Jumaat, Mac 13, 2009

Tikus putih untuk bapa.


Semalam keputusan SPM diumumkan. Ada pelbagai reaksi. Pedulikan.


Saya tidak begitu terkesan dengan mereka. Zaman saya sudah habis. Kini saya berdepan dengan zaman yang lebih getir lagi.


Zaman penuh cabaran dan pancaroba.


Menatap dada akhbar yang menceritakan tentang kejayaan mereka membuatkan fikiran saya menerawang jauh. Jauh ke masa hadapan.


Oleh kerana zaman saya untuk mengambil SPM telah tamat, maka saya membayangkan pula situasi di mana anak sulung saya mengambil SPM. Adakah sejarah yang sama akan berulang pada anak-anak generasi saya?.

Saya membuat matematik mudah. Sekiranya tahun ini saya berkahwin dan dikurniakan anak, anak sulung saya itu akan mengambil SPM ketika saya berumur 35 tahun. Mungkin ketika itu muka saya sudah berkedut kedut sedikit. Tidak mengapalah. Saya sedar saya sudah jadi bapak orang ketika itu.


Saya harap Pengarah Bahagian Biasiswa, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak membaca entri saya yang ini. Iyelah, menurut kontrak kami tidak dibenarkan berkahwin semasa dalam pengajian. Lebih- lebih lagi semasa tahun persediaan.


Gurauan saja. Jangan ambil hati.


Berbalik pada cerita saya dan anak saya tadi. Saya namakan saja anak itu dengan nama 'Man'. Mudah untuk disebut dan diingat. Harap-harap emaknya tidak membangkang kerana saya memberikan nama sependek itu.


Hanya ada kebarangkalian yang utama sahaja sewaktu dia mengambil keputusan.


Saya pun tidak tahu sama ada dasar PPSMI masih diteruskan atau tidak ketika itu. Harap-harapnya tidak. Noktah.


Kebarangkalian pertama: Man lulus dengan jayanya.


Telefon bimbit Man berdering.


( Mungkin ketika ini orang sudah tidak pakai telefon bimbit)


" Hello", Man menanti suara di hujung talian.

" Hello, ini Man bin Muhammad Syukri ke?", terdengar suara di hujung talian.


" iye, sape ni,", Man menjawab penuh tanda tanya.


" Saya Encik Daud bin Othman daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahniah. Encik merupakan salah seorang pelajar terbaik SPM bagi peringkat kebangsaan bagi tahun ini. Esok encik dikehendaki untuk menghadiri Majlis Makan Malam Pelajar Cemerlang bersama Perdana Menteri", suara itu menyambung lagi.


Maka, saya pasti Man akan menjadi orang paling gembira pada hari itu. Mungkin saya pun akan dilupakan. Tidak sia-sia usaha gigihnya selama ini.


Imaginasi tamat.


Kebarangkalian kedua: Man tidak berjaya. Keputusannya agak teruk.


Pagi itu terasa segalanya terhenti ketika. Pohon-pohon berhenti melambai. Angin berhenti berpuput. Lemah dan sayu.


Man sedih sangat. Keputusannya cukup-cukup makan sahaja. Tidak berbaloi rasanya dengan usahanya selama ini.


Maka, saya sebagai seorang bapa yang prihatin akan memujuk beliau. Menabur kata-kata dan janji manis.


" Sabarlah Man, SPM bukan segala-galanya. Ramai je orang berjaya walaupun akademik tak seberapa", saya memulakan bicara.


" Tapi bapak, Man dah buat yang terbaik. kenapa begini jadinya. sob3." Man membalas.

( saya tidak pandai berimaginasi dalam hal ini.maka saya jadi drama tempatan sebagai sumber rujukan)


" takpe-takpe. pasti ada peluang di masa akan datang," saya cuba memberika sekuntum harapan.


" ini semua mesti pasal PPSMI. Man tak boleh belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris ni", dia memberikan alasan.


Ah, sama seperti alasan saya sewaktu kecil dahulu. Bapak borek anak rintik.


Man masih tidak mahu berganjak. Bermuram durja.


" Kalau Man nak tahu, masa batch bapak dulu, kamilah generasi pertama yang menghadapi dasar PPSMI, " saya berbicara tanpa arah tuju.

Jeda.


Man tiba-tiba berkata,


" kasihan bapak. terpaksa jadi tikus putih".


Diam.


Saya kurang pasti kata-katanya itu membawa konotasi apa.


22 ulasan:

THALHAH berkata...

