" Aisy, cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu saja sudah sampai ke hujung minggu. Rasa macam baru je lagi mulakan kelas pagi tadi." Saya berbisik sendiri sambil tangan memangkah tarikh hari semalam yang telah berlalu pada kalender besar di ruang kerja saya.
Pejam, celik, pejam dan celik. Masa berlalu begitu pantas. Masa menghambat manusia agar kita akan terus bergerak ke hadapan. Masa yang berlalu tidak akan berulang. Hanya ingatan terhadap peristiwa yang akan kekal tersimpan di dalam memorial jiwa.
Tujuan utama saya memangkah tarikh-tarikh tersebut adalah untuk menimbulkan rasa bersalah & kurang senang kepada diri seandainya hari semalam saya tidak diuruskan dengan baik. Walaupun keberkesanannya masih belum benar-benar teruji, namun sekurang-kurang saya sedar bahawa begitu banyak masa lapang yang telah saya bazirkan.
Kalender tersebut saya lukis sendiri dengan tangan, menggunakan kombinasi warna dari dua batang pen marker.
Pernah seorang kawan bertanya,
"Eh, kenapa lukis pakai tangan?. Kan kat internet banyak layout kalender yang lawa-lawa."
" Entahlah. Tapi aku rasa kalau guna tangan sendiri kesannya lagi hebat, pasal benda tu datangnya dari diri kita sendiri." Saya menjawab.
Alasan lain yang saya kemukan adalah saya malas nak cari layout-layout tersebut kat internet. leceh.
Bagi saya, tidak semua perkara di dunia ini boleh diganti teknologi. Kesan daripada sesuatu yang disampaikan melalui teknologi tidak akan sama dengan apa yang disampaikan oleh manusia. Hal ini kerana, manusia adalah ciptaan Agung yang mempunyai deria dan jiwa, manakala teknologi hanyalah ciptaan yang bertindak atas arahan dan peraturan.
Saya ambil contoh mudah.
Musim hari raya Aidilfitri akan tiba lebih kurang 5 bulan. Selalunya orang ramai akan berbondong-bondong menghantar ucapan hari raya Aidilfitri. Tidak kiralah ia disampaikan melalui berdepan sendiri, kad raya, mesej telefon bimbit, email, blog ataupun lain-lain alternatif yang ada.
Memberi ucapan kad hari raya menggunakan medium teknologi tidak akan sama dengan cara-cara tradisional. Manusia akan berasa lebih terharu andai mereka menerima dengan cara tradisional (ucapan berdepan & kad raya), mungkin bukan semua tetapi saya percaya bahawa majoriti tergolong dalam golongan ini.
Menghantar ucapan menggunakan mesej telefon, email ataupun blog secara relatifnya memang lebih mudah. Hanya taip dan tekan butang 'hantar'. Namun, pada hakikatnya kadang-kadang kita hanya menghantar teks-teks kosong tanpa jiwa. Lebih-lebih lagi jika kita hanya forward mesej-mesej tersebut. Kesannya, penerima hanya menerima mesej kosong, mungkin sekadar tanda ingatan.
Sebaliknya, menghantar ucapan melalui cara tradisional ( contoh:kad raya) lebih mengharukan penerima. Terdapat perbezaan yang nyata apabila kita membaca sendiri tulisan tangan pengirim, berbanding dengan sekadar membaca tulisan fon komputer. Manusia akan berasa lebih terkesan apabila menerima sesuatu yang lahir daripada jiwa itu sendiri. Sesuatu yang lahir daripada jiwa, akan sampai ke jiwa juga.
Oleh kerana itu, saya percaya bahawa peranan kad raya tidak akan mampu untuk diganti dengan penggunaan teknologi. Mungkin hanya apabila bumi benar-benar kronik & kita kepupusan kertas, barulah kita akan beralih pada alternatif yang lain.
Teknologi tidak akan mampu untuk menggantikan manusia pada semua ruang kehidupan.
Teknologi tidak mempunyai jiwa untuk menyentuh jiwa manusia.
Lihatlah bagaimana filem-filem Bollywood mampu menyentuh jiwa manusia sehingga ia mampu membuatkan manusia bergenang dengan air mata.
Lihatlah bagaimana manusia mampu untuk menyentuh hati manusia yang lain untuk berasa sebak & menangis apabila mengenangkan ibu bapa yang jauh di desa.
Lihatlah bagaimana jiwa seorang manusia yang resah mampu ditenangkan dek kerana ketulusan jiwa sahabat.
