Jumaat, September 26, 2008

Bagaimana Melayu abad dua puluh satuku??



Saya bukanlah seorang yang fanatik pada bangsa..saya gemar hidup dalam suasana masyarakat majmuk di Malaysia...namun saya berbangga menjadi seorang melayu..bertutur dalam bahasa melayu..mengamalkan adat resam melayu...dan menjadikan Islam sebagai agama pilihan..walaubagaimanapun, saya hanyalah insan naif pasca kemerdekaan..saya kurang mengerti akan perjuangan insan-insan terdahulu ..saya kurang arif akan susur-galur melayu..saya hanyalah melayu abad kedua puluh satu yang semakin hilang punca dan arah tuju...
pertama kali saya membaca sajak ini adalah sewaktu menyertai sebuah kursus anjuran Yayasan Warisan Johor...saya begitu tertarik pada gaya penyampaian Usman Awang ,sasterawan kelahiran Kota Tinggi, Johor..mungkin inikah melayu yang selama ini saya cari-cari??
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu.

Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah
sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
USMAN AWANG

Selasa, September 23, 2008

Di jalanan Bukit Bintang...



Saya bukanlah seorang kaki shopping!

tp mungkin seorang kaki rayau....


waktu perjalanan bas ke Johor masih lama lagi...
pagi keesokan harinya...

masih ada masa utk bersiar-siar di kota besar ini...

sebaik saja bas Tg Malim menurunkan kami di Puduraya, saya terus mengikut haluan kaki bergerak membelah lautan manusia...


saya tidak biasa dgn kehidupan kota ini...maklumlah, saya orang kampung sahaja!
maka, saya bergerak bersama Fairosza, rakan kolej saya merangkap 'pemandu pelancong' tidak bertauliah..

Bermula di Puduraya, saya bergerak secara berkumpulan ke Plaza Rakyat.....tidak ada apa yg menarik di sana melainkan kumpulan2 manusia seperti kami...seterusnya, saya melangkah ke Times Square..mungkin ada sesuatu yang menarik di sana...

Wah, besarnya kompleks ini...hati saya berdetik kagum tatkala melangkah kaki ke gerbang utama...tidak pernah saya melihat bangunan sebesar ini... sudah saya perjelaskan sebentar tadi, saya hanyalah orang2 kampung shj..kota besar ini bukan padang permainan saya..


Selesai 'meronda' di Times Square, saya & Fairosza bergerak pula Low Yat...
kebosanan mengetuk dan menerjah pintu hati saya..saya bukanlah manusia yang berminat dengan perkakasan komputer...maka, berada di kawasan dikelilingi aksesori komputer & multimedia memang merimaskan saya...saya hanya menjeling sambil lewa tatkala melintasi dari satu gerai ke gerai yang lain...mungkin jika sahabat lama saya, Atif berada di Low Yat, dia akan berasa begitu teruja dan gembira dikelilingi aksesori kegemarannya..maklumlah, dia saya lihat begitu berminat dengan komputer dan gajet2...mujur kami tidak lama di Low Yat...

melangkah kaki keluar dari Low Yat, saya menghembus nafas lega...tidak sanggup rasanya berada di tempat yang membosankan itu...

seterusnya, kami mengikut gerak kaki ke Bukit Bintang...seperti biasa, tiada ada apa yang menarik perhatian saya di sana...mood saya mendatar sahaja...mungkin kebanjiran pelancong asing sahaja yang menyebabkan kawasan ini nampak berbeza dari kawasan yang saya lalui sebentar tadi..itu analisis ringkas saya tatkala pandangan melilau mencari sesuatu yang berbeza di sana...


tiba2,tatkala kaki masih melangkah deras.. mata saya terpandang sesuatu....sudah lama saya berhasrat untuk pergi ke sana...sebulan lamanya tidak keluar dari kolej menyebabkan saya tidak dapat melakukan sebarang transaksi....maka, saya pun mengubah haluan kaki ke bangunan itu..


