Selasa, April 28, 2009

Cerita dalam kotak.



" Akhirnya selesai sudah peperiksaan semester", hati saya bersuara sendiri tatkala mulut lahiriah membungkam seribu bahasa sewaktu diri melewati pintu utama dewan besar kolej.


Semester dua semakin hampir ke penghujungnya. lebih kurang 2 bulan lagi. Kemudian naik pula ke semester tiga. masa berlalu terlalu pantas. Bagai sela masa antara dua kerdipan mata. tau-tau saja sudah hendak peperiksaan AS.


Baiklah. Bersempena dengan berakhirnya buat sementara waktu 'musim orang tarik muka masam', saya hendak bercerita sesuatu.


Dalam hidup saya ini, saya selalu terfikir-fikir akan apakah makna hakikat kegembiraan itu. Adakah orang yang gelak-gelak dan senyum-senyum selalu itu pada hakikatnya bahagia?


Bukan semua yang ketawa itu gembira, tetapi semua yang gembira itu ketawa. Kata seorang pujangga. Entahlah. Saya bukan faham sangat hakikat kehidupan ini.


Ada beberapa peristiwa sepanjang kehidupan ini yang sekiranya diimbas kembali akan mampu menyebabkan saya tergelak dan tersengih bak kerang busuk seorang diri. heh. Kalian pasti ada juga bukan?


Begini kisahnya.


Sewaktu di sekolah menengah dahulu, ada pertandingan menyanyi. Setiap kelas dan organisasi dikehendaki menghantar wakil masing-masing ke atas pentas untuk mendendangkan lagu pilihan masing-masing.


Mintak permisi untuk lari topik sebentar. Teringat pada seorang senior dahulu sewaktu menjadi ketua istiadat perhimpunan.

Versi kebiasaan: Bersama-sama kita menazamkan Asma ul Husna.

Versi senior tersebut: Bersama-sama kita mendendangkan Asma ul Husna.


Ok. Masuk topik kembali. Hendak dijadikan cerita, majlis tertinggi juga perlu menghantar wakil. Setelah melalui beberapa kerenah-kerenah birokrasi, maka saya dan Thalhah dihantar sebagai wakil organisasi tersebut.


Walaupun kurang bakat kerana tidak diasah, kami tetap cekal menghadapi pertandingan tersebut. Kami sedar bahawa kami bukannya 'permata' dalam industri seni suara. Kami bukannya M. Daud Kilau, Mawi, Jamal Abdillah, Faizal Tahir mahupun Sean Kingston. Oleh itu kami berlatih 'bersungguh-sungguh'.

Setelah berdiskusi dan memilih yang terbaik, kami mengambil keputusan untuk menyanyikan lagu nasyid. Hal ini kerana, lagu nasyid lebih mudah dan tidak perlu tarik-tarik suara sangat. Lagipun kami masuk untuk cukup syarat & hantar penyertaan sahaja.


Tiba di hari pertandingan, seperti yang dijangkakan, kami sahaja yang lain daripada yang lain. Peserta lain membawa lagu-lagu yang bergenre selain nasyid. Tidak mengapa. Kelainan itu unik.



Sewaktu giliran kami diumumkan, kami melangkah 'malu-malu kucing' ke atas pentas. Mikrofon dicapai, lagu diputar & kami mula menyanyi. Malangnya suara mikrofon tidak kedengaran di pembesar suara gara-gara nada suara kami yang terlalu rendah.


Kami meneruskan nyanyian dengan harapan juri mengangkat kad merah menandakan nyanyian perlu dihentikan. Malangnya juri terlalu baik kerana terus mengangkat kad hijau petanda persembahan harus diteruskan. cis. getus hati saya.


Sebagai pengganti kepada suara yang tidak kedengaran, kami menggayakan pelbagai gaya dan mimik muka. Haru-biru jadinya. Kecoh seisi dewan. Pada waktu ini kami berharap agar bumi tempat kami berpijak merekah, dan kami akan dapat bersembunyi di balik rekahan tersebut. Alangkah baiknya kiranya kami dapat bertukar menjadi semut yang halus agar hilang dari pandangan khalayak.