Lihatlah bagaimana kita mampu berasa sebak tatkala melihat iklan-iklan bermesej yang ditayangkan di kaca televisyen kala musim perayaan.
Lihatlah bagaimana manusia mampu berasa tenang apabila melihat ukhwah mantap yang terjalin.
Lihatlah bagaimana kita mampu tersenyum apabila mengenangkan saat-saat indah di zaman persekolahan .
Begitu banyak sekali situasi yang mampu kita letakkan untuk membuktikan bahawa teknologi tetap tidak akan mampu untuk menggantikan peranan manusia di semua ruang.
Tetapi mungkin kerana terlalu taksub dengan teknologi dan kebendaan, manusia terlupa untuk memikirkan tentang jiwa. Manusia akan tetap memerlukan kestabilan jiwa untuk hidup bahagia.
Jiwa mempunyai definisi yang cukup luas. Janganlah kita menyempitkan pandangan dengan berbicara tentangnya dalam glosari yang tertutup.
Jiwa adalah kurniaan dari Yang ESA. Tanpa jiwa, manusia itu tidak ubah seperti robot yang diprogramkan. Jiwa membuatkan kita bertindak atas timbangan akal, menaakul sesuatu perbuatan itu sama ada ia betul atapun tidak. Jiwa yang resah adalah jiwa yang kotor.
Teringat pula saya pada bait-bait kata Prof Dr Hamka dalam kitabnya yang bertajuk Lembaga Budi. Saya pun sudah ingat-ingat lupa, tetapi lebih kurang beginilah katanya.
" Seseorang manusia itu berbeza dengan makhluk yang lain kerana manusia memulakan sesuatu daripada dalam (jiwa). Pertimbangan akal yang melawan nafsu menjadikannya berbeza dengan makhluk yang lain kerana hanya manusia yang dikurniakan akal"
Saya benar-benar sudah lupa bagaimana struktur ayat tersebut, tapi saya rasa itulah intipatinya.
Saya juga bukanlah seseorang individu yang kaya dengan jiwa untuk berbicara tentangnya. Saya hanya menulis apa yang terlintas di fikiran kala ini untuk dikongsi bersama.
Sebagai penutup, cuba kalian perhatikan rajah di bawah. Ada apa-apa kepelikankah yang timbul di hati?
13 ulasan:
such a gud writer indeed...
think twice...
how dis world cruel wit us...
xpe, utk mengelakkn ia berlaku.
ill be a very gud specialist, but, if its disturb my time, just let it go..
my future family is da most importnt thnig.no more..=p
em, wise..
btw, hari ibu da dekat kan..
agak2 ape yg bley buat hati para ibu tersentuh dgn keikhlasan kiter ye?
tulisan dari hati berkesan ke?
may b @ may b not..
em..
any suggestions???
ni sempena hari ibu? :)
dealova: sungguh berwawasan sekali cik wani ni.
'my future family is da most importnt thnig.no more..=p'
nice. =p
serai wangi: mungkin berkesan, mungkin juga tidak. tp rasanya itu lebih baik berbanding tidak mengeluarkan langsung...
( rasa cm x menjawab soalan je, xde idea la nk tulis ape. nanti2 ye akan difikirkan lagi)
Ada: boleh jadi. juga kepada sekalian bakal2 ibu & bapa. =)
its ok..
da mnjawab, insyaallah..
tanx a lot..
=)
haih....
aku dah la nga denga lagu seih tem bce entry ko nih...isk3
bgus2...kau mengungkap realiti...
dan kau buatku tersentak dalam realiti..adesy..
thalhah: haih, ape kaitan dgn lagu plak? ko ni cm kurang masuk je.
haih...aku tngah melayan lagu sedih kat laptop aku tym aku baca posting ko...tetibe terasa feeling plak baca posting ko nih...
isk2...sentimentalnya diriku
thalhah: oh, ye la, aq phm. nak2 kalo dgr lagu puisi abiet e....mmg terharu abes..~
haih...yang itu lagi la menyentuh hati...lebih2 lagi kalau ko seorang warga indonesia pada zaman 70an...hahaha
thalhah: haih, ape plak kaitannya?. sepatutnya gni, lebih2 tersentuh lagi apabila mendengarnya sambil menghirup katira di markas sinaran jb..hahahaa~
isk, aq rasa makin lari dari topik entri la...ni apehal tetiba citer pasal katira plak ni~
yela.
ko dan katira dah tak boleh nak dipisahkan lagi..=)
thalhah: elele~ cm la ko x ske minum katira gk..aritu berplastik-plastik minum..siap bungkus bawak balik lagi..
Catat Ulasan