Khamis, September 18, 2008

Lebaran di bumi merdeka



Lozeng itu larut dalam kemamanku...

sudah sepapan banyaknya...

namun, kerongkongku masih lagi berbisa..

merah bak saga...


sekadar selingan pemula bicara...

esok merupakan hari pembalajaran terakhir kami di sini sebelum bercuti raya..
aku akan pulang ke Johor pada hari Sabtu, 20 Mei 2008...tiket bas yg lebih awal tidak dapat dicari ekoran kelambatanku membeli tiket...oh ya, terima kasih kpd fairoza kerana membelikanku tiket bas itu...

tahun ini merupakan tahun ke-6 aku tidak dapat berpuasa penuh di rumah...5 tahun di SAKTI, dan tahun ini di Perak...alah bisa tegal biasa...tiada masalah bagiku utk berbuka+bersahur tanpa masakan bonda...

tajuk postingku hari ini agak stereotaip dan tipikal dalam iklim manusia menunggu detik kehadiran Syawal..apa yg pasti, tahun ini lebaran tidak dapat disambut semeriah biasa kerana seawal 5 Syawal, kami perlu pulang ke kolej...keadaan ini sama shj seperti tahun 2007, Syawal adalah detik2 terakhir mengatur persiapan menghadapi SPM..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd semua insan di dunia terutamanya pembaca blog ini...Maaf dipinta, salam dihulur...walaupun rasanya masih terlalu awal, namun aku bimbang blog ini tidak dapat ku buka sepanjang diriku berada di rumah...maka, jalan terbaik adalah mengucapkannya lebih awal...

Sempena Aidilfitri ini, aku dan mantan Timbalan Presidenku bercadang utk menghantar kad raya tanda ingatan kepada pihak sekolah, SaKTI...diharapkan perancangan kami ini akan berjaya...oh ya, kepada mana2 MASTER 06/07 yg membaca posting ini, dan turut berminat utk menyertai kami, sila msj hasrat anda itu kepada kami..begitu juga kpd mana2 rakan2 batch Esprit Caballus yg turut berminat..kerjasama anda amatlah dialu-alukan..

tiada lagi kata untukku ungkapkan..Semoga kita bisa mengutip cebisan keberkatan Ramadhan yg kian sampai ke penghujungnya..

masih adakah Ramadhan tahun hadapan buatku?


sekian saja dariku utk hari ini...
salam lebaran di bumi merdeka!


"Hidrolisiskan unsur2 katod KEEGOAN dan isomer PRASANGKA serta Oksidakn monomer KASIH SAYANG & molekul DOA untuk menghasilkan polimer "PERSAHABATAN"yang OKTET!!

2 ulasan:

Haq Mohaidin berkata...

aku kne bukak kamus nk bc post ko.haha

kt umah xle on9?aduh.satu seksaan

S.Y.U.K. berkata...

haq: maaf ye kalau menyusahkan ko..blog ko pun mantap gk..rajin2 la view blog aq ye..

Related Posts with Thumbnails