Sabtu, Mei 23, 2009

.Kerana manisnya jagung.




Petang. Angin sepoi-sepoi bahasa.


Saya berdiri di tengah rimbunan pepohon yang menghijau sambil memerhatikan satu persatu buah-buahan yang sedang ranum. Kedondong yang telah masak bertukar kehijauan, pasti enak andai dicecah dengan garam sambil dimakan pada waktu petang yang redup begini. Hitam manis si buah manggis pula tampak lazat. Saya mula membayangkan rasa isinya yang manis kemasam-masaman. Wah. sedapnya!. Saya bermonolog di dalam hati.



Hari ini hari ulangtahun kelahiran keempat Man. Saya berjanji untuk menghabiskan masa bersama dia di dusun buah-buahan milik keluarga di belakang rumah kami. Tadi semasa saya sedang asyik membelek-belek buah durian baru gugur, Man tiba-tiba lenyap. Saya berprasangka baik, mungkin dia sedang mengejar rama-rama seperti kebiasaan.



Kepada sesiapa yang tidak mengenali Man, saya harap anda dapat rujuk entri ini bagi mengelakkan kekeliruan.



Jangan-jangan Man sudah disembunyikan bunian, saya mula membuat telahan buruk. Di mana saya hendak mencari dia kalau benar begitu jadinya, rungsing. Saya berbisik sendiri sambil melaung-laungkan namanya tatkala tangan sibuk meredah segala semak belukar yang ada.


Namun, kelibat Man tidak juga kelihatan. Kerisauan mula menyelubungi setiap inci ruang emosi saya. Kalenjar peluh saya mula merembeskan keringat yang tidak terkira banyaknya. Jantung saya berdegup kencang petanda jiwa yang tidak keruan. Saya terduduk di atas tanah setelah penat mencari Man yang hilang.



" Mana la pulak Man pegi ni?, ni yang malas nak bawak dia pegi kebun lagi ni", saya mengeluh panjang sambil menyalahkan diri sendiri yang alpa.


Tiba-tiba satu suara menyergah panjang di belakang saya.


"Warkhhh"



Saya memandang belakang perlahan-lahan.



Seorang anak kecil sedang menyergah sambil muka comelnya itu menyeringai menampakkan baris-baris gigi yang memutih.


Cis. Man rupanya.


" Hahaha. Papa cari Man ye?. Man saje je sembunyi-sembunyi tadi, Man nampak papa sibuk cari Man tadi. Sorry ye papa," Man berkata sambil menyambung gelaknya.



Anak nakal. Mungkin sama seperti bapanya seperti kecil. Saya menarik pipinya yang gebu sambil berkata lembut.



" Lain kali jangan buat lagi ya. kalau kena sembunyikan betul-betul macam mana?. Kan susah orang nak cari."



Man tersenyum simpul.



"Sebenarnya tujuan papa bawak Man pegi kebun ni ada tujuannya, papa nak cerita kat Man pasal kisah papa masa kecik-kecik pasal industri cucuk-tanam ni," saya tersenyum seorang diri.




" Masa papa sebaya kamu dulu, papa ada tanam pokok bunga kat halaman rumah. Hari-hari pokok bunga tu akan disiram, dibelai dan sebagainya. Seronok tengok pokok tu membesar sikit demi sedikit"



"oh, bunga apa yang ditaman tu papa?", Man menyampuk sambil membetulkan kedudukannya di riba saya.



"entahlah, masa tu kan kecik lagi. Tak sempat tanya pulak nama pokok tu kat nenek kamu. Tapi yang tak berapa bestnya, suatu hari tu masa papa balik dari sekolah tiba-tiba je tengok pokok tu dah takde,dah kena cantas. Rupa-rupanya datuk kamu yang cantas pokok bunga tu. Sedih betul papa time tu. isk3. Kata mereka tu pokok bunga tahi ayam. tapi, pokok bunga tahi ayam pun bunga jugak kan. tak pelah, nape nak kena cantas-cantas pulak?" saya menagih sokongan daripada Man.


"betul, betul," Man mengangguk bersungguh-sungguh.



Kemudian saya menyambung lagi.



"Masa kat kolej , papa join green thumb. ala-ala kelab gardening gitu. setiap hari khamis petang ada perjumpaan kat garden green thumb. ada pond, ada bunga-bunga, ada pokok buahan-buahan. menarik la jugak. dapat berbakti pada tanah." saya berbicara sambil tersengih sendiri.




" Walaupun kehadiran tak penuh, selalu juga la papa join aktiviti membersihkan kebun tu secara beramai-ramai. Tapi kalau hujan turun, perjumpaan green thumb ni takde. ini menurut kata-kata cik hamidi masa meeting first time dulu. cik hamidi ni former presiden green thumb " tiba-tiba saja saya melibatkan ahli green thumb yang lain. sengaja mengimbau memori dahulu-kala.



"menarik sekali. pasti penuh lapangan tu dengan pokok yang menghijau kan papa?. Nanti kalau ada masa kita balik kolej tu ye, Man nak tengok garden tu ada lagi ke tak", bersungguh-sungguh Man menarik tangan saya seakan mahu pergi ke sana sekarang juga.