melangkah masuk ke bangunan Maybank, saya sekali lagi disambut rasa kagum...saya tidak pernah melihat bank yang mempunyai kemudahan mesin ATM sebanyak itu..mesin ATM saja sudah ada 10..itu belum termasuk kemudahan cash deposit, cheque deposit, maybank2u dan lain2...hati saya dipana rasa teruja...maklumlah, selama ini berurusan di Maybank Kota Tinggi sahaja...penggunaan mesin ATM shj memerlukan kesabaran para pelanggan utk beratur panjang..mesin cash deposit pula sering tidak dapat digunakan..ah, bukankah sudah berulang kali saya katakan..saya hanyalah orang2 kampung sahaja..saya anak seluang yang membelah lautan...


selesai urusan di mesin ATM, saya terdetik untuk memohon maybank2u...alang2 pihak bank sudah menyediakan komputer untuk kemudahan para pelanggan, mengapa tidak saya gunakan dgn sebaik mungkin?

maka, saya sekali lagi saya berdiri di hadapan mesin ATM dgn harapan berbunga utk memohon kemudahan maybank2u..saya sebenarnya mempunyai sedikit rasa fobia apabila berurusan dgn mesin ATM...kad bank saya pernah hampir ditelan mesin ekoran kelewatan saya menariknya keluar...

jari-jemari saya pantas memilih menu yg bersesuaian dgn hasrat hati..

yes! hampir berjaya...pin 6 angka utk urusan maybank2u seperti yg diminta oleh bank telah saya masukkan..

hanya tinggal satu langkah sahaja lagi yang tinggal sebelum permohonan saya diluluskan...


'TRASAKSI ANDA SEDANG DIPROSES'


saya menanti dengan sabar...



tiba2...


'MAAF, ANDA HARUS BERUSIA SEKURANG-KURANGNYA 18 TAHUN SEKIRANYA HENDAK MEMOHON MAYBANK2U, PERMOHANAN ANDA TIDAK BERJAYA'


ah, saya terlupa yg saya masih 17 tahun!






Khamis, September 18, 2008

Lebaran di bumi merdeka



Lozeng itu larut dalam kemamanku...

sudah sepapan banyaknya...

namun, kerongkongku masih lagi berbisa..

merah bak saga...


sekadar selingan pemula bicara...

esok merupakan hari pembalajaran terakhir kami di sini sebelum bercuti raya..
aku akan pulang ke Johor pada hari Sabtu, 20 Mei 2008...tiket bas yg lebih awal tidak dapat dicari ekoran kelambatanku membeli tiket...oh ya, terima kasih kpd fairoza kerana membelikanku tiket bas itu...

tahun ini merupakan tahun ke-6 aku tidak dapat berpuasa penuh di rumah...5 tahun di SAKTI, dan tahun ini di Perak...alah bisa tegal biasa...tiada masalah bagiku utk berbuka+bersahur tanpa masakan bonda...

tajuk postingku hari ini agak stereotaip dan tipikal dalam iklim manusia menunggu detik kehadiran Syawal..apa yg pasti, tahun ini lebaran tidak dapat disambut semeriah biasa kerana seawal 5 Syawal, kami perlu pulang ke kolej...keadaan ini sama shj seperti tahun 2007, Syawal adalah detik2 terakhir mengatur persiapan menghadapi SPM..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua insan di dunia terutamanya pembaca blog ini...Maaf dipinta, salam dihulur...walaupun rasanya masih terlalu awal, namun aku bimbang blog ini tidak dapat ku buka sepanjang diriku berada di rumah...maka, jalan terbaik adalah mengucapkannya lebih awal...

Sempena Aidilfitri ini, aku dan mantan Timbalan Presidenku bercadang utk menghantar kad raya tanda ingatan kepada pihak sekolah, SaKTI...diharapkan perancangan kami ini akan berjaya...oh ya, kepada mana2 MASTER 06/07 yg membaca posting ini, dan turut berminat utk menyertai kami, sila msj hasrat anda itu kepada kami..begitu juga kpd mana2 rakan2 batch Esprit Caballus yg turut berminat..kerjasama anda amatlah dialu-alukan..

tiada lagi kata untukku ungkapkan..Semoga kita bisa mengutip cebisan keberkatan Ramadhan yg kian sampai ke penghujungnya..

masih adakah Ramadhan tahun hadapan buatku?


sekian saja dariku utk hari ini...
salam lebaran di bumi merdeka!


