Tetamu senja...
Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
~ A. Samad Said
kehidupan manusia hanya sementara..tidak kekal selama-lamanya...tiada yg kekal melainkan Dia..sementara masa masih ada, carilah rahmatNya...moga hidup ini tidak sia-sia..kerana, apabila sampai masanya, penyesalan sudah tidak berguna..
terkenang daku pada kata2 yg pernah diungkapkan oleh A samad Said..sebenarnya seorang sasterawan dgn seorang manusia biasa tidak ada bezanya.. cuma kelebihan seorang sasterawan ialah ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat melahirkannya kembali..
ada pihak yang berpendapat bahawa, memelihara bahasa bangsaku, bahasa Melayu ini bukan seperti memelihara seni melayu seperti keris..perlu diperasapkan... Bahasa Melayu perlu dipelihara dengan mengekalkan pengunaannya terutama di kalangan generasi muda...moga "Takkan melayu hilang di dunia".....renung2kanlah...
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Alhamdulillah, selepas menghabiskan seharian suntuk utk melaksanakan perancanganku pada hjg minggu ini, eseiku itu dapat juga kusiapkan walaupun dalam keadaan diri yg kurang sihat...kepuasan jelas terpancar apabila esei sepanjang 2384 patah perkataan itu selesai ditaip..sebanyak 12 muka surat kesemuanya..aku telah melakukan yg terbaik..Moga ada rezeki pada tahun ini..bukan mengharap utk menang, sekadar utk mengukur kebolehan diri..terima kasih kpd rakan2 yg membantuku dgn memberi idea dan memecahkan kebuntuan tatkala aku kebosanan...
sekian, sj dariku hari ini..terima kasih kpd rakan2 pembaca yg byk memberikan sokongan serta idea membina...
wassalam...
A Samad Said : Kuala Lumpur : 2007
3 ulasan:
ku berlari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
kerana ku takut kepada siksa Tuhanku
haruskah ku mencari apa yang tidak pasti...
-|inni akhafullah|-
hmm...
aku ada jaket biru tu... ngee~
Catat Ulasan