Rabu, Januari 14, 2009

Hari-hari terakhir seorang insan.




Saya sudah berada dalam minggu kedua, semester 2 di KYUEM.

Kesibukan yang melanda menyebabkan saya tidak dapat mengemaskini blog secara kerap. Seingat saya, kali terakhir saya mengemaskini blog adalah pada hari terakhir berada di rumah.
Produktiviti dalam dunia penulisan saya menurun secara mendadak. aduh.


Bangsawan, menguruskan house trip diamond, ICAN, nasyid, peperiksaan mingguan, kerja-kerja akademik dan lain-lain menyebabkan saya sibuk sebentar dengan urusan dunia. Kepala saya terasa macam hendak pecah apabila mengenangkan semua kerja yang menimbun ini. aduh. saya seharusnya tenang menghadapi semua ini.


Kata alim ulama', ujian dan cabaran itu adalah rahmat Tuhan bagi membuktikan keimanan manusia. Saya rasa saya sedang diuji oleh Maha Pencipta. Telefon bimbit saya tidak dapat berfungsi sejak petang tadi. Saya rasa saya akan menjalani kehidupan tanpa telefon bimbit dalam sehari dua ini. Jikalau hendak berhubung dengan saya, sila gunakan surat ataupun sebarang alternatif lain. Saya akan berusaha untuk menangani masalah ini. harap bersabar.


Dahulu, semasa telefon bimbit saya tidak bermasalah, saya selalu mendengar lagu ciptaan Ebiet G Ade, seorang penulis Indonesia. Bagi saya lagu-lagu ciptaan beliau amat bermakna dan menenangkan, lebih-lebih lagi lagu yang bertajuk Camelia. Kata seorang kawan saya, dalam hidup Ebiet G Ade, Camelia tidak pernaah wujud. Jadi Camelia di sini hanya wujud sebagai sebuah nama. Pada pandangan saya, lagu ini mampu meninggalkan mesej yang mendalam kepada para pendengar terutamanya pada lirik di bahagian hujung lagu.


Camelia
Gugusan hari-hari
Indah bersamamu Camelia
Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakku kesana

Inginku berlari
Mengejar seribu bayangmu Camelia
Tak peduli kau kuterjang
Biar pun harusku tembus
padang ilalang

Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta tangan telah menahanku
Ingin kumaki mereka berkata
Tak perlu kau berlari
Mengejar mimpi yang tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu... di hatimu...


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hmmm, puas eden tgu..
akhirnye muncul gak posting terbaru awk yer..
xpe2, mmg difahami student mmg sgt cbuk..
nk2 org cam awk.. bersabar la yer..
mge hp awk 'pulih' spt biasa..
amin..

aQlili raHim berkata...

oo..patutla ko lum rep lg msg aku..

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM WBT

XKISAH LA KALU XBLEH UPDATE SLALU PON. AIMAN TAK KISAH...
LAYARILAH...
awanlembayungsendu.blogdrive.com

THALHAH berkata...

lagu itu...lagu itu...ehem2

Tanpa Nama berkata...

salam..
syuk, ak baru tebaca post nih..
fyi, hp ak pun x berfungsi pd ptg 14 jan 09..
ad kutulis dlm rhsia ati d blogku..

Related Posts with Thumbnails