"Hidrolisiskan unsur2 katod KEEGOAN dan isomer PRASANGKA serta Oksidakn monomer KASIH SAYANG & molekul DOA untuk menghasilkan polimer "PERSAHABATAN"yang OKTET!!

Seminggu menulis : satu resolusi ringkas...



In the name of Allah, The Most Great & The Most Merciful...

Masa itu memang cepat berlalu...meninggalkan manusia yg di dalam kealpaan... merugikan insan yg lalai dan leka...

Alhamdulillah, hari ini genap seminggu aku menulis di blog ini...

Pada mulanya, timbul pelbagai keraguan untuk mencoret catatan di blog ini..pelbagai masalah difikirkan...antaranya, pengggunaan bahasa Inggeris atau bahasa melayu, penggunaan kata ganti nama diri, tema yg hendak dibawa serta pengisian yg hendak dilakukan...

namun,memang benar kata bidalan, perjalanan beribu batu bermula dgn langkah yg satu...
antaraku sedar dan tidak, ini merupakan posting ke-13 dalam blog ini..walaupun pada mulanya, timbul kekusutan untuk menulis, namun dengan tekad yg tinggi, segalanya dapat ku atasi..aku cuba menulis sebagai diriku sendiri..dgn gaya penulisan yg tersendiri..aku mengharapkan sokongan dari para pembaca dgn menghantar komen2 serta msj kpdku..

apalah yg hendak diharapkan pada seorang penulis muda yg baru menulis blog selama seminggu..aku mengharapkan pengisian blog ini dapat memberi manfaat kpd semua orang, lebih2 lagi kepada si penulisnya sendiri..

Insya-Allah, aku akan cuba utk mempelbagaikan pengisian di dlm blog ini...antara yg telah terlintas di benak fikiranku adalah puisi2, jurnal kehidupan, falsafah, mutiara kata dan tazkirah..oh, tidak!, tazkirah itu terlalu besar bagi seorang da'ei kerdil yg alpa sepertiku...barangkali renungan itu lebih sesuai..dalam keghairahan kita mengejar dunia, salahkah kita mencari saham akhirat yg kekal selama-lamanya?

salam dunia blogger!


""Keep doing the right things over and over again and eventually, you will succeed and consistency will eventually get you to a better place""

Rabu, September 17, 2008

Seperti Kalian ...





aku juga seperti kalian
seorang pendosa yang berkekalan
cuma
kadang-kadang bosan
melihat sebahagian teman
bangga dengan dosa-dosa
hidup seolah tanpa TUHAN.



Selasa, September 16, 2008

Pabila suria tegak di kepala...

hari ini terasa begitu hangat
terasa bagai hendakku teguk air sejuk itu..


bahang..

memenatkan..

rimas..



oh ya.. barangkali kerana ini bulan Ramadhan...
terkesan daripada lapar & dahaga membuatkanku tidak segar seperti biasa..

ah, biarkan saja... nantikan saja ganjaran pahala yg menantimu pada bulan Ramadhan yg mulia ini....aku bermonolog sendiri...cuba memenangkan hati yg kian tewas digoda nafsu duniawi..


aku baru selesai membaca blog seorang rakan kolejku...mengagumkan...gaya penulisannya persis seorang penulis anekdot sejati...sarat dgn unsur2 humor dan sinis...

aku termangu sendiri..memikirkan kaitan antara sastera & sains...sains pastinya bersifat objektif, ilmiah serta patuh pada hukum logika..

manakala, sastera pula sebaliknya...sastera itu subjektif, imaginatif dan merentasi logik realiti...

tetapi kedua-duanya mempunyai hubungan yg erat..saling melengkapi...dalam sains ada unsur imaginasinya, manakala dalam sastera ada ruang utk sains yg objektif..maka, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan....umpama teori penggunaan otak kiri dan otak kanan..

penat berfikir tengahari begini...kasihan medulla oblongataku dipaksa bekerja keras pada waktu yg tidak produktif ...

eh,nanti dulu!!
benarkah medulla oblongata itu gunanya utk berfikir....

biarkanlah , aku bkn pakar biologi...



