Selasa, Mac 10, 2009

Cerita lewat malam.



Malam pekat.


Saya duduk termangu di bawah sinaran lampu neon. Menikmati indahnya malam ciptaan Tuhan. Bulan terang dipagari bintang. Cengkerik menyanyikan simfoni alam.


Satu hari, ada seorang kenalan memesej saya. Sekadar mahu bertanya khabar barangkali.


" Nape x tulis blog gk. boleh aq tahu perkembangan terkini" , saya menghantar mesej kepada beliau. Struktur bahasa rojak. marah pencinta bahasa.pedulikan.


" haha. ade.cnfdential..kui3..ad kt frenster, 2 pun jrg update..mls nk gne blogspot..nanti ak tlis bnda2 x ptt..abes la sume org tau rahsia atiku..huhu", dia membalas. bahasa melayu cacamarba. biarkan. ini ruang untuk telefon bimbit. bukan kamus dewan.


" jgn la tulis rahsia hati. Tulis la pasal rahsia diri", saya membalas spontan. menaip apa yang terlintas.


" wut difference do they make?" , dia membalas lagi. Semangat inkuirinya tinggi barangkali.


Saya tidak tahu mahu jawab apa. Apa beza antara rahsia diri & rahsia hati.


Lantas saya membalas. Mengerut dahi sekali sekala memikirkan struktur ayat.


Rahsia diri mengheret rahsia arkib kehidupan yang dilingjkari pelbagai persoalan tanpa jawapan. Lebih subjektif dan menyeluruh tanpa mengabaikan aspek kemanusiaan yang ditunjangi hati.


saya beretorik.


senyuman adalah lukisan rahsia hati.


Itulah definisinya.
.
.
.
.
.
.
Maaf. ini adalah entri tanpa tema. fikirkanlah sendiri pengajarannya.
.
.
.
.
.
Sempena Maulidur Rasul ini, ada beberapa orang sahabat saya yang baik hati telah memberikan mesej peringatan melalui telefonbimbit . Sekadar mahu berkongsi saja.


"Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa Baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu? Tidak Abu Bakar, kamu semua adalah sahabatku" kata Rasulullah S.A.W. Ikhwanku itu, menurut Rasulullah S.A.W adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka". ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAIDINA MUHAMMAD WA 'ALA ALI SAIDINA MUHAMMAD.~salam maulud rasul



HATI berjuang kerana ALLAH,
dugaan itu tempat bersanggah,
keperitan ditelan sebagai juadah,
kejayaan dianggap satu mimpi indah,
andai ditakdirkan rebah,
HATI tetap redha kerana ALLAH..
Semoga tabah & mujahiddah menempuh tiap lurah.
Tiap agendaNYA punya hikmah,
agar hati disinggah indahnya kasih ALLAH.
Jaga hati.Jaga Iman.

Salam Maulidur Rasul.
Salam Maulidur Rasul S.A.W.
Kegagahan lelaki bukan pada rupa fizikal,
namun pada kecekalan hatinya.
Lelaki gagah mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
Sedia menerima segala teguran.
Memberi madu setelah menerima racun.
Setia untuk berbaik sangka dan tidak pernah berputus asa.
Kegagahan lelaki berdiri atas kemuliaan hati.
Seluruh kesempurnaan yang ada pada Nabi Muhammad ialah kesempurnaan pada seorang lelaki.
Selamat berselawat atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syukri, spe yg baik hati bg msg yg awk post 2 ek?
rs sebak bler tahu rasulullah bgtu rindu akn umatnya ( kter la kan, insyaallah)..




~masih x rs nk wat blog sndr. x pandai nk susun ayat cm org 2. huhu..

Rabiatul Adawiah Sulaiman berkata...

ikut sunnah baginda, jadi sebaik2 umat :)

THALHAH berkata...

hahaha..aku tertawa sendiri...

turning point yang cukup menarik...

kreativiti penulisan melaampaui batasan pemikiranku...daripada suasana gelap malam kepada keadaan sedang menghadap telefon bimit...

Bijak kau mengajak imaginasi pembaca menerawang ke mana2 saja

Syukri Sapuan berkata...

serai:aiseh. segan2 pulak nk buat blog. salam maulid.

ada: Insya Allah. salam maulid.

Thalhah: hahaha. terima kasih atas pujian. aq harap ia pujian ikhlas. aq akan buat yg lebih baik lagi.

Related Posts with Thumbnails