Jumaat, Jun 12, 2009

Tempat jatuh lagikan dikenang (2)



Beberapa hari yang lalu kolej saya ketiadaan bekalan elektrik. Tidak tahulah apa sebabnya.


Maka, terpaksalah kelas pada waktu petang dibatalkan.


Sebagai seorang pelajar yang selalu ingin bersenang-lenang, secara jujurnya saya gembira dengan perkhabaran pembatalan kelas tersebut.


Iyelah, tak kan kami mahu belajar di dalam kelas yang panasnya membahang. Alasan tipikal yang jelas tidak jujur.


Ketiadaan elektrik menyebabkan sekalian pelajar kolej tidak senang duduk gara-gara sistem pendingin hawa tidak berfungsi. Internet juga tidak boleh dilayari kerana sistem pemancar juga perlukan sumber elektrik untuk beroperasi.



Mengenangkan keadaan ketiadaan elektrik tersebut, ingatan saya cepat-cepat terimbau pada suasana di sekolah lama saya dahulu.


Selalu saja asrama dahulu kami mengalami ketiadaan air dan elektrik. Sangat indah jika mahu dikenangkan semula.


Saya pun tidak tahulah mengapa selalu saja kami mengalami ketiadaan air. Menurut satu versi cerita, warden sengaja menutup paip tangki agar air yang disalurkan menjadi kecil. Kesannya pelajar akan segera pulang riadah dan mandi lebih awal kerana mereka tahu air bertekanan rendah. Maka, tempoh beratur akan menjadi lebih panjang. Pelajar akan menjadi lebih berdisiplin kerana mereka akan mengatur masa dengan lebih baik.


Saya pun tidak tahulah hakikat kebenaran cerita ini. Mungkin saya juga akan menggunakan cara yang sama seandainya dilantik sebagai warden suatu hari nanti.


Mungkin juga air bertekanan rendah kerana sekolah kami di luar bandar. Mungkin juga kerana sistem penyaluran air sudah usang dan perlu diganti dengan yang baru. entahlah. saya hanya membuat andaian.

Selalu sahaja pelajar-pelajar lelaki mandi di surau dan padang.


Pernah juga suatu air di pili paip asrama benar-benar tidak keluar walau setitik pun. Maka kami perlu mandi di sekolah. Kepada yang pernah ke sekolah saya pasti akan tahu struktrur sekolah tersebut. Sekolah tinggi di atas bukit dan asrama di bawah bukit. Untuk sampai ke sekolah perlu melalui laluan pejalan kaki yang panjang. kira-kira 166 buah anak tangga. mencabar bukan?


Terpaksalah kami berbondong-bondongan naik ke sekolah untuk mandi. Jikalau hanya untuk mandi pada waktu petang sudah dikira untung. kalau untuk mandi pagi pula pasti seksa jadinya.


Pelajar perempuan bangun awal kira-kira jam 4 pagi untuk naik ke sekolah dan mandi dengan membawa bersama baldi-baldi dan perkakasan cuci. Mereka naik lebih awal untuk mengelakkan pertembungan dengan pelajar lelaki yang pastinya bangun lebih lewat.



Berkenaan dengan ketiadaan elektrik pula, ada beberapa peristiwa yang masih kekal dalam ingatan saya. Sekolah kami pernah mengalami ketiadaan elektrik yang agak panjang gara-gara manara pencawang elektrik yang berhampiran tumbang.


Pergi bersahur di dewan makan dengan bercahayakan sinar lilin. menarik sekali. ketiadaan elektrik menyebabkan kami teraba-raba mencari arah pulang ke bilik. ketiadaan elektrik pastinya menghalang kami daripada menggosok baju. pengajarannya, jaga baik-baik pakaian dan jangan renyukkannya kerana kita tidak tahu samada esok elektrik ada ataupun tidak.


Duduk di asrama pastinya menuntut ketahanan jiwa dan minda yang kreatif untuk menyelesaikan pelbagai masalah dengan sumber yang terhad. 5 tahun di SM Sains Kota Tinggi adalah begitu bermakna buat saya.


Terima kasih semua yang selalu mengajar saya menjadi dewasa!




5 ulasan:

irriz berkata...

kehidupan di asrama memang begitu indah..

kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan..

serai wangi berkata...

em, 166 buah ank tgga..
mesti most of students sakti punyai ketahanan fizikal yg mantap kan? =D
hehehe..

THALHAH berkata...

haihh...aku terheret ke memori silam...


*sedang termenung*

Unknown berkata...

baca entri ni syuk,
buat aku senyum tak sudah-sudah

memang sekolah kita selalu terputus bekalan air/elektrik

pernah sekali aku mandi di padang
pukul 4 pagi
seram pun ada juga
dan waktu tu, musim sakit mata
lagilah seksa

mawarberduri berkata...

oke, ak nak ulang lg ayat td:

'betul la kaw da mheret ak masok gear memory lane syuk'

aish..

ak egt ak kul 4 pg da bgun dgn marina n hanim, bw pkakas mandi perkakas basuh bj segala bagai, thuyung hayang pakai tudong, mata kdg2 tpejam ms kua aspuri, tp terus tbukak luas ms naek tgga. takut tjatoh then wat kne gelak dgn bebdk laki.

natijahY?

ak TERtinggal shower foam kt toilet ckgu ayob! [ayah-anda-pengetua]

betul la lawak!

oke syuk, sume slh ko oke.

miss u guys. big time. hands down. enough said.

Related Posts with Thumbnails