(ah, aku tidak pandai menulis anekdot seperti dia!!)


Isnin, September 15, 2008

Tetamu Senja ....

Tetamu senja...

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said


ulasan:

kehidupan manusia hanya sementara..tidak kekal selama-lamanya...tiada yg kekal melainkan Dia..sementara masa masih ada, carilah rahmatNya...moga hidup ini tidak sia-sia..kerana, apabila sampai masanya, penyesalan sudah tidak berguna..


terkenang daku pada kata2 yg pernah diungkapkan oleh A samad Said..sebenarnya seorang sasterawan dgn seorang manusia biasa tidak ada bezanya.. cuma kelebihan seorang sasterawan ialah ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat melahirkannya kembali..

ada pihak yang berpendapat bahawa, memelihara bahasa bangsaku, bahasa Melayu ini bukan seperti memelihara seni melayu seperti keris..perlu diperasapkan... Bahasa Melayu perlu dipelihara dengan mengekalkan pengunaannya terutama di kalangan generasi muda...moga "Takkan melayu hilang di dunia".....renung2kanlah...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Alhamdulillah, selepas menghabiskan seharian suntuk utk melaksanakan perancanganku pada hjg minggu ini, eseiku itu dapat juga kusiapkan walaupun dalam keadaan diri yg kurang sihat...kepuasan jelas terpancar apabila esei sepanjang 2384 patah perkataan itu selesai ditaip..sebanyak 12 muka surat kesemuanya..aku telah melakukan yg terbaik..Moga ada rezeki pada tahun ini..bukan mengharap utk menang, sekadar utk mengukur kebolehan diri..terima kasih kpd rakan2 yg membantuku dgn memberi idea dan memecahkan kebuntuan tatkala aku kebosanan...

sekian, sj dariku hari ini..terima kasih kpd rakan2 pembaca yg byk memberikan sokongan serta idea membina...

wassalam...







A Samad Said : Kuala Lumpur : 2007

Ahad, September 14, 2008

Pagi yg indah...



IT IS NOT THE MOUNTAIN THAT WE CONQUER BUT OURSELVES


pagi ini segalanya ku rasakan semacam tidak kena...barangkali kerana pagi tadi aku terlewat bangun untuk mengerjakan amalan sunat di bulan puasa,bersahur...selesai solat subuh, jariku ini terus menari-nari di atas keyboard utk mencoretkan sesuatu pada blog ini..

perancanganku pada hjg minggu ini adalah menyiapkan esei sempena pertandingan mengarang esei anjuran jabatan standard Malaysia...sebenarnya, perkara utama yg membuatkanku utk memasuki pertandingan ini adalah kerana aku berjaya memperoleh hadiah saguhati pd pertandingan yg dianjurkan oleh jabatan ini pada tahun lepas..walhal, aku merasakan bahawa esei yg kukarang pd tahun lepas itu bukanlah sebuah esei yg mantap utk memenangi mana2 pertandingan..hal ini kerana, esei itu dihasilkan dalam kesibukan aku mengatur persiapan menghadapi SPM... mungkin dalam ruang masa yg lebih lapang serta kemudahan yg ada ini, aku akan dapat menghasilkan sesuatu yg lebih berkualiti..aku tidak begitu berharap utk memenangi pertandingan itu, kerana bagiku apa yg lebih penting adalah kita mesti mencuba dan melakukan yg terbaik..aku berharap aku akn dapat menyiapkan esei ini secepat mungkin agr aku dapat mengulangkaji pelajaran selepas ini...

