Sabtu, Disember 26, 2009

Catatan pra-entri MPR 2009





Jam 10.45 malam, 25 Disember 2009.


Saya tiba di bandar kelahiran Kota Tinggi, Johor Darul Takzim, setelah menempuh perjalanan panjang daripada Kuala Lumpur.


19-25 Disember 2009. Port Dickson, Negeri Sembilan.


Saya bersama 26 peserta yang lain telah mengikuti Minggu Penulis Remaja (MPR) 2009. Ada catatan yang ingin saya coretkan.

Mungkin entri tersebut akan menjadi satu entri yang panjang, atau ia akan ditulis secara bersiri. Entahlah, bergantung juga kepada mood saya nanti untuk melakar kata di laman ini.


Namun buat masa ini ada beberapa perkara yang ingin saya selesaikan terlebih dahulu.


Yang pertama, saya telah diberi kepercayaan untuk menulis satu esei untuk majalah Tunas Cipta 2009 keluaran Februari 2010, seputar isu MPR. Serius, saya terharu dengan amanah ini.

Saya juga berharap agar rakan-rakan (keluarga MPR 2009) yang ingin memberikan sumbang saran agar cepat-cepat menghubungi saya. Saya amat mengharapkan bantuan kalian.

Dateline untuk esei tersebut akan tiba tidak lama lagi.


Kemudian, saya juga perlu menyiapkan beberapa tugasan akademik yang masih belum siap, selain mula mengurus dan merancang sebuah program untuk alma mater saya pada tahun hadapan.


Mungkin juga, saya perlu melayani ilham-ilham untuk karya saya yang seterusnya.


Sekian. Berikut disertakan beberapa keping gambar sepanjang kami menjalani MPR 2009.
















5 ulasan:

Shukri Mohd Ali berkata...

salam.

tahniah kerana bergelar mantan MPR 2009!

moga terus berkarya ya =)

Tanpa Nama berkata...

wah... semoga rezeki anda utk menulis berbaloi juga.. ;-)

BOM321 berkata...

Salam Perkenalan Dari
>BOM321<
bom321.blogspot.com

marwan_amz berkata...

Salam rindu kepada peserta dan pengkritik terkacak MPR'09, hehe, aku mendoakan yg terbaik untuk esei MPR ko yang bakal diterbitkan di Tunas Cipta, Jangan cerita yang buruk tentang kami lak, sambil2 tu, ak pimjam gambar yg ko siarkan kat blog ni ek....:-)

Syukri Sapuan berkata...

shukri ali: terima kasih. semoga saudara juga akan menyertai keluara MPR pada tahun hadapan. =)


mastura: terima kasih =)


bom321: salam perkenalan juga utk anda.



marwan:haha. terima kasih. InsyaAllah, aku buat yg terbaik utk esei tu. aq kepingin juga menembus dewan sastera dgn cerpen sendiri seperti ko ;)

Related Posts with Thumbnails