanya.

Andai Tuhan sendiri tidak menghukum, mengapa perlu kita? "


Saya secara peribadi sememangnya berpuas hati dengan karya-karya di dalam antologi ini.. rasa berbaloi dengan ongkos yang dibelanjakan...karya-karya yang dipilih sememangnya ada kekuatannya yang tersendiri dan tidak tipikal..


membaca karya-karya pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ini kadang kala menimbulkan pertanyaan dalam diri saya...

"Bila ya agaknya karyaku akan terpilih seperti mereka?"





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

membaca penulisanmu membuatkan aku terpaksa menyelak kamus dewan bahasa. ahaaaa.. bahasa melayu ku teruk (dulu sering dapat B) hehee

Syukri Sapuan berkata...

rabiatul adawiyah :
xpe..bahasa melayu aku pun teruk jgk...aku kna tgk kamus gak utk memastikan ketepatan penggunaan perkataan..maaf ye kalau membuatkan kepeningan krn terpaksa menyelak kamus dewan..bersama kita memperkasa bahasa kita..

kuIna berkata...

nice blog....

Syukri Sapuan berkata...

kuina jentayutiara:

thnx..keep viewing and drop comment in my blog!

Tanpa Nama berkata...

syuk!!
err...
nih syuk ke..
a samad said..??!!!

Syukri Sapuan berkata...

jeng jeng jeng @ eea:

uhuk3
( sorry, tiru trademark)

Tanpa Nama berkata...

first tyme aku baca blog ni....sebelum ni tak berkesempatan....tahniah diucapkan atas ketinggian penggunaan bahasa ibunda kita...saya hampir hampir terkejut melihat syuk yang saya kenali mampu menulis sedemikian rupa....hahahah...amacam skema tak aku tulis...tak retilah aku nk bermadah cam ko...
tulislah lagi...boleh aku baca...

Syukri Sapuan berkata...

imm classmate ekonomi:

dont judge a book by its cover..uhuk3

terima kasih ats galakan

teruskan membaca blog ini..

drop la comment selalu..

Related Posts with Thumbnails