mengikut perancangan, esei itu sepatutnya dapat ku siapkan pada mlm td...namun,secara tiba2 pd mlm td suhu badanku meningkat serta pandanganku berpinar..maka terpaksalah aku merehatkan diri..aku juga sdg giat melakukan proses 'brainstorming' agar idea2 yg diperoleh lebih mantap...kedatangan fairoza ke bilikku pd ptg smlm sedikit sbyk telah membantu utk melakukan draf kasar..terkenang pula sewaktu di sekolah dahulu, aku sering melakukan 'brainstorming' dgn talhah dan farid fauzi tatkala hendak mengatur strategi ataupun sbg persiapan utk menyampaikan tazkirah..

nampaknya, sekian sj dariku pada masa ini...



GENIUS

is one percent inspiration
and ninety-nine percent perspiration

Sabtu, September 13, 2008

Life is short...

"Life is short..don't make it shorter by wasting our time"

Dingin bayu pagi sering melalaikan insan dalam dakapan lena daripada mengerjakan tuntutan Illahi..hawa dingin dari pendingin udara chaletku terasa begitu nyaman dan menyegarkan..cahaya merah mula terbit di ufuk langit petanda fajar akan menyinsing tidak lama lagi..burung berkicau riang..berterbangan bebas di awangan...aku masih di sini..

life is short..dont make it shorter by wasting our time..begitulah mutiara kata yg pernah diungkapkan oleh guru bahasa inggerisku suatu masa dahulu..sesungguhnya, salah satu nikmat yg sering diabaikan oleh manusia adalah nikmat masa lapang..kehidupan manusia tidak lama..ia hanyalah sekadar perjalanan mencari bekalan dalam menuju negeri Akhirat yg kekal abadi..

aku sering berfikir sendirian..sejauh mana masaku telah digunakan sebaiknya..adakah segala tanggungjawab yg digalas telah berjaya disempurnakan...aku hanyalah seorang insan yg sering alpa dan leka dgn nikmat dunia...

sesungguhnya tiada yg lebih menggembirakan hatiku pagi ini selain daripada penmgumuman daripada guru matematikku yg mengatakan bhw pagi ni tiada test matematik..he3..Alhamdulillah..yes!i get an extra time to study about statistic & probability..

kelas pagi ini berjalan seperti biasa...blok 1 dibatalkan..maka kelasku hanya akan bermula pada blok 4...masih terasa sengal2 badan selepas menjalani latihan silat cekak semalam..gerakan yg diajar smlm agk agresif..mlm semalam juga berlangsung mooncake festival di saad square..namun aku hanya dapat menghadirkan diri buat seketika kerana perlu menghadiri latihan silat cekak di MPH..

seperkara lagi, next month i will have my sem exam..a week after cuti raya..maka terpaksalah aku struggle lagi utk subjek2ku: ekonomi,fizik&matematik...

that's all from me..semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam..

"masa itu umpama pedang,jika kamu tidak memancungnya,pasti ia akan memancungmu"

Be positive always

Never give up
before you even try

Nothing is really over
until you stop trying.

Never say it's impossible
before you pursue the way
you think it's impossible

Never make yourself feel
less worthy by comparing
yourself with others.

Never allows obstacles
to stop you

Confront and transform
them to opportunities.

Believe in working hard
towards your future.

Take a step at a time
to reach your goal.

Always believe in yourself.
Your happiness is in your hands...for it
you keep staying positive,
you can make your
dreams come true.


ulasan:
hidup ini umpama roda..kadang2 dia atas, kadang2 di bawah..hanya kesabaran dan ketabahan penentu segalanya..kadang2 apabila kita memperoleh kegagalan, kita merasa diri kita ini begitu teruk sekali...sedangkan ia hanyalah ujian Allah kepada makhluknya untuk menguji samada kt beriman...hanya apabila berada di lembah paling dalam, barulah kita dapat menghargai kehebatan gunung yg paling tinggi...ini hanyalah buah fikiran dariku yg tidak sehebat mana..memetik kata2 Billi PS Lim dalam buku Dare to fail..sekiranya anda fikir anda akan kalah, maka sebenarnya anda telah kalah..sekiranya anda tidak pernah gagal, mungkin kerana anda tidak pernah mencuba...

sekadar ingatan buat diriku dan rakan2 pembaca...