Oh. aku terasa.

Tapi kau harus berbangga syuk,kau adalah tikus putih yang berjaya

kau tikus putih yang bakal merantau ke negara orang

kau tikus putih yang cekal dan gigih

kau tikus putih yang punya jati diri

Aku tanya kau:tidak bolehkah seekor tikus putih berjaya?

Haq Mohaidin berkata...

menjadi tikus putih, hanya ada dua kemungkinan.
1.tikus yg merasa enak yg mula2 sebelum generasi seterusnya,
2.atau tikus yg seksa mula2 sebelum generasi seterusnya.


dan masalah negara; golongn 1 atau golongan 2 yg lebih banyak.

lets say golongan 1 lebih banyak dan hipotesis kerajaan betul, kerajaan akan peduli kah minoriti; golongan 2?

Fairosza berkata...

salam..
hujan turun jgn salahkan katak yg memanggil..
kalau sains dan matematik diajar dalam bahasa melayu pun pasti ke keputusan spm sebelum ni boleh dapat lebih baik..
secara jujurnya,mudah tak menyambung pelajaran di kolej sekarang(in english,of course)..
tak perlu nak adaptasi keadaan(bahasa) sbb di sekolah dan di kolej serupa
renung balik rukun iman ke-6..
lagi satu..pembetulan..tikus makmal..tikus putih tu satu jenis tikus(rattus norvegicus L)..
jgn mare..nt kene jual..hehe
sekian teguran..

Dai berkata...

bos, ko pnya entri nih sbg x setuju ngan ppsmi eh? ehm....

Tanpa Nama berkata...

haha.kelakar weh.siyes one of ur best post to date.sinis dan ironik.

keep it up syuk.post macam ni lah yg ak tunggu-tunggu.

cheers!

Syukri Sapuan berkata...

komen umum: wah!. teruja mendapat komen sebanyak ini. isu pendidikan tidak wajar dipolitikkan.

Thalhah: bukan aq sj. kita. ko pun tikus putih yg akan merantau ke negara orang kn. boleh2. kita harus gigih.

Haq: wah! blogwan terulung memberikan komen di sini. aq teruja!.

Analogi first aq x faham. tp aq rasa nk jawab tikus awal2 seksa.

analogi kedua, aq nk jawab, bergantung pada kerajaan ketika itu.

fairosza: salam teguran disambut dengan berhemah.

sains & matematik dalam bahasa inggeris pastikah ia akan jadi lebih baik?.

berapa ramai sangat pelajar lepasan SPM yg akan ke luar negara? ia hanya golongan minoriti. majoriti akan berada di dalam negara. aq menulis bkn bagi pihak aq, tp bagi pihak rakan2 satu generasi dgn aq kt luar bandar sana. jurang pendidikan akan melebar. mungkin kita yg duk SBP & MRSM ni x rasa sgt. tp macam mana yg kt luar sana? sdgkan dalam bahasa melayu pun diorang susah nk bawak.inikan pula bahasa inggeris. semakin lama kita akan kembali ke zaman kapitalis. yg kaya makin kaya, yg miskin makin miskin.

aq hanya memberikan pendapat. aq syorkan baca tulisan faisal tehrani,carik pasal isu ni.

http://tehranifaisal.blogspot.com/


aq malas nk kasik spesifik link.kalau rajin godeh2 la kt situ.hu3

sekadar menyatakan prinsip dan pendapat.

bukan provokasi.

peace!


Dai: membantah pun x. sokong pun x. aq neutral. hahahaha.


SPR: terima kasih. aq harap ia pujian yg ikhlas. hahahaha. aq rasa ini la entri yg bila aq publish, aq rasa puas. idea diperolehi selepas menghubungi lepasan SPM 2008.

Fairosza berkata...

aish syuk jgn perkecil kan golongsn luar bandar..terasa diriku..nape kawan2 aku kat kawasan felda ni punya pendapat berbeza dgn syuk?..bandarkah felda?bukankah diorang belajar kat uni tempatan pon gne bahasa inggeris?sekurang-kurangnya kita tak ciplak bahasa orang,kita gunakan secara original..(perkataan sains pon bkn bhs melayu,kalau disebut saling tak tumpah dgn BI,ye tak?)..'pejuang2 bahasa' sepatutnya memikirkan utk memartabatkan bhs dengan memiliki perkataan sendiri,bkn pinjaman..macam mana nak ada perkataan sendiri?jadilah orang yg mencipta..(nt syuk cipta la pengganti televisyen biar nt kita tak gne perkataan television..bagilah nama melayu yg canggih sket mcm jendela hayalan ke..huhu)

(p/s:kalau pinjam pon kene pulang balik yer,jgn lupa =)..)