" Ada satu lagi cerita. Kalau Man nak tahu, kalau papa tak dapat offer untuk masuk ke kolej tu, mungkin papa sekarang ni adalah graduan UPM. dulu after SPM, papa dapat tawaran untuk ke Asasi Sains Pertanian UPM. kira ok la jugak tu. mungkin kalau papa pilih jalan yang satu lagi, hari ni papa merupakan seorang peladang yang berjaya. Kat kebun kita ni penuh dengan kambing, lembu, ayam dan ternakan lain-lain. pastu kat sana pokok jagung tinggi merimbun. Man suka jagung kan?," bicara saya lagi sambil menuding ke arah timur kebun.



Man mengangguk beria.


"suka, suka, suka"



" Baguslah. Malam ni papa ingat nak bawak Man keluar. kita makan-makan. Papa belanja jagung mentega bakar. Hmm, hari pun dah nak senja ni, jom kita balik. Kita siap pakai baju lawa-lawa untuk keluar malam nanti," saya memaut tangan Man dan mengendong dia pulang .



Man hanya tergelak-gelak kecil sambil duduk di atas bahu saya.


Senja yang merangkak datang menjadi saksi kegembiraan kami dua beranak.







Baiklah. Imaginasi tamat. Mari pulang ke dunia realiti.




Sejak kebelakangan ini, guru kelas pengajian bahasa inggeris saya sering mencetuskan perbincangan mengenai causes & impact of global warming semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Maka, saya sekadar ingin mengimbau apakah usaha yang telah saya lakukan untuk memelihara & memulihara alam sekitar ini. Saya juga berfikir berapa banyak pokok yang telah saya tanam dan berapa banyak pencemarankah yang telah saya lakukan tanpa saya sendiri sedari.



Pemanasan global mampu untuk memberi kesan yang begitu besar kepada alam sekitar. Pemanasan global akan menyebabkan ais-ais di kedua kutub bumi cair dan seterusnya air laut akan melimpah ke daratan. Hari demi hari, pasti akan ada daratan yang hilang & pasti akan ada negara yang ghaib daripada peta dunia kerana ditenggelami air.



Pemanasan global menyebabkan kemarau. Lama-kelamaan kita akan kekurangan sumber makanan kerana tumbuhan & hidupan memerlukan suhu yang bersesuaian untuk terus hidup. Kenaikan suhu bumi akan mengganggu kitaran makanan hidupan.




Saya hanya mencoretkan kembali apa yang terlintas di fikiran kala sedang menyiram pokok naga di garden green thumb tempohari.



Buat pengetahuan kalian, watak Man hanya diwujudkan untuk menggerakkan plot penceritaan. Tidak lebih daripada itu.



Kesimpulan daripada penulisan saya kali ini, marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar agar genarasi kita yang seterusnya akan terus dapat menikmati alam yang tidak tercemar.


bak kata zainal abidin dalam lagunya-hijau....



Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo... anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo







Akhir kata, marilah menyertai green thumb beramai-ramai!.





nota kaki: terkenang pada game ' harvest moon: back to nature'. bila la nak dapat sambung balik main permainan tu. isk3.




7 ulasan:

THALHAH berkata...

kuat sungguh imaginasimu..
adegan anak - bapa yang detail..haha~

aku ada kesedaran tentang kpentingan memelihara flora fauna..tapi macamana ya aku nak join green thumb kau tu?

(^_^)..

serai wangi berkata...

wah, pandai sguh anak itu berkata2 yer..
baru 4 thn tp BI da hebat..
tahniah bwt bapanya..

******

sy stuju..
protect our nature!!!
love our environment!!!

~tp kan cane nk ajak org lain eh? slaluny dr sndr je yg smngt ni..

serai wangi berkata...

~ni xde kaitan ngn tajuk utama~

em..
npe ms kecik man pgil "papa" tp da besor pgil "bapak" ek?
hehe, juz wondering..

=P

syaa berkata...

lawak la...tinggi btul imaginasi...mcm man tu btul2 wujud...siap promote greenthumb plak tu...

*harvest moon!lame gile x maen!

Syukri Sapuan berkata...

thalhah: ko cadangkan kt para lecturer intec, tubuhkan green thumb cwngn intec...ha, pastu bleh la kita buat memorandum persefahaman. baru hijau intec tu..bernas x?



serai wangi: anak2 masa hadapan mmg advance belaka..hehe~ mesti comel kn?

yeh!. marilah beramai-ramai menyertai green thumb..bukak cwngn green thumb di setiap sekolah & universiti..

tetibe plak fanatik kt green thumb..haha~


haah la..x perasan pulak pasal term 'papa' & 'bapak' sebelum ni..mungkin masa dia besar Man tu terpengaruh dgn rkn2 yg lain. yela, dia segan kot pasal kalau gne 'papa' tu nmpak cm manja sgt


haha~. ckp2 pasal Man ni mcm dia betul2 wujud je =)

padahal imaginasi je kan


k syaa: haah la. tetibe je fanatik green thumb. padahal selalu je ponteng meeting..ngeh3~


aisy, main harvest moon gk ke? bleh la tubuhkan persatuan pemain harvest moon pasni. haha~

dulu main harvest moon dh jauh, lembu, biri2 & ayam semua dah satu kandang besar..crops dh byk...wah~ bila la nk sambung main lg ni..~

THALHAH berkata...

bernas2..bak beras bernas nasional.haha

dealova berkata...

lagu hijau...
teringat time drjah 4...
cikgu sains nak attract plajr2 dye blja sains dgn nyayi lagu hijau sama2..

hidup zainal abidin..
xpasal2~

Related Posts with Thumbnails