Jumaat, September 12, 2008

seuntai kata untuk dirasa...

sesekali jadilah kawan yang
mendengar dari hanya
bercerita

ambillah masa untuk
memahami hati dan perasaan
kawan,
kerana dia juga seorang
manusia,
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,
sedih dan kecewa.

dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan.
jadilah kita kawannya itu.

kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka.

di balik senyuman itu,
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan
disebalik ketenangannya
mungkin tersimpan seribu
kekalutan,
kita tidak tahu..tetapi
jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu...






ceritaku...

In the nama of Allah, the Most Great dan Most Merciful

Assalamualaikum W.B.T...

sebenarnya, agak sukar untuk mencari butir2 kata yg sesuai untuk ditulis pd 'posting' edisi sulung ini...but, to make it simpler..let me talk about the purpose why i write in this blog..

firstly,diriku ini sj je nk menambahkn bilangan orang di KYUEM yg mempunyai blog sendiri..ye r, rakan2 yg len pun ramai yg ada blog kn...semoga dengan kehadiran blog ini akan membantu mengasah bakat penulisan yg ada di dalam diriku ini...selain itu, sj je nk meng'up-date'kan diri pada rakan2 yg lain..dgn ini, rakan2ku dpt mengetahui perkembangan diriku yg terkini...pastu, blog ini juga diharap dapat menjadi wadah kepada diriku untuk berkongsi buah fikiran dgn orang ramai...ha, cukup la ni 4 alasan ''mengapa saya menulis blog'...pening kepala pk alasan2 ni semua..

seterusnya, nk bercerita pasal latar belakang penulis pulak...nama diberi Muhammad Syukri. Lahir beberapa belas tahun yang lalu di sebuah daerah yg amai lagi permai. menurut catatan sejarah, daerah ini merupakan sebuah daerah yang penuh bersejarah kerana pernah menjadi ibu kota kesultanan melayu lama..cmtu la lebih kurang citernya, dh lama x bukak buku sejarah ni..daerah yg dimaksudkan adalah daerah Kota Tinggi, Johor..

Telah mendapat pendidikan awal di SK Kota Jaya...sebuah sekolah yg berwarna merah (mungkin skrg dh cat warna lain) yg terletak di Kota Kechil..kemudian, selepas 6 tahun di sekolah rendah..telah mendapat tawaran utk belajar di SM Sains Kota Tinggi (SAKTI) yg terletak di bandar penawar..sekolah ini berwarna kuning tetapi asramanya berwarna merah....5 tahun di sekolah ini telah banyak mengajarku erti kehidupan..

pejam celik pejam celik, kini diriku sudah memasuki tertiary education system..Kolej Yayasan UEM..begitulah nama kolejku kini...persekitarannya tidak banyak berbeza dari sekolah lamaku, SAKTI...kedua-duanya terletak di dalam hutan...tp SAKTI x hutan sgt la.....

hopefully, i can survive my 2 years here...

ini saje dari 'posting' edisi sulung...penat berfikir ni...













salam dunia blogger..

Do You Understand

Misunderstood because
Of the orange neon spray-paint can
Found inside my locker

Misunderstood because
I actually did forget to do
My maths homework yesterday

Misunderstood because
This spike earring doesn't mean
I'm dangerous

Misunderstood because
I really did try to get home
By midnight last night

Misunderstood because
My music doesn't mean
I hate the world

Misunderstood because
I swear, the alcohol found under my bed
Was consumed responsibly

Misunderstood because
Text messaging is a whole different language
That doesn't require vocabulary lessons

Misunderstood because
You never took the time
To understand


written by:
Noeleen Advani (15)
The English School, Cyprus
Related Posts with Thumbnails