Tanpa Nama berkata...

wa~ analogi yg menarik...
hu3

Tanpa Nama berkata...

saya tahu siapa mak kepada man...
hahahahaha~

Gadis Reformasi berkata...

saya suka entri ini
=]
cayok
gimme 5!

Haq Mohaidin berkata...

salam.tumpang masuk campur boleh kan?

Pertama, jgn percaya sgt keputusan spm naik ke turun. Kerajaan boleh ubah graf bile2 ikut keadaan politik, cikgu saya ckp la.bukan saya ckp..

renung balik rukun iman ke-6?

maksud anda kalau sudah takdir sains dan math kena ajar dlm bi, kena terima takdir? Sahabat nabi-yg saya lupa nama dia- pernah mahu berhijrah ke satu tmpt.tiba2 tmpt itu dilanda wabak. Maka sahabat itu memilih utk berhijrah ke tmpt lain.seorg sahabat lagi bertanya, tidakkah anda lari dari takdir? Jawab sahabat itu, “aku lari lari satu takdir utk pergi ke takdir yg lebih baik”. Ustaz kt ceramah ckp la, bukan saya ckp..

so masalah rukun2 iman boleh lupakan

saya setuju dgn syuk sedikit. Mungkin kwsn felda tak cukup 'keluarbandaran'nya. Tapi kalau lah anda tahu, di malaysia ini ada ceruk2 kwsn yg pelajar tak tahu menulis.tak tahu membaca.umur sudah tingktn 5.mahu ambil spm, tapi masih merangkak2 membaca!macam tak wujud kan tmpt ini di malaysia. tapi tak semua beruntung mcm kita. Ada tmptnya,tmpt yg tv3 tak pernah buat liputan. Tmpt yg kerajaan terlupa.ada, di pulau tuba, langkawi. Jenguklah sendiri, saya sudah pergi.ada buat program dulu di sana. ada sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah menengah. Agak2 kalau sains dan math dlm bm mereka dpt berapa utk spm? simpan jawapan anda, jawab pula ini: kalau dalam english macam mana?

Dan itu baru pulau tuba. Baru tgk satu tmpt..

dan itu baru masalah dgn pelajar.nah tgk masalah dgn tenaga pengajar pula- http://cursingmalay.blogspot.com/2009/03/interview-with-english-teacher-about.html

saya tertarik dgn frasa ini- “macam mana nak ada perkataan sendiri?jadilah orang yg mencipta.”
dgn kepala saya sendiri saya fikir, kalau nak jadi maju mcm org putih, kena belajar mcm org putih? dgn segala hormat,saya katakan itu salah. Wrong! Sgt salah. Kalau anda kejar kemajuan org amerika guna bahasa mereka, mampukah kejar? Takkan terkejar.

Org cina sedar ini.org german sedar ini. Org jepun lebih2 lagi sedar. Iran apatah lagi. Mereka tahu kalau tergila-gilakan bahasa asing tidak membantu mereka untuk mengejar apatah lagi menyaingi keunggulan sains teknologi asing tersebut. Jadi mereka buat mereka punya sendiri. Guna apa yg mereka ada. Guna keupayaan sendiri untuk hasilkan teknologi kita sendiri, tak perlu dibanding2 atau dikejar2 teknologi asing.

Contoh paling hebat, iran. Mereka bina kekuatan sendiri. Dlm keadaan embargo ekonomi, saintis2 mereka mncipta itu dan ini tanpa niat menyaingi bangsa asing. Mereka cipta vaksin selesama burung, yg kemudian malaysia beli. Mereka cipta beberapa roket dan lancarkan sendiri tanpa niat utk saingi NASA, sekarang NASA yang terlongo akan ketinggian kraf penciptaan roket Iran tersebut.

Faisal tehrani kata la, bukan saya kata..

Ada ahmadinejad pergi konferens antarabgsa mana2 dan cakap org putih? Dan kalau ahmadinejad yg mmberi ucapan, semua mat2 salih akan diam mendengar dan meneliti. Saya tak mahu banding dgn pemimpin kita

kalau a samad said pun anda letakkan labelkan dgn pengikat kata pada pejuang bahasa macam ini --> 'pejuang bahasa', tak tahulah.

dan ah, sekadar menambah, tgklah blog saya. Mngenai artikel di wikipedia itu.itu saja. Maaf terkasar bahasa.

salam

irriz berkata...

syuk!!!
ko igt ak lg x???
ak tikus hitam...
hahaha..
ape2 pun bgus post ko ni bgus..
tp sbnrnye ssh nk tntukan mane yg lbih bgus.. terus or mansuh??
tp kalo difikir2 smle, bgus gak ppsmi ni bg kte yg nk 'terbang'..
xyahlah kte nk merangkak2..

