Ahad, Mac 08, 2009

.Cerita tanpa nama.







Dunia-Penduduk tinggal di khemah.

SACRAMENTO - Khemah-khemah setinggan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sini berikutan krisis kewangan Amerika Syarikat (AS) yang bertambah buruk, lapor sebuah akhbar semalam.


Khemah-khemah itu menjadi tempat tinggal penduduk di bandar Sacramento, California yang hidup melarat akibat hilang pekerjaan dan tidak mampu membayar ansuran rumah.


Pihak berkuasa tempatan berkata, sekurang-kurangnya 50 pendatang baru mendirikan khemah setiap minggu dan kawasan itu menjadi tempat tinggal lebih 1,200 orang.


"Sukar untuk menerima kenyataan pada zaman moden ini rakyat terpaksa tinggal di khemah seperti yang berlaku ketika Era Kemelesetan Ekonomi pada 1930-an," kata seorang aktivis AS, Joan Burke.


Bagaimanapun, bagi golongan tersebut, mendirikan khemah dengan menggunakan baki wang simpanan yang ada merupakan satu-satunya pilihan buat mereka selepas semua tempat perlindungan untuk penduduk jalanan di California penuh.


Keadaan tempat itu adalah tanpa bekalan air dan elektrik menyebabkan ramai penduduk terpaksa berjalan kaki hampir lima kilometer setiap hari untuk membeli air minuman di stesen petrol dan kedai runcit berdekatan.


"Kami mempunyai seorang anak lelaki berumur 35 tahun dan dia tidak pernah menghubungi kami. Kami menelefonnya sebulan sekali untuk menyatakan kami sihat dan baik. Kami tidak mahu membuatkan dia bimbang," kata sepasang suami isteri yang menetap di khemah tersebut.


Pada bulan lepas, Gabenor California, Arnold Schwarzenegger telah meluluskan beberapa langkah bantuan tetapi tidak banyak yang kerajaan dapat lakukan berikutan lebih 80,000 orang hilang pekerjaan di negeri itu setiap bulan. - Agensi- Petikan akhbar KOSMO!.

.
.
.
.
.
.

Sukar untuk menduga prestasi ekonomi dunia hari ini. Kejutan demi kejutan terjadi. Sistem perbankan konvensional yang berasaskan riba ternyata membinasakan. Entahlah. Saya tidak pakar dalam hal ini.
.
.
.
Saya pernah terbaca satu analogi. Ada satu cerita.
.
.
Ada sebuah periuk yang berisi air panas. Seekor katak dimasukkan ke dalam periuk itu. Katak rasa panas. Dia melompat keluar. Katak itu selamat.
.
.
Satu lagi cerita. Ada sebuah periuk yang berisi air sejuk. Seekor katak dimasukkan ke dalam periuk itu. Dia rasa nyaman. Katak tidak keluar. Periuk dipanaskan secara perlahan-lahan. Katak masih tidak mahu keluar. Dia tidak sedar kepanasan. Periuk semakin panas, tapi katak masih tidak sedar.Akhirnya, katak itu mati kerana tidak keluar.
.
.

Analogi yang mendalam. Kadang-kadang saya juga tidak faham. Tapi inilah kehidupan.

"Easier said than done", kata seorang kawan.

Sanggupkah kita keluar dari sebuah zon selesa demi menuju sebuah penambahbaikan?.

Kadangkala kita asyik dibuai pujian hinggakan lupa akan cabaran hari mendatang. Lena dalam dunia sendiri. Itulah manusia. Kita tidak sempurna.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg macam tu la manusia masa ni.
too much time in their comfort zone,
sampai lupe pasal other things.
somethg yg unexpected,n mayb mmudaratkan.

takut nak reach out to improve n move on.feel secure sgt.macam mana nak advance??

need somthg to knock them down first,
before they even start to fear the unexpected.

we're imperfect kan??

Muizz berkata...

salam maulud syuk..

btul syuk

kadang2 manusia terlalu leka dgn pujian yg terlebih2..hingga dah tinggi sngat sampai x nampak dah tanah kat bawah yakni kubur...

Tanpa Nama berkata...

stuju~~
kter mmg xsempurna..
nama pun manusia (perkataan asal dr bhs arab- NASIA yg bermksd lupa)
jd, mmg slalu lupa n cepat leka dgn keadaan sekeliling..

oleh itu berusahalah utk baiki dr..
peringatan utk dr sndr dan semua..

hanya Rasulullah saw shj manusia yg sempurna dlm semua aspek..
salam maulidur rasul 1430 hijrah..
bykkan la selawat utk baginda agar kter tergolong dlm kalangan yg mndapat syafaat baginda, amin..

Tanpa Nama berkata...

ya syuk....sistem ekonomi Islam adalah yang terlengkap...sistem ekonomi ikut perintah Allah, cara Nabi Muhammad s.a.w, barulah berjaya dunia dan akhirat...

Ha...dah lama tak bertazkirah..

Syukri Sapuan berkata...

SPR: betul3. bijak benar encik SPR berbicara. bila nk buat blog juga?

muizz: ya. ada benarnya itu. salam maulid.

serai: terima kasih atas ingatan. manusia mudah lupa.

Thalhah: tu la pasal. bila nk buat sesi brainstorming kt Bilik informasi & bilik muazzin SAKTI lagi ni? hahahahaha..

Related Posts with Thumbnails