Saban kali tika saya melewati lelaman maya yang memiliki gaya penghuraian kritis, hati saya pasti akan berdetik bahawa betapa kerdilnya saya dalam dunia penulisan ini. Lebih-lebih lagi pada mereka yang mampu mempelbagaikan lenggok dan memasukkan unsur-unsur tambahan agar ia terus segar untuk dibaca hingga ke noktah terakhir.
Saya berharap agar satu hari nanti, saya juga akan mampu memiliki gaya penulisan saya sendiri.
Hari ini, 3 Mei 2009, merupakan antara hari bersejarah dalam hidup saya. Syukur !, karya saya diterima untuk disiarkan walau hanya 3 kali mencuba. Saya rasa saya pasti lebih bernasib baik berbanding dengan penulis-penulis yang lain kerana saya telah memulakan langkah pertama .
'Kalau kau fahami bahasa rindu' telah tersiar hari ini di akhbar Mingguan Malaysia, iaitu di ruangan sastera budaya. Sajak ini saya karang beberapa minggu yang lepas, kala sedang bergelut dengan ketegangan emosi gara-gara musim peperiksaan serta jadual harian yang padat.
Selepas kelas, saya terus pulang ke bilik. Lantas saya membuka komputer riba yang dihadiahkan oleh abang saya. Terus saya saya mencurahkan segala yang bermain di fikiran.
Saya pasti ia bukanlah sebuah puisi yang benar-benar bermutu. Temanya masih tidak lari dari kebiasaan di samping gagasan ideanya yang kering. Pemilihan kata masih berlegar-legar pada perkataan yang sering kita ucapkan sehari-hari.
Kata orang, untuk menghasilkan puisi yang baik, kita harus belajar membenci sesuatu. Kebencian itu akan merasuk diri kita seterusnya hasil rasukan itulah yang akan menghasilkan kata-kata yang indah. Saya tidak pasti akan kesahihannya. Saya bukannya pemuisi, saya hanyalah seorang pelajar aliran sains sejak zaman sekolah menengah lagi.
Mengapa tajuk entri ini teratai mekar di tasik hempedu?. Entahlah, tiada alasan konkrit untuk saya kemukakan. Sebenarnya ada sesuatu yang tersirat di balik ayat tersebut yang membuatkan saya terus berfikir. Kala berada dalam keadaan emosi stabil, jarang sekali saya dapat menghasilkan sesuatu, namun pada keadaan yang sebaliknya mengapa boleh pula?. pelik.
Mungkin ini jawapannya.
“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” - Pepatah Arab.
11 ulasan:
Oh, wah, rupa-rupanya kita berjiran dalam kolum puisi Mingguan Malaysia tersebut. =)
Ya, saya juga seperti sdr. Waktu-waktu tenang jarang sekali datang kekuatan untuk menulis. Sebaliknya waktu-waktu stress atau sibuk pula selalu hadir kekuatan. Benarlah kata Pak Samad bahawa "Menulis itu resah yang bahagia, duka yang indah."
MABRUK 'ALAIK!!!
tahniah2
congrates syuk :)
aku dah agak dah classmte aku d\nak jadi sasterawan malaysia lepas nih! hehehe...congrats.
aidil khalid: ada benarnya kata2 saudara itu. puisi saudara 'politikus-keliru-rakyat" itu juga mendalam maknanya.
serai wangi: terima kasih atas lawatan. erm, mabruk 'alaik tu ape ek? maklumlah,org kt sni x phm bhsa arab.
muizz: thnks muiz=)
ada: trimas2. ko bile lagi nak berkarya? orang yg kaya dgn perasaan ni slalunya lg mudah berpuisi. org ckp la, aq dgr je.
afeez: trimas2.xde ape2 la sgt. masuk kolumn kecik je. InsyaAllah,satu hari nanti ya..haha~
tahniah~~
tahniah..
aku punya semngat tengok puisi ko tersiar aku cerita kat roomate2 aku tampal kat meja stadi aku..hahaha
thalhah: oh, trimas2..nanti kalo buku kalkulus ko diterbitkan, bgtau aq ye..hehe~
ahaha~
nanti aku terbitkan bukuku bersama tagline 'rezeki yang halal membawa berkat'
lalala~
thalhah: ha, menarik2..pastu bleh la ceramah dari sekolah ke sekolah...ingat x ko kna jadik mc 'bidan terjun' time cikgu salleh buat ceramah kt dsp..haha~
alahai, lari topik lagi~
Catat Ulasan