Tanpa Nama berkata...

sejujurnya,aku tak rasa PPSMI ni mbebankan..
cbe ko suruh anak ko amek ko sndiri sbg cth,boleh je bjaya..
sbnrnya bg glgn yg x bjaya dpt result gempak bg sc sbjct,bukan salah PPSMI,tapi pengetahuan sc mereka yg kurang baek..
ramai je pljr yg dpt A1 bg sbjct BI tp x bjya score sc sbjct..
takkan still nak salahkan PPSMI kan..???
Hehehehehe..
ni skdr komen seorg insan biase jek..^_^

Tanpa Nama berkata...

salam..
lihatlah dr pelbagai sudut..
bkn kte sbg batch perintis saja, yg jd tikus putih..
golongan pendidik pun jd tikus putih juga..
perubahan yg dbawa oleh kerajaan juga melibatkan golongan pendidik..
jika mereka sanggup berkorban hadiri kelas tuisyen bahasa inggeris, semata2 utk berbakti kpd ank bgsa sendiri, kenapa tidak kte?
.
.
.
.
.
benar, tak semua perubahan membawa kebaikan..
tp tujuan perubahan adlh utk kebaikan..
tanpa perubahan, di manakah cabarannya?
dan jika kte x sanggup nk terima cabaran, bagaimana mungkin kte asak ank bgsa kte utk maju ke dpn?
.
.
.
.
.
ya, bkn hanya golongan yg akan melanjutkan pelajaran ke luar negara yg perlu tau berbahasa inggeris..
pelajar yg meneruskan perjuangan d dlm negara juga menghadapi situasi yg sama..
"bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian"..
tak mengapalah kte rasa ssh semasa ppsmi bru dperknl 6 thn yg lps..
snggpkh anda terima perubahan ini stlh memasuki ipt? hurm..
.
.
.
.
.
kalau ssh2 sgt nk decide antara bahasa melayu dan bahasa inggeris, apa kata kte jlnkan dlm bahasa arab pula?
bukankah bahasa arab bahasa al-quran, bahasa syurga?
.
.
.
.
.
sekadar memberi pandangan..

Syukri Sapuan berkata...

fairosza: sy tidak memperkecilkan golongan luar bandar. iyelah, mmg bukan semua berhadapan dgn masalah itu.ditambah pula dgn faktor2 kemudahan yg tidak lengkap akan memburukkan lagi keadaan.





annonymous@ raja norakmal: siapakah mak kpd man itu? hahahahaha. ia hanya analogi. imaginasi. watak emak tidak dimasukkan.lalalalalala~ btw,terima kasih kerana menziarah.






reformer princess: terima kasih. salam ukhwah utk warga bumi Swansea.



haq: wah. panjangnya ko komen. btw, aq sgt menghargainya. x larat aq nk komen ko pnye komen tu. tp ia mmg bernas.




labu: mesti la ingat. ko yg sama hari dengan aq time interview JPA kn. sorry la, handphone rosak. nombor ko hilang.

mungkin boleh dimansuhkan beransur ansur.

bg kita yg nk terbang ni mmg x dapat dinafikan akan kebagusannya.

tp yg lain bagaimana?




Anonymous@ farah: ok. aq hormati pandangan itu.

yg pasal anak aq tu, mungkin boleh berjaya mcm kebarangkalian pertama. tp kebarangkalian kedua & risiko lain masih ada.

pengetahuan sc mereka kurang baik mgkin kerana subjek itu diajar bukan dgn bahasa ibunda mereka. jd mereke menghafal. bukan memahami.

hujah yg sama untuk situasi kedua.

xpe2. aq juga orang kebanyakan.





wallemo: sy hormati pandangan ini.

Kementerian pelajaran merupakan sebuah kementerian yg besar. Perubahan di dalam organisasi ini akan melibatkan ramai guru2, para pelajar & staf. atas faktor inilah sy merasakan bhawa kesilapan PPSMI adalah kerana ia dilaksanakan secara tergesa-gesa. tanpa kajian rapi.yg menjadi mangsa keadaan? pelajar2 dan guru2.

contoh masalah: kekurangan bk teks dan bahan rujukan berkualiti.


seterusnya,mgpa laksnakan perubahan yg tidak semua orang dpat laksanakannya?. pertandingan tidak dijalankan di atas padang yg datar. sedangkan masih ramai yg terkapai kapai belajar sains & matematik walaupun dalam bi. mgpa laksanakan perubhan mengejut?



seterusnya, para pejuang bahasa ini tidak menidakkan keupayaan bahasa inggeris. cuma mereka bimbang bahasa melayu akan hilang identiti di tanah air sendiri. maka, mereka juga menuntut bahasa inggeris diperkasa dan bahasa melayu didaulatkan.

isu keempat, saya mahu gunakan hujah yg lebih kurang mcm kt atas.
soalnya bukan samada b melayu atau b arab. bahasa melayu itu identiti kita. mahukah kita lihat ia pupus sama seperti tulisan jawi yg semakin dilupakan?.

juga sekadar menyatakan pandangan. maaf kalau hujah tidak mantap. sy tidak sihat akhir2 ini.tidak sempat lakukan pembacaan & pemikiran kritis.


sy hormati semua pendirian anda. terima kasih kerana sudi berkongsi buah fikiran. =)

Tanpa Nama berkata...

syuk, anda sudah mengutarakan idea saya.. PPSMI bukan 100% mendatangkan kebaikan.tp jika kebaikan itu berat timbangannya drpd keburukan, mengapa tidak? Namun,tak dinafikan, pelaksanaannya mungkin agak tidak sesuai,tidak menguntungkan semua pihak.

Fairosza berkata...

maaf haq,kamu trsilap faham .
yg dmaksudkan dgn renung rukun iman ke-6 tu bkn menyentuh ppsmi tp mengenai keputusan spm yg tlah kita terima..jadi harap kali ni faham yer..
bce komen org dgn teliti dn fahami.jd balasan komen trsebut yg diberikan dh lari jauh..

Haq Mohaidin berkata...

=)

okey.maaf.abaikan point rukun iman.

point lain masih valid, i guess?

Tanpa Nama berkata...

wahhh..
meriah plak entri kali nie..
mabruk syukri..
n kwn2 yg len..=)

~trase cam berade kt dlm gelanggang debate, wow!!~
=P

Tanpa Nama berkata...

btul la tikus putih...
mane ade org buat ujikaji makmal pkai tikus rumah,atau tikus hitam,atau ape2 tikus la...

ala...xyah nk komen bnyk2...org kite ni kdg2 bodoh...sume bnde tgk negatif je...

blaja dlm english bgus pe...kte kne la pk jauh...
at least nnt xde la jd mcm siti nurhaliza,pegi amek award kt negara org ckp melayu...
bile org tny soalan dlm english ha ternganga,laen org tny,laen die jwb...
sape yg malu?

Unknown berkata...

salam semua,
syuk aku suka cara hang muhasabah diri. "Tuhan tidak membantu sesuatu kaum oitu melainkan kaum itu membantu kaum itu sendiri"- you did'nt put the blame for your failures onto others.

aku memohon kebenaran untuk memberikan sedikit dua kata boleh?

Kepada fairoza dan syuk(berhubung isu luar bandar): Apa yang kerajaan sedang buat adalah untuk memantapkan bahasa inggeris(dimana bahsa inggeris adalah penting;tidak dinafikan).PPSMI adalah mungkin alternative terakhir.tidaklah aku setuju sangat dengan pelaksanaan PPSMI but i like the idea anyway. Sangatlah perlu untuk kerajaaan by any means necessary bantu orang luar bandar rapatkan jurang pelajaran dengan orang bandar yang apabila jika tidak dilakukan menjadi penyumbang kepada masalah yang syuk nyatakan.

kepada haq(bakal politikus hebat): tujuan syuk meletak 'pejuang bahasa', saya rasakan kerana syuk sangsi dengan perjuangan mereka yang lebih berorientasikan politik lebih daripada bahasa itu sendiri.seperti kebanyakkan ahli politik yang kononnya 'merapatkan hubungan kaum','berjuangan untuk agama', 'membangunkan ekonomi negara' yang semuanya adalah bertujuan politik walaupun saya tidak menyangkal ada yang betul-betul telus berjuang untuk semua itu tetapi apa yang saya nampak adalah politik lebih diutamakan.