Akhirnya, kami mendendangkan lagu tersebut ke habis walaupun kami tahu bakat kami tidaklah sehebat mana. Tidak mengapalah berperwatakan 'sengal' sekali-sekala, kami sudah bosan memegang watak serius. Sebenarnya sewaktu kami melangkah masuk ke sekolah menengah dahulu, kami ini memang pemalu orangnya. Namun oleh kerana sering sahaja membuat perkara 'sengal' di khalayak ramai, perasaan itu mulai luntur.


Demikianlah adanya kisah tersebut yang masih tersimpan kemas dalam kotak hati saya. Maka, sekiranya anda melihat saya sedang tersengih-sengih seorang diri, janganlah anda menaakul saya seorang yang kurang waras., Kemungkinan besar saya sedang membuka kembali kisah-kisah yang terkandung dalam kotak hati tersebut!.


11 ulasan:

budak_baek^_^ berkata...

wakakakaka...
tak dapat aku aku bayangkan keadaan tu...
kah7...^_^

Dai berkata...

lawa gmba posing....

serai wangi berkata...

haha..
=D
~action kamen caught in action~

Syukri Sapuan berkata...

budak baek: aduh. jgn gelak begitu. aq jadi segan.


dai:erk. terpengaruh dgn citer sin chan barangkali. hahaha~


serai wangi: wah. trimas2. action kamen? teringat plak kt member lama. zaki hanaffi @ si kosong...hahaha~

fy berkata...

bile ade ptndingan ni ea?aku x ingat pn syuk...

Syukri Sapuan berkata...

fy: c&c tahun 2007..ataupun 2006..x sure time form 4 atau form 5..
baguslah kalo x ingat..hahaha~

THALHAH berkata...

hahahahaha....hilarious!

haihh...ko buat semua org dalam cc ni pandang aku sedang tergelak besar...

cnc 07 la tak salah aku...tensen aku cikgu R*******ta tak angkat kad merah...terpaksa menyengal kat atas pentas..har3

kosong terlibat ni apahal plak..hahaha...

utk fy, tak payah ingat pon xpe..he3

hoi aku tak ble berhenti ketawa!!

THALHAH berkata...

syuk, trimas mempromo...

gambar tu penuh nostalgia..isk3

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: ye la, ko juga sbg watak utama dlm citer tersebut mesti terasa gk kn...hahahaha~. giler kentang la msa tu.


oho. gambar tu aq amik time lepak umah ko kn. before interview ape ntah. jpa kot. then bapak ko story experinces dia kt oversea. citer bayan2 negara ada gk...aq layan je ~.hahahaha~



masuk balik pada citer. aq rasa setahun di tampuk kepimpinan master adalah tempoh paling mencabar dlm hidup. byk ajar kita semua ttg hakikat kehidupan. bkp 06/07 ada 122 orang semuanya (kalo x silap aq la, lupa exact value). aq akui bahawa pemerintahan kita semua bukanlah sesuatu yg sempurna, banyak cacat celanya. but at least kt dh cuba yg terbaik. kesulitan menyerlahkan sifat sebenar seseorang. kita belajar bukan sahaja pd kejayaan, tp lebih2 lagi pada kegagalan. setahun di 'kerusi panas' teach me a lot about pengorbanan, kawan, komunikasi dan banyak giler benda.


aq bukan yang terbaik utk korang. tp aq dh buat yang terbaik demi sekolah & batch. Thnk bkp 06/07 especially para majlis tertinggi sekalian yg sentiasa menjadi tulang belakang aq.




eh2, apsal tetiba nk mengenang pasal sekolah menengah ni. ah.lantak la~

THALHAH berkata...

melankolik je bunyinya...=)

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: patriotik sebenarnya..haha~

Related Posts with Thumbnails