Tengahari terik. Sinar matahari terasa begitu bahang membakar. Awan jarang-jarang meliputi langit biru. Tiada petanda awan sarat menampung air . Angin sepoi-sepoi bertiup lemah . Kipas yang berputar laju tidak mampu memberi kedinginan menyeluruh di seisi ruang. Beberapa orang pelajar mengibas-ngibas badan dengan buku nipis, menyejukkan tubuh yang berpeluh.
Sempena dengan tertekan kerana penghawa dingin tidak mahu berfungsi, saya mahu menulis tentang kepanasan. Ini adalah entri yang memiliki motif yang tidak jelas. Maka, ia hanyalah monolog kosong yang tidak mempunyai sebarang definisi konkrit. Ada beberapa erti yang biasa digunakan di sebalik frasa kepanasan.
Situasi 1: Panas terik.
Sedari awal pagi, mereka sudah tercegat di tengah bendang. Musim menuai tiba lagi. Padi-padi tunduk ke bumi seperti resminya.Landskap bendang yang tersusun menjadi halwa mata. Saujana mata memandang.
Pak Tani: Wah, panas sungguh hari ini ya maknya. Matahari terik benar.berpeluh-peluh saya. dibuatnya. bagai hendak terbakar kulit ini.
Mak Tani: iyelah bapaknya. memang sangat panas. tapi tidak mengapalah, sikit lagi siaplah ni. Bolehlah kita gunakan duit ini nanti untuk membeli barang keperluan.
Cerita tamat. Panas yang diertikan di sini adalah panas yang biasa sekali digunakan. Panas apabila haba menyentuh deria. Panas jenis ini dapat dihilangkan apabila kita keluar dari kepompong kepanasan & bergerak ke kawasan dingin.
Situasi 2: panas amarah.
Karim : aisy, aku panas betul la dengan si Ramli tu. Tak patut betul dia buat aku macam ni.
Zainal: eh, kenapa pulak dengan dia?. Aku tengok dia biasa je.
Karim: Hari tu dia janji dengan aku nak bayar hutang dia hari ni. tapi sampai sekarang masih membisu. nak kelentong aku la tu. pinjam duit nak, tapi bayar tak nak pulak.
Zainal: isy, mungkin dia ada masalah peribadi kot. Aku dengar cerita dia nak guna duit lebih sikit bulan ni pasal adik dia terlantar kat hospital. takpelah, nanti aku cuba tanya dia.
Cerita tamat. semua nama watak hanyalah nama rekaan. Perasaan marah merupakan satu perasaan yang membentak-bentak kerana ketidakpuashatian. Hakikat kemarahan itu berpunca dari api, maka air akan dapat menyejukkannya. Ketika marah, emosi manusia tidak stabil dan lazimnya mudah melakukan kesilapan.
Jika marah & anda sedang berdiri, maka duduklah. Jika sedang duduk, maka berbaringlah. Teringat pula saya pada pesan ustaz. Pernah juga saya terbaca bukti saintifik berkenaan kaedah ini, tapi terlupa pula di mana sumbernya.
Saya ingin petik berkenaan dengan hal kemarahan ini daripada sebuah buku. Dalam surah Ali Imran ayat 134, Allah memuji golongan yang bertakwa dan antara sifat yang demiliki oleh golongan ini adalah " Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga suka memaafkan kesalahan orang lain".
Ayat ini menarik kerana Allah tidak mengatakan bahawa orang yang bertakwa adalah orang yang tidak ada langsung perasaan marah. Sebaliknya, Allah mengatakan mereka adalah golongan yang memiliki perasaan marah tetapi pada masa yang sama mereka memiliki kekuatan mengawalnya.
Situasi 3: Gosip panas.
Siti: weh, korang semua tahu tak? aku ada cite hot ni. aku baru tau citer ni tadi
Aminah: ha, ape dia. cerita pasal gosip artis tempatan ke? tak nak la, aku tak minat artis tempatan ni, aku lagi suka artis seberang. masyuk.
Siti: bukanlah, ni citer pasal budak kolej kita. dengar citer Mr X sekarang dengan Miss Y. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri mereka jalan sama-sama tadi. bukan main mesra lagi.
Aminah: isy, pandai-pandai je ko ni buat cerita. diorang ada kerja kot nak kena buat sekali.
Cerita tamat. Segala watak dan dialog hanyalah imaginasi penulis. Nampak begitu tidak neutral sekali kan? Rasanya saya tiada bakat menjadi wartawan hiburan yang ditugaskan untuk mengarang gosip.
Gosip panas. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. adakah semua sesi bercerita cerita panas adalah sesi gosip ataupun mengumpat? sejauh mana kepentingan sesi ini terhadap kelangsungan hidup bermasyarakat kita?
Mengadu-domba, menfitnah dan mengumpat lahirnya daripada mulut. Gosip-gosip panas lebih mudah tersebar walaupun kita tidak tahu akan kesahihannya.
Oleh kerana manusia itu mempunyai sifat ingin tahu, maka aktiviti ini adalah aktiviti yang menyeronokkan. Namun, lazimnya perbuatan ini menjadi tidak menarik apabila terdapat unsur-unsur penambahan cerita apabila ia sampai dari satu mulut ke mulut yang lain. Maka, terjadilah pelbagai versi cerita. Konklusinya, saya menyifatkan perbuatan ini sebagai perbuatan yang tidak menarik kerana berdiam diri itu jauh lebih baik.
Situasi tamat.
Baiklah. Ini saja yang dapat difikirkan kala kepanasan ini. Kalian fikirkan sendiri, antara panas terik, panas amarah & gosip panas, manakah yang lebih baik?
9 ulasan:
situasi 4: Musim panas
Mr Tiny : Oh, Malaysia memang membuatkan saya berpeluh sebaldi penuh, terutama pada musim panas!
Mr Wonderland : Benar Mr Tiny. Jika saya menjadi Alfred Nobel, saya akan wariskan supaya hadiah Nobel diberikan kepada pencipta alat penyejuk udara!!
Habis cerita. Berlaku di sebuah kolej yang terletak di sebuah lembah asing. Panas membahang pada masa ini membuatkan sistem penyaman udara menjadi lebih penting dari sistem wireless.
paling benci panas amarah. memang panas.kan2? hehe
iye. api amarah itu panas. kala manusia dikuasai api amarah, mereka akan bertindak di luar kebiasaan. Lazimnya, tindakan itu kurang bijak.
em, panas terik lg baik kot..
ye ke?
tapi xtahan jgk klu panas+kering+debu+debu+debu..
huhu..
kebelaknagan ni aku hari2 tido berpeluh2...
boleh kata lebih kurang macam farid (bukan nama sebenar)la...haha~
thalhah: isk, ko kata gitu membuatkan aq terkenang kt farid ( bkn nama sebenar) haha~. ape la khabar dia skrg ye? masih suka makan roti keju lagi?.. jauh betul dia pindah sampai ke kelantan..isk3
ntahla...terkenang beliau berbahasa kelantan sewaktu dikir barat masa f4....
thalhah: isk, ade ke? yang aq ingat dia main ragbi setiap ptg ada la..
ada...farid kan ikon segala gala...dari bilik rawatan, koperasi, surau, dikir barat, trompet, sampai la ke ragbi..
maklumla..lagenda la katakan~
Catat Ulasan