"Org cina sedar ini.org german sedar ini. Org jepun lebih2 lagi sedar. Iran apatah lagi. Mereka tahu kalau tergila-gilakan bahasa asing tidak membantu mereka untuk mengejar apatah lagi menyaingi keunggulan sains teknologi asing tersebut. Jadi mereka buat mereka punya sendiri. Guna apa yg mereka ada. Guna keupayaan sendiri untuk hasilkan teknologi kita sendiri, tak perlu dibanding2 atau dikejar2 teknologi asing.

Contoh paling hebat, iran. Mereka bina kekuatan sendiri. Dlm keadaan embargo ekonomi, saintis2 mereka mncipta itu dan ini tanpa niat menyaingi bangsa asing. Mereka cipta vaksin selesama burung, yg kemudian malaysia beli. Mereka cipta beberapa roket dan lancarkan sendiri tanpa niat utk saingi NASA, sekarang NASA yang terlongo akan ketinggian kraf penciptaan roket Iran tersebut. "-walaupun ini bukan nukilan hang haq tapi ini merupakan satu contoh untuk hang bawa argument hang, bukan?

-apa yang kita kejar adalah bukan teknologi tetapi kemampuan untuk menjana teknologi baru. hang juga bawakan fakta yang salah dimana, semua negara-negara diatas kecuali jepun(maybe) adalah negara-negara yang desperate to learn english. contoh terbaik adalah top scientists and engineers di german adalah mereka yang boleh berbahasa inggeris kerana mengikut sejarah mereka perlu membaca perkara research yang ditulis oleh para saintis german yang dulunya dan mungkin masih lagi kebanyyakan berbangsa yahudi yang sememangnya meletekkan pelajaran sebagai matlamat hidup(politik diketepikan). tentang china, tengoklah bilangan yang apply visa ke us, yang tegila2kan universiti us sehingga harvard bukak cawangan pertama(collaboration) di china. Pelik kan?

oh tentang Iran, itu semua dibuat semasa minyak harga tinggi(natural gas jugak) tetapi kini mana iran, mana PM dia, dah jadi "dutch disease". time kaya spend banyak2,sekranag apa jadi? dan semua itu lebih kepada hype di iran.ahminejad memang pandai rhetoric.bacalah sejarah politiknya.

blabla.whatever it is, i stand corrected.

Sheikh berkata...

Salam.

Aku ada satu persoalan,kenapa yang kuat membantah ini adalah mereka yang dahulunya belajar dalam sistem pendidikan inggeris.

A.Samad Said dalam novelnya salina menceritakan watak Hilmi yang gemar pada sastera Inggeris dan ingin menguasainya.Tetapi,aku tak nampak salah pun dia belajar dalam bahasa Inggeris tetapi terus boleh menulis mahakarya dalam bahasa Melayu.

Generasi pasca pendidikan Inggeris, bahasa Inggeris k.o,dan bagus sangatkah Bahasa Melayu mereka?

Banyak sangatkah sasterawan yang lahir dalam kalangan mereka?

Faisal Tehrani dan Nisah Haji Haron barangkali.

Tun Mahathir, dari Kolej sultan Abdul Hamid ke King Edward VII Medical College semuanya dalam Bahasa Inggeris. Saya melihat tulisannnya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris amatlah baik.

Abdl Kadir Jasin, Zaid Ibrahim malah bapa saya sendiri melalui perkara yang sama.Tetapi saya tidak nampak sekelumit pun ketidakmampuan mereka berbahasa Melayu dengan baik dan tidak luntur pun semangat Kemelayuan mereka.

Jadi apa yang membezakan mereka?SEMANGAT DAN KECEKALAN!!

Dahulu mereka sedar akan pentingnya pendidikan.Terus berusaha dengan gigih. Mereka cekal membaca Great Expectations,Oliver Twist dan A tale of Two cities dan menghafal 5 perkataan baru setiap hari.

Generasi sekarang????The Pearl yang sudah diringkaskan pun malas nak baca.

Kesimpulannya.Malas.

Hujah PPSMI kononnya menyusahkan ini cumalah satu 'escapism'.

Kalau dah malas belajar dalam bahasa apa pun tidak boleh.

Cuma, saya tidak menafikan PPSMI ini terlalu tergesa-gesa.Itu boleh diperbaiki kerana tiada idea yang sangat ideal ideal dalam kertas dan sangat ideal sewaktu perlaksanaannya dalam dunia ini.

Ingatlah,bahasa cuma maslah alat,yang penting azam dalam hati.

Ayuh,berubahlah!

Related Posts